Wow Zest Oren Dalam 5 Aneka Menu Sesuai Dibuat Berbuka Moreh Nanti


Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Khasiat yang terkandung didalam dapat menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yang boleh buat kita terliur. Samada dimasukkan dalam lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan  pastri atau pencuci mulut, memang enak.
Jom cuba 5 aneka resipi  lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.
1. KASTARD OREN

BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir250gm susu pekat500gm susu sejat5 biji telur2 sudu teh esen vanila1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya1/2 biji hirisan halus kulit oren1/2 sudu teh garamSedikit mentegaHIASAN:
Buah oren dan strawberiCARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan
tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis.
5. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut.
6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.  
Info Chef – Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kastard
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Reneh dan bakar
2. STIR FRY ORANGE CHICKEN

BAHAN-BAHAN:
1 paket ayam goreng segera4 biji bawang putih | cincang2cm halia | hiris halus1 biji bawang besar |hiris tebal2 sudu makan kicap masin250ml jus oren1 biji parutan kulit oren2 sudu teh serbuk stok ayam125ml air2-3 sudu teh gula atau secukup rasa2 sudu teh tepung jagung250gm brokoli | potong kecil serta celur sebentar150gm asparagus | potong 3cm panjang serta celur sebentarDaun bawang sebagai hiasanMinyak masak untuk menggoreng dan menumisCARA MEMASAK:
1. Goreng ayam segera sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.  
2. Tuang minyak masak ke dalam bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu makan minyak untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi.  
3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dalam kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat.
4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bagi mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.
Saiz hidangan : 8-10 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yang sekata
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Celur, tumis dan goreng
3. SUP OREN

BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus1 biji parutan kulit oren1 biji perahan jus oren1 batang lobak merah |potong dadu1 biji bawang besar | hiris 4 biji bawang putih | hiris2 sudu teh serbuk cili1 sudu teh garam atau secukup rasa1 sudu teh serbuk stok ayam1/2 sudu teh serbuk jintan putih1/2 sudu teh serbuk ketumbar400ml airSedikit daun ketumbar sebagai hiasanMentega untuk menumisCARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau
sebentar.  
2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam.  Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Info chef: Enak dinikmati ketika panas.
Saiz hidangan : 4-6 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Sup
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Rebus dan Tumis
4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE 

MARMALADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji oren | ambil jus2 biji lemon | ambil jusnya2.5kg gula pasir2.5ml airCARA MEMASAK:
1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu.  Bungkus di dalam kain kasa serta diikat.  Ketepikan.
2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai.  
3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau.  Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan
lembut.  Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api,  tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem.
Simpan di tempat yang sejuk dan redup.
Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.
Saiz hidangan : 6-8 botol jem
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Jem
Keistimewaan : Rasa masam dan manis
Cara memasak :Rebus dan reneh
SCONE OREN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum2 sudu makan gula pasir1 sudu teh serbuk penaik1 1/2 teh garam125gm mentega125gm kismis1 biji parutan kulit oren125gm susu segar penuh krim1 biji telur gred B2 sudu teh esen vanilaSAPUAN TELUR:
1 biji telur1 sudu makan susu segarCARA MEMASAK:
1. Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit
oren kacau lagi.  
2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung.
3. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama  cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati.  Jika terlalu lama doh akan menjad keras.  
4. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan  3-4 cm.
6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm.  Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
7. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan.
Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Saiz hidangan : 10-12 biji
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa scone yang lemak dan aroma oren yang segar
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Kukus
5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI

BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum160gm gula pasir2 sudu teh serbuk penaik1/2 sudu teh garam1 biji parutan kulit oren60ml  jus oren125gm mentega yang dicairkan125ml susu segar penuh krim2 biji telur saiz B125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecilCARA MEMASAK:
1. Panaskan oven pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan
telur. Kacau sehingga adunan sebati.  
3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung.  
4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit
atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Saiz hidangan : 12 biji
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak :Bakar
RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/wow-zest-oren-dalam-5-aneka-menu-sesuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cafe Cerita Kambing Menu Masakan Kambing Enak Ketika Berbuka Puasa

Cafe Cerita Kambing Menu Masakan Kambing Enak Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 758 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBulan puasa dah dekat mesti ramai yg buntu dan tercari cari tempat makan yg sedap kan Ha ni nak habaq kat korang bagi penggemar masakan kambing berbuka puasa kat Cafe Cerita Kambing memang satu pilihan yg...
10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Untuk Bersahur Berbuka Boleh Cuba Ni

10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Untuk Bersahur Berbuka Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 611 hits
Orang kita kalau makan tak pedas tak umpp sebab tulah kebanyakan lauk pauk masakan orang Malaysia terutamanya di kalangan masyarakat Melayu Untuk korang semua yang suka sambal ini ada 10 resipi sambal lauk pauk yang memang terbaik untuk ber...
Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa

Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1382 hits
Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa Salam semua entri lepas post pasal menu kerabu pauh terlintas pulak nak tengok dah berapa menu kerabu yang post di blog Emm rupanya tak banyak mana lagi ni Nanti lah pe...
5 Sebab Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadan

5 Sebab Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 463 hits
5 sebab berbuka puasa dengan Buffet Ramadan Bulan puasa dah dekat Emak emak pasti sudah mula berfikir menu apa nak dimasak untuk berbuka Tak kurang juga ada yang mencari Buffet Ramadan Ini antara 5 sebab mommy memilih berbuka puasa dengan B...
5 Juadah Berbuka Paling Popular Sewaktu Bulan Puasa

5 Juadah Berbuka Paling Popular Sewaktu Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1228 hits
Bila sampai je bulan puasa pasti ramai yang tak sabar untuk melaluinya Salah satu yang paling best bila bulan puasa ni adalah korang dapat pergi bazaar ramadhan yang buka setiap hari selama sebulan Best kan Apa agaknya benda pertama yang ak...
Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia Serasi Selera Berbuka

Sajian Sedap Dari 6 Negara Asia Serasi Selera Berbuka

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 477 hits
Sajian Asia memang banyak aneka rasa dan persembahan hidangannya Tetapi tetap ada persamaannya terutamanya penggunaan rempah ratus yang menjadi kesukaan orang Asia Memang patut ler sajian dari Negara Asia menepati citarasa rakyat Malaysia M...
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019

Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 755 hits
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019 Berlayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka menjadi tarikan unik yang terdapat menerusi pakej bufet berbuka pua...
12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yang Sedap Masak Tanpa Minyak

12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yang Sedap Masak Tanpa Minyak

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 1592 hits
Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yang masak tanpa minyak ni Ha Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda koleksi resipi lauk pauk berbuka tanpa minyak yang RASA kongsikan ini pasti b...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin