Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019


Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Berlayar menaiki bot merentas tasik sementara menunggu waktu berbuka menjadi tarikan unik yang terdapat menerusi pakej bufet berbuka puasa sempena Ramadhan tahun ini di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) dengan tema 'Gerbang Iftar Nusantara'


Sajian bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu istimewa ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik bebrbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah di kala senja berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah yang terbentang seluas 7000 ekar. 

Beberapa gerai dihias cantik memudahkan pengunjung memilih juadah kesukaan selain menjadi penyeri bahagian ruang legar menghadap tasik berhampiran Le' Lac Cafe, disulami dengan alunan muzik akustik yang dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu


Kambing bakar yang menjadi antara menu wajib tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa menu santapan nusantara seperti kari kambingg berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan sebagainya

Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd Noor, berkata sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini.


Ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti spaghetti, bebola daging, pai shepherd, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju berserta tomato


Katanya, hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti John, murtabak, kambing serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, cucur bergoreng, pencuci mulut yang turut disertakan dengan pelbagai jenis kerabu, salad, dan ulam-ulaman turut menjadikan juadah berbuka di sini lebih meriah

"Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui edaran flyers, banner, media sosial, dan sebagainya."
"Kita turut menawarkan promosi pemberian satu baucer percuma untuk setiap 10 tempahan berbayar selain berbesar hati menjadi perantara kepada mana-mana pihak yang berkeinginan menaja anak-anak yatim dan fakir miskin untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan juadah di sini." ujarnya

Menariknya, pakej bufet berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Resort ini benar-benar memberikan 'feel' sajian nusantara dengan memberikan pilihan tempat duduk secara tradisi dan membuatkan kita rasa dekat dengan kampung sendiri. Selain makan secara formal di atas meja, pengunjung boleh memilih untuk makan secara bersila di beberapa runagan khas yang disediakan.


Dengan kadar RM 45 bagi dewasa serta RM 35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kelainan Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15 serta 6.45 petang


Bagaimanapun, perkhidmatan pelayaran tasik itu juga bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada pada paras air tertentu

Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadhan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet

Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM 35 bagi dewasa dan RM 25 kanak-kanak, warga emas, serta OKU untuk pembelian yang telahpun bermula, iaitu dari 1 April - 30 April 2019

Pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105 untuk bilik biasa di Laketown Hotel dan RM 175 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 Mei - 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama satu baucer bufet berbuka puasa untuk seorang


Gerbang Iftar NusantaraPakej Bufet Ramadan Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown ResortJalan Bukit Merah, 34400 Semanggol,Perak Darul Ridzuan, Malaysia
http://www.bukitmerahresort.com.my

Hubungi :
+605 - 890 8888+605 - 890 8000 (fax)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.annursyuhadah.com/2019/04/ramadhan-buffet-berbuka-puasa-bukit-merah-laketown-resort-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buka Puasa Di Laman Kayangan Shah Alam Citarasa Dua Sempadan Di Bufet Ramadan 2019

Buka Puasa Di Laman Kayangan Shah Alam Citarasa Dua Sempadan Di Bufet Ramadan 2019

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 665 hits
Buka puasa di Laman Kayangan Shah Alam Citarasa Dua Sempadan Di Bufet Ramadan 2019 Meneruskan tradisi seperti tahun tahun sebelumnya sekali lagi Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan rakan media dan pa...
Buffet Ramadan 2019 Berbuka Puasa Juadah Kampung Di Restoren Umi The Top Komtar Penang

Buffet Ramadan 2019 Berbuka Puasa Juadah Kampung Di Restoren Umi The Top Komtar Penang

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1571 hits
Assalamulaikum gais Pejam celik dah masuk bulan puasa Mesti waktu siang kita terpikir nak makan apa time berbuka nanti eh Menu popular tiap kali terlintas dalam hati mesti masakan kampung kan Lagi lagi juadah tu mengubat rindu air tangan em...
Gerbang Iftar Nusantara Di Bukit Merah Laketown Resort

Gerbang Iftar Nusantara Di Bukit Merah Laketown Resort

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 796 hits
Ramadhan Buffet di Bukit Merah Laketown ResortAssalamualaikum hai hangpa Alhamdulillah tahun 2019 ni dapat review buffet Ramadhan Hari Rabu lepas aku ada p ke Ramadhan review di Bukit Merah Laketown Resort Sekejap ja dah nak puasa kan hangp...
Lebih 200 Pilihan Buffet Cahaya Ramadan 2019 Buka Puasa Di Bangi Resort Hotel

Lebih 200 Pilihan Buffet Cahaya Ramadan 2019 Buka Puasa Di Bangi Resort Hotel

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1083 hits
BUFFET CAHAYA RAMADAN 2019 BUKA PUASA DI BANGI RESORT HOTEL Bila tibanya bulan puasa Ramadan majlis buka puasa secara buffet memang tak asing lagi di negara kita ini Jadi Entri hari ini mummy Nak kongsikan pada korang BUFFET CAHAYA RAMADAN ...
Sacc Bufet Ramadan 2019 Cita Rasa Timur Tengah

Sacc Bufet Ramadan 2019 Cita Rasa Timur Tengah

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 682 hits
Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan tidak lama lagi Pusat Konvensyen Shah Alam sekali lagi muncul dengan bufet Ramadan bertemakan Cita Rasa Timur Tengah yang bermula 11 Mei hingga 3 Jun 2019 Jika anda peminat makanan dari Timur Tenga...
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan Jom Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort

Dengan 200 Menu Bufet Ramadan Jom Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 481 hits
Dengan 200 Menu Bufet Ramadan Jom Iftar Sesama di Bangi Golf Resort l Assalamuaikum Kalau korang tercari cari tempat berbuka yang berbaloi baloi di area Bangi atau kawasan yang berdekatan Ana nak cadangkan korang ke satu tempat ni Dengan 20...
Buffet Ramadan 2019 Jom Singgah Relish Berbuka Di Fraser Residence Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2019 Jom Singgah Relish Berbuka Di Fraser Residence Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 853 hits
Assalamualaikum hai korang Ada tak kawan kawan BBL kerja area KLCC Jalan Sultan Ismail Bukit Bintang Sentul atau Kg Baru senang cerita kerja tengah tengah KL Atau stay sekitar pusat bandaraya KL tu Incase anda tercari cari lokasi nak berbuk...
Buffet Ramadan 2019 Kembali Kitchen Menyajikan Bufet Makan Malam Bertema Selera D Kembali

Buffet Ramadan 2019 Kembali Kitchen Menyajikan Bufet Makan Malam Bertema Selera D Kembali

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 719 hits
Terasa sekejap aje masa berlalu dan kini kita bakal menyambut bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini Kemeriahan makin terasa apabila kebanyakkan hotel dan restoran turut mengadakan promosi buffet Ramadan istimewa buat mereka yang ingin berb...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat