Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Resepi dan Cara Mudah Buat Agar-Agar Sirap Ros : Sekali Buat Terus Menjadi- Buat apa mak-mak se-malaya time petang-petang tu.Biasa mak-mak sebelah petang dah free kan.Anak-anak pun dah kenyang, makan tengahari dah setel. Okey, kali ini saya nak kongsikan resepi agar-agar sirap ros paling senang. Sebenarnya, saya faham je perasaan kita mak-mak ni yang teringin buat agar-agar yang lembut dan sodap dan memenuhi piawai En Suami, tapi tulah kadang ada masa tak menjadi pulak dan terus fed up nak repeat mencuba.
Agar-agar sirap ros ni kadang ada orang gelar dia agar-agar kampung.Memang pun.Zaman saya sekolah rendah dulu, selalu jumpa agar-agar ni kalau balik kampung mak dan arwah abah di Muo sana.Dia macam wajibul ghunnah pulak agar-agar sirap ni kan. Tapi yang membezakannya ialah, agar-agar mana yang paling lembut dan manis itulah yang habis dulu.haha
Resepi dan Cara Mudah Buat Agar-Agar Sirap Ros : Sekali Buat Terus Menjadi
Resepi Mudah Agar-Agar Sirap Ros Yang Lembut Dan Sedapsatu paket agar-agar tali (20g )1.5 litre air masak1 1/2 sudu makan sirap ros4 sudu besar gula pasir ( boleh adjust ikut kemanisan yang disukai )Bekas untuk letak agar-agar untuk disejukkan
Cara Menyediakan Agar-Agar Sirap Ros yang lembut dan sedap1. Masak agar-agar dalam periuk dengan 1.5 liter air. Sukatan air bagi agar-agar tali 20g adalah sebanyak 1.5 litre air sahaja. Sukatan ini saya dah buat banyak kali.InshaAllah, kita akan dapat kejadian agar-agar tali yang sedang elok lembut dan rasanya.2. Masukkan sekali 4 sudu besar gula pasir. Biarkan agar-agar dan gula sampai larut. Gunakan api sederhana sahaja. 3. Bila agar-agar dah larut, masukkan satu setengah sudu sirap rose. Kacau hingga sebati. Boleh adjust kemanisan jika suka kurang manis atau lebih manis. 4. Apabila agar-agar dalam periuk dah mendidih, boleh tutup api dan biarkan seketika.5. Tuang agar-agar sirap ke dlm acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.6. Sejukkan dlm peti ais dlm tempoh 2-3 jam sebelum dihidangkan.
Agar-agar sirap ros ni paling sedap dimakan tatkala dia sejuk-sejuk baru keluar fridge.Tambah lagi kalau tekak tengah kering, masuk agar-agar ni terus rasa sejuk kan. Ada juga orang-orang sebelah Johor panggil agar-agar sirap ni lengkong sirap. Tak tahulah mana dapat nama lengkong tu.Tapi kita faham je kalau orang sebut lengkong tu, maknanya sahlah dia orang Joho.hiks.
Orait, selamat mencuba ya! Kalau rasa diri tu beginner dan baru pertama kali nak mencuba buat agar-agar sirap ros ni, mohle korang. Inilah resepi paling ringkas dan cepat akk boleh kongsi.Sambil pejam mata boleh setel tau.kihkih.
Cik Matahariku,Sejak saya dan Encik Suami berebut lengkong sirap kat rumah Mak Muo tempohari, kerap jugalah saya repeat buat agar-agar sirap ni.Suami suka sangat sebab agar-agar yang akk buat ni lembut dan sedang elok manisnya kat tekak dia.Alhamdulillah:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/12/resepi-dan-cara-mudah-buat-agar-agar.html