Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa


Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa || Salam semua, entri lepas post pasal menu kerabu pauh, terlintas pulak nak tengok dah berapa menu kerabu yang post di blog. Emm rupanya tak banyak mana lagi ni. Nanti lah pelan -pelan akan di post apa lagi menu kerabu Kelantan yang unik ya. :)


Dalam 3- 4 hari ini entri untuk menu - menu berbuka puasa dan biskut raya naik. Tak lama dah ni, tanda bulan ramadan tak lama lagi. Terima kasih buat pembaca yang tak jemu - jemu singgah di blog.

Kali ini buat entri khas untuk menu kerabu walaupun entri tak adalah banyak mana. Buat sesiapa yang suka menu kerabu Kelantan boleh lah cuba buat untuk bulan puasa nanti. Buat untuk menu seminggu sekali pun ok dah. Kalau yang bekerja nak rasa masak sedap sikit, mestilah pilih semasa hujung minggu.

Itu lah kadang - kadang nak masak juga menu yang sedap, tapi nak buat untuk planning menu - menu semua ni bukan senang kan.

Kali ini ada 5 resepi menu kerabu Kelantan yang korang wajib cuba buat. Bagi kita lah dalam banyak menu kerabu semua ni, tak sah kalau bulan puasa tak buat menu kerabu kaki ayam. Ada siapa yang suka tak. hii.

Sedap woih,, buat ratah saja pun sedap. Ini lah kalau boleh tak miss setiap kali bulan puasa. Yang kerabu kaki ayam sahaja bahan tak sama. Tapi tak apa, menu yang lain tu korang cuba ya. Bahan semua sama jer,, cuma watak utama tu bertukar lah. Post ini akan diedit dari semasa ke semasa sekiranya ada pertambahan untuk menu kerabu. :)


Resepi Kerabu Kaki Ayam Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Bahan - bahan 

2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut ( tak letak )
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan
Sos tiram

Cara - Cara 
1. Basuh kaki ayam sebersihnya.
2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan
3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
6. Hidang segera


Resepi Kerabu Nangka Mudah Dan Sedap 

Bahan - Bahan 

Nangka putik ( biasanya kalau beli di pasar, dah siap buang kulit )
2 ekor ikan dibakar dan diambil isi sahaja
5 ulas bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
Santan secukupnya ( kalau boleh santan segar, perahan pertama )
Garam dan gula secukupnya
Budu secukupnya

Cara - Cara

1. Nangka putik bersihkan dan potong dalam ketulan sederhana senang nak rebus nanti
2. Sediakan periuk masukkan air secukupnya dan letak nangka putik, siap sedia untuk direbus sehingga empuk
3. Setelah empuk angkat dan toskan
4. Seterusnya, bawang merah dan lada hitam ditumbuk sehingga halus
5. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi, kemudian masukkan kerisik dan boleh gaul rata
6. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam secukupnya
7. Sediakan satu mangkuk besar dan masukkan nangka yang telah ditoskan, kalau macam ada lagi ketulan boleh hiris lagi nipis
8. Masukkan bahan tumbuk dan gaul sebati, kemudian masukkan santan secukupnya, santan ni kalau nak berkuah sikit, boleh lah masukkan banyak sikit.
9. Masukkan sedikit budu nak bagi bau dan rasa budu. Gaul sebati dah siap, boleh hidangkan.


Resepi Kerabu Kelantan Asli  || Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak, Masam, Masin Dan Pedas

Bahan - Bahan

3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 tangkai lada burung dipotong serong
3/4 cawan santan  yang diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

Cara - Cara

1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan.


NOTA:

1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.


Resepi Kerabu Kelantan Asli || Kerabu Jantung Pisang Yang Mudah Dan Sedap

Bahan - bahan

1 biji jantung pisang awak yang besar
1 1/2 cawan santan ( tengok keadaan kalau jantung pisang sederhana sikit, kurangkan santan )
2 ekor ikan bakar
4 ulas bawang merah
1/2 sudu teh
2 tangkai lada burung hiris
Jus limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
5 sudu besar bumbung  kelapa goreng ditumbuk untuk dijadikan kerisik

Cara - cara

1. Jantung pisang dibuang kelopak luar beberapa helai dan hiris bulat. Hati - hati dengan getah jantung pisang. Nak buat alas lapik hiris dengan kertas surat khabar
2. Masukkan ke dalam periuk berisi air dan celur hingga lembut
3. Sejatkan sehingga sejuk dan perah buang air. Ketepikan sekejap
4. Tumbuk bawang merah, lada hitam dan juga isi ikan bakar hingga lumat
5. Kerisik ditumbuk juga
6. Satukan bahan tumbuk dan juga kerisik, masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul rata
7. Dalam mangkuk besar, satukan jantung pisang yang dah diperah dan juga bahan yang dah digaul rata
8. Gaul rata kemudian masukkan santan, kalau tak nak bagi nampak berair kerabu kurangkan santan
9. Masukkan lada burung dan perah jus limau nipis. Perasakan dengan gula dan garam sekiranya tak cukup rasa
10. Siap untuk dihidangkan



Resepi Kerabu Pucuk Paku Yang Mudah dan Sedap ( Kelantan Style ) 

Bahan - Bahan

2 ikat pucuk paku dicelur
2 ekor ikan bakar ambil isinya sahaja
Santan secukupnya ( Kalau guna santan pekat boleh tambah air sikit
4 ulas bawang merah
sejemput biji lada hitam
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Budu secukupnya

Cara - Cara

1. Pucuk paku ambil batang dan daun yang lembut, rendam sekejap untuk buang segala kotoran
2. Celur sekejap pucuk paku sampai lembut dan jangan lama sangat
3. Sejatkan atas penapis
4. Tumbuk bawang merah dan lada hitam, kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk lagi biar lumat
5. Alihkan masuk dalam bekas, kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa dan gaul rata
6. Pucuk paku yang dah dicelur letak dalam bekas, kalau ada lebihan air tu hentak sikit penyejat bagi air lebihan keluar. Masukkan bahan campuran yang dah ditumbuk tadi
7. Gaul rata bersama pucuk paku, kemudian masukkan santan secukupnya, bagi nampak berkuah sikit tapi jangan banyak sangat
8. Masukkan 1 - 2 sudu besar budu dan gaul rata. Pastikan rasa dulu kerabu sebelum tambah budu jangan terlebih masin. Sedia untuk dihidangkan

Nota : Nak lagi sedap tambah potongan cili api dan perah jus limau nipis.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/04/Ini-5-resepi-menu-kerabu-kelantan-yang-sedap-untuk-juadah-berbuka-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kerabu Kelantan Asli Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak Masam Masin Dan Pedas

Resepi Kerabu Kelantan Asli Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak Masam Masin Dan Pedas

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 2719 hits
Resepi Kerabu Kelantan Asli Kerabu Pauh Yang Cukup Lemak Masam Masin Dan Pedas Salam semua tak lama dah ni nak masuk bulan ramadan perasan pageview blog makin lama makin tinggi sekejap Alhamdulillah Salah satu faktor nya nak masuk puasa dah...
Semarak Rasa Ramadhan Di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung

Semarak Rasa Ramadhan Di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 887 hits
Semarak Rasa Ramadhan di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung Assalamualaikum dan salam sejahtera Beberapa hari lepas Sha berpeluang merasai buffet Ramadhan yang disediakan oleh Hotel Tower Reg...
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tempat Mesti Pergi Untuk Berbuka Puasa

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tempat Mesti Pergi Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 837 hits
hai assalammualaikumBawa Keluarga Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf ResortBawa Keluarga Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Salah satu tempat berbuka puasa yang menjadi kegemaran nad sekeluar...
Pilihan Berbuka Puasa Menarik Di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh

Pilihan Berbuka Puasa Menarik Di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1102 hits
Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh Beberapa hari yang lepas cik en berkesempatan untuk mencuba Ramadhan Buffet Preview di Tower Regency Hotel Apartment di Ipoh Perak Bertemakan Semarak Rasa...
Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan Puasa

Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1054 hits
Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan PuasaSekaya Telur antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan
Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Ramadhan 2019m 1440h Bagi Negeri Johor

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Ramadhan 2019m 1440h Bagi Negeri Johor

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 540 hits
Perkongsian Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 2019M 1440H Bagi Negeri Johor sebagai rujukan bersama menanti kemunculan Ramdhan Al Mubarak Semoga Allah panjangkan usia kita untuk
Tahukah Anda Cara Berbuka Puasa Tidak Betul Boleh Undang Padah

Tahukah Anda Cara Berbuka Puasa Tidak Betul Boleh Undang Padah

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 380 hits
KUALA TERENGGANU 17 April Cara berbuka puasa tidak menepati amalan Rasulullah SAW boleh menyebabkan berlaku pertambahan penyakit di bulan Ramadan Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin Prof Dr Harmy Mohamed Yu...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2019 Sarawak

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2019 Sarawak

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 752 hits
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H 2019M bagi setiap zon di seluruh negeri Sarawak sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu um...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus