Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing


CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 -14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Nanjing | Jingjue Mosque dan Bersiar-siar Sekitar Qinhuai District 

QINHUAI RIVER CRUISEAktiviti terakhir sebelum meninggalkan kota Nanjing - kami menaiki bot menelusuri Qinhuai River. Kita boleh pilih naik bot pada waktu siang atau waktu malam - kadar bayaran lebih tinggi jika pilih waktu malam. Kami pilih night cruise supaya dapat menyaksikan keindahan malam di sini
Info | Qinhuai River or Qin Huai River (秦淮河), a branch of the great Yangtze, is 110 kilometers in length and pass through the urban area of Nanjing. As the largest river in the area around Nanjing, Qin Huai River is called the "lifeblood" of the city. When the night falls, all the buildings along the river are lit, showing the visitors its most beautiful appearance. The night view in Qinhuai River area is a big highlight of Nanjing City. [Sumber : chinadiscovery.com]
Pondok menjual tiket bot terletak di sebelah kiri dalam foto di atas. Cantik binaan pondok kaunter dengan ciri-ciri tradisional Cina

Kawasan di Qinhuai District ini sesak dengan pengunjung sebab ia tempat tumpuan pelancong. Jadinya nak membeli tiket bot pun bersesak juga. Mulanya seorang wakil kumpulan kami pergi beli tiket, tapi rupa-rupanya pelancong asing perlu datang sendiri ke kaunter bersama pasport untuk membeli tiket

Kalau datang berdua saja dengan Encik Suami, mungkin kami tak buat aktiviti river cruise ni sebab tempatnya sangat sesak dan masalah komunikasi (jadi susah nak berurusan di kaunter). 
Bot bersusun rapat di Qinhuai River, sedia menanti para pelancong. Klik foto untuk paparan lebih jelas

Masa ni kami semua sedang bergerak untuk masuk ke dalam bot. Ada petugas yang akan arahkan kita menuju ke bot mana satu

Kami berlima masuk bot yang sama - sebuah bot dengan seni bina tradisional Cina. Bot ini bertutup sepenuhnya dengan dinding cermin. Terdapat set meja dan kerusi untuk empat orang bersusun di kanan dan kiri bot. Walaupun ada meja, tapi tak ada makan-makan ya

Saya dan Encik Suami duduk di meja paling depan, berhampiran pemandu bot. Tetapi kami dapat kerusi dengan kedudukan menghadap bahagian belakang, jadi penat leher nak menoleh ke depan dan kurang menikmati perjalanan. Tiada foto suasana di dalam bot, kalau ambil foto nanti nampak muka orang je sebab duduk berdekatan

Perjalanan kami menelusuri Qinhuai River bermula kira-kira pukul 6.30 petang. Sungainya tak begitu luas, bot-bot yang membawa pelancong bergerak perlahan. Sepanjang perjalanan, diberi penerangan tentang tempat-tempat yang dilalui. Macam biasa, pertuturan dalam bahasa Cina jadi saya cuma dengar tanpa memahami

Kami melewati beberapa buah jambatan yang dihias meriah. Terdapat deretan bangunan dengan seni bina tradisional Cina di kanan dan kiri sungai. Saya lihat ramai orang sedang berfoto dengan berpakaian tradisional Cina di bangunan tersebut. Tentu cantik hasil fotonya dengan latar Qinhuai River dan suasana menjelang malam

Bila hari semakin gelap, suasana bertambah cantik bercahaya di sana sini

Video berdurasi 1 minit - memaparkan suasana di Qinhuai River

Perjalanan menelusuri sungai mengambil masa kira-kira 50 minit. Bot berpatah balik ke tempat di mana kami naik tadi. Selesai aktiviti river cruise, kami berjalan kaki menuju ke sebuah restoran makanan halal

Meriah sungguh suasana malam di sini

Cantik tanglung bergantungan di pokok


BERTEMU PELAJAR MUSLIM XINJIANGTerasa jauh juga kaki melangkah, tapi rasa seronok dapat memerhatikan kehidupan malam di sini. Kami akhirnya tiba di sebuah blok bangunan yang menempatkan deretan restoran. Restoran makanan halal terletak di sudut hujung bangunan, entah apa nama kedai ni saya tak pasti

Ruang restoran agak luas dan dipenuhi pelanggan. Pelayan lelaki di sini kelihatan seperti memakai songkok di kepala, tapi bila diamati ia bukanlah songkok

Kalendar Islam di sudut restoran

Walaupun pelanggan ramai tapi tak perlu menunggu lama. Antara makanan yang dipesan - dumpling kukus

Pesan juga sate kambing. Rasanya sangat pedas

Dua botol air soda oren ini habis gara-gara makan sate pedas 😄. Bukan minum seorang, tapi saya kongsi dengan Encik Suami

Hampir selesai kami makan, masuk satu rombongan pelajar sekolah. Bertambah meriah suasana dalam restoran. Seorang kawan kami memulakan perbualan dengan pelajar yang duduk berhampiran dengan meja kami. Rupa-rupanya mereka kumpulan pelajar Muslim dari wilayah Xinjiang yang sedang dalam program pertukaran pelajar selama lima hari, malam ini merupakan malam terakhir mereka sebelum kembali ke Xinjiang

Rancak jugalah kawan Cina kami berborak dengan dua orang pelajar yang peramah. Lucunya, mereka tak tahu di mana Malaysia tetapi kenal Lee Chong Wei berasal dari Malaysia. 
Encik Suami berfoto bersama dua orang pelajar tersebut. Mereka berdua ni berusia 15 tahun. Mereka teka umur Encik Suami sekitar 30-an 😂. Biasanya orang yang tinggal di negara empat musim kelihatan lebih berusia, agaknya sebab tu mereka nampak Encik Suami macam lebih muda

Sebelum berpisah, salah seorang daripada mereka memandang saya sambil mengucapkan ‘Assalamualaikum’. Nak berborak ada halangan bahasa, jadinya saya hanya banyak tersenyum kepada mereka. Seronok rasanya dapat bertemu mesra dengan saudara seagama



SELAMAT TINGGAL NANJING!Pukul 9.50 malam, kami tiba di Nanjing Lukou International Airport untuk perjalanan pulang ke tanah air. Tiada pemeriksaan keselamatan yang ketat seperti di Guangzhou

Lapangan terbang ini agak lengang, tak ramai orang. Selesa untuk kami duduk menunggu. Lega juga saya lihat keadaan begini kerana saya perlu mencari ruang sesuai untuk menunaikan solat jamak Maghrib Isyak. Tiada Prayer Room di sini.
Bilik Nursery ini menjadi tempat solat kami. Terdapat beberapa bilik Nursery di aras yang sama, saya pilih tempat yang paling lengang. Kami bergilir menggunakan bilik ini. Alhamdulillah dapat solat dengan selesa walau ada rasa berdebar

15 April 2025, pukul 1.40 pagi pesawat Scoot Airlines yang kami naiki berlepas meninggalkan bumi Nanjing. Kami akan transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang

Ini merupakan pengalaman pertama saya terbang dengan Scoot Airlines - syarikat penerbangan tambang rendah (low-cost carrier) yang merupakan anak syarikat Singapore Airlines (SIA).

Selamat tinggal Nanjing









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/12/nanjing-qinhuai-river-cruise-bertemu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Internet Selamat Capai 8 462 Sekolah Lebih 369 000 Pelajar Terlibat

Kempen Internet Selamat Capai 8 462 Sekolah Lebih 369 000 Pelajar Terlibat

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Seramai 369 005 pelajar di seluruh negara telah menyertai Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia setakat 30 November lalu sekali gus menunjukkan peningkatan signifikan dalam usaha me
Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 138 hits
Ribuan orang mengucapkan selamat tinggal kepada dua panda gergasi terakhir Jepun di Zoo Ueno sebelum mereka kembali ke China di tengah hubungan diplomatik yang tegang TOKYO Ribuan penggemar berkumpul di Zoo Ueno Tokyo untuk melihat panda ge...
Selamat Tinggal Sukan Sea 2025

Selamat Tinggal Sukan Sea 2025

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 138 hits
Malaysia akan menjadi tuan rumah seterusnya pada 2027 Malaysia menduduki tempat keempat dengan 57 pingat emas 57 perak dan 117 gangsa manakala tuan rumah Thailand mengungguli carta dengan kutipan pingat 233 154 112 BANGKOK Tirai Sukan SEA 2...
Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

Nanjing Jingjue Mosque Dan Bersiar Siar Sekitar Qinhuai District

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 147 hits
CATATAN TRIP KE CHINA WILAYAH YUNNAN JIANGSU 10 14 APRIL 2025Sambungan catatan terdahulu Kenderaan kami bergerak meninggalkan Niushoushan Cultural Park di Jiangning District menuju ke Qinhuai District JINGJUE MOSQUESebelum meneruskan acara ...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 183 hits
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income USDT Secara Automatik Dengan AI Bot Bitradex Pelaburan crypto di Malaysia semakin popular The post appeared first on
St Rosyam Mart Jakel Square Dibuka Dengan Pengalaman Beli Belah 24 Jam Dompet Selamat

St Rosyam Mart Jakel Square Dibuka Dengan Pengalaman Beli Belah 24 Jam Dompet Selamat

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 81 hits
ST Rosyam Mart kini rasmi di Jakel Square Kuala Lumpur Destinasi beli belah runcit 24 jam ini bukan sahaja lengkap dengan lebih 40 000 produk tetapi juga menampilkan Malaysia Selection dan inisiatif Selamatkan Dompet Warga KL untuk membantu...
Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

Selamat Tahun Baru 2026 Contoh Ucapan Azam

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 129 hits
Selamat tahun baru 2026 Memandangkan kita bakal melangkah ke tahun 2026 ini adalah masa yang paling sesuai untuk bermuhasabah dan merancang lembaran baru yang lebih gemilang Untuk mengetahui kalendar 2026 Hari Kelepasan Am serta Kalendar Ak...
Wallet Crypto Malaysia Panduan Selamat Simpan Jana Income Usdt Dengan Ai Bot Bitradex

Wallet Crypto Malaysia Panduan Selamat Simpan Jana Income Usdt Dengan Ai Bot Bitradex

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 106 hits
Wallet Crypto Malaysia Panduan Selamat Simpan Jana Income USDT Dengan AI Bot Bitradex Dalam dunia kripto wallet adalah perkara The post appeared first on
Pas Diehards Chide Pmx For Failing His Muslim Duty To Ensure Gambling Remains Banned In Kedah

Pas Diehards Chide Pmx For Failing His Muslim Duty To Ensure Gambling Remains Banned In Kedah

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 153 hits
IT seems that fury has been directed at both the Madani government and principally Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim for failure to defend the rights of PAS ruled Kedah to ban gambling in the state This follows Friday s 2 1 majority C...
Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Si Kecil Diserang Asthma

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Menelusuri Keajaiban Histori Runtuhan Kota Purba Hierapolis