Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Soal Veteran Parti Berhubung Cabutan Nombor Ekor


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-September 24, 2021 9:30 AM
Mahfodz Mohamed berkata, walaupun bersama dalam kerajaan, PAS mempunyai prinsip dan tahu tentang halal, haram. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang veteran PAS mempersoalkan peranan suara pemimpin parti itu di Putrajaya selepas Dewan Rakyat dimaklumkan mengenai pertambahan kekerapan cabutan khas nombor ramalan dari lapan kali setahun pada 2020, kepada 22 kali setahun bermula tahun ini.

Bercakap kepada FMT, Ketua Sidang Assabiqun (Veteran) PAS Pusat Mahfodz Mohamed menegaskan menteri PAS perlu sedar walaupun berada dalam kerajaan, prinsip perjuangan parti dalam menegakkan syiar Islam tidak harus diketepikan.

“Saya berasa tidak senang dengan keputusan kerajaan (naikkan cabutan nombor ramalan), sedangkan kerajaan yang ada ketika ini adalah berpaksikan Melayu-Islam, sepatutnya cabutan ini dikurangkan sedikit demi sedikit, bukan ditambah.

“Walaupun bersama dalam kerajaan kita ada prinsip, tahu tentang halal dan haram, maka menteri PAS pun kena lantang bersuara. Pegang portfolio (Menteri Agama) pun pemimpin tertinggi PAS, jadi kita perlu bersuara, jangan anggap kita sebagai minoriti dalam kerajaan kita tak boleh bersuara,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan meluluskan permohonan agensi nombor ramalan itu dibawa terlebih dahulu ke Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan, memandangkan ia berkait dengan kepentingan orang awam.

“Sepatutnya keputusan perkara besar itu dibentangkan di (peringkat) Jemaah Menteri walaupun PAS ada tiga menteri tetapi tidak sewajarnya (permohonan menambah kekerapan cabutan) dipersetujui, melainkan perkara itu tidak dibawa ke Jemaah Menteri,” katanya.

Mahfodz turut berpendapat keputusan kerajaan itu memberi dorongan kepada orang awam termasuk umat Islam untuk melakukan maksiat termasuk berjudi.

“Dengan penambahan cabutan judi akan menggalakkan orang untuk melakukan maksiat, orang Melayu Islam pun dikhuatiri terlibat terutama di kawasan pedalaman… dan ini membimbangkan kedudukan majoriti rakyat Islam.

“Kerajaan perlu ingat, kita kerajaan Islam bukan nak keuntungan dunia semata-mata tetapi keuntungan akhirat sekali,” tegasnya.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat mempersoalkan pendirian pimpinan PAS selepas kerajaan melalui Kementerian Kewangan meluluskan cabutan khas daripada lapan sebelum ini, kepada 22 kali setahun untuk semua agensi nombor ramalan.

Sebelum itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dalam jawapan bertulis kepada Mahfuz di Dewan Rakyat mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria ketika mengulas mengenai perkara itu meminta semua ahli PAS tidak melatah dengan kritikan pelbagai pihak berhubung kelulusan berkenaan.

Beliau berkata, keputusan berkenaan diyakini dibuat tanpa melibatkan pimpinan PAS yang menganggotai Jemaah Menteri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/mana-suara-pas-dalam-kerajaan-soal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

Cabutan Khas Judi Pemimpin Umno Dakwa Pas Gagal Tunai Janji Untuk Hapus Judi Jika Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 226 hits
September 25 2021Keputusan kerajaan menambah kekerapan cabutan khas judi nombor ramalan bukan saja tidak wajar malah memberi implikasi negatif kepada PAS yang kini menjadi sebahagian anggota kabinet Setiausaha Agung Veteran Umno Mustapha Ya...
Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 178 hits
Mulai dari tarikh Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob PAS Islam dan undang undang Sharia telah menjadi sasaran serangan golongan anti kerajaan
Jadi Kerajaan Pas Lagi Kuat Kencing

Jadi Kerajaan Pas Lagi Kuat Kencing

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 185 hits
Panas Wanita ini bengang Pas bila dah jadi kerajaan habis dihancing segala janji Zaman BN diracunnya rakyat pasal Hudud Habis dimurtadkan masyarakat Sebab puak2 ni lah Melayu pecah belah Nak diarabkan semua orang Zaman PH diracunnya Rakyat ...
Setakat Mana Kebenaran Mp Termasuk Mp Kerajaan Tolak Yang Berkaitan Korup

Setakat Mana Kebenaran Mp Termasuk Mp Kerajaan Tolak Yang Berkaitan Korup

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 157 hits
Apakah mereka akan undi Ahmad MAslan sebagai Timbalan Speaker Sewajarnya tiada satu manusia yang waras pun akan sokong dengan undi Di situ Kita sudah boleh nilai Masa Depan corak pengurusan negara
Setakat Mana Tabung Haji Prihatin Kepada Penyimpan Dan Kerajaan Kepada Rakyat

Setakat Mana Tabung Haji Prihatin Kepada Penyimpan Dan Kerajaan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Peningkatan kos haji dan umrah pada masa depan adalah situasi yang tidak dapat dielakkan berikutan pelbagai prosedur operasi standard yang ketat dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi susulan pandemik COVID 19
Keberkatan Pas Jadi Kerajaan

Keberkatan Pas Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 246 hits
MOHD SAYUTI OMARKesempatan parti agama menjadi sesuku daripada kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Mahiaddin Md Yassin kemudian Ismail Sabri Yaakob siapa kata tidak membawa keberkatan atau kebaikan Mereka yang tidak nampak itu sengaja memb...
Menteri Bersatu Akan Cadang Kerajaan Batal Rayuan Keputusan Mahkamah Berhubung Kewarganegaraan

Menteri Bersatu Akan Cadang Kerajaan Batal Rayuan Keputusan Mahkamah Berhubung Kewarganegaraan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 139 hits
Cadangan itu diutarakan ketika keputusan untuk merayu pembatalan keputusan 9 September lepas dilihat hanya mendapat sedikit sokongan menteri Kabinet Beberapa orang wanita menunggu giliran untuk melakukan urusan di Jabatan Pendaftaran Negara...
Mengapa Rayu Untuk Nafikan Taraf Kerakyatan Adil Kumpulan Peguam Soal Kerajaan

Mengapa Rayu Untuk Nafikan Taraf Kerakyatan Adil Kumpulan Peguam Soal Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 142 hits
MALAYSIA NOWLawyers for Liberty berkata kebimbangan kerajaan berhubungan keselamtan negara adalah tidak masuk akal Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan anak kelahiran luar negara wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing berhak ...
Dengar Suara Ibu Kata Annuar Ketika Putrajaya Mulakan Rayuan Berhubung Kerakyatan

Dengar Suara Ibu Kata Annuar Ketika Putrajaya Mulakan Rayuan Berhubung Kerakyatan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 154 hits
MALAYSIA NOW Menteri komunikasi itu berkata isu tersebut perlu dibawa ke meja Kabinet Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa Annuar Musa dilihat menyokong hak kaum ibu Malaysia untuk mewariskan kerakyatan mereka secara automatik kepa...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Beyond The Pew The Bridal Heart Guides Your Daily Walk With Christ

Wanita Cedera Diragut Ketika Menunggang Motosikal

Kes Lelaki Israel 10 Ditahan Semula Bawah Sosma

Pelbagai Cara Memakai Samping

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Prove Existence Of Addendum Decree For Najib S House Arrest Experts Say