10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Untuk Bersahur Berbuka Boleh Cuba Ni


Orang kita kalau makan tak pedas tak umpp…sebab tulah kebanyakan lauk pauk masakan orang Malaysia terutamanya, di kalangan masyarakat Melayu. Untuk korang semua yang suka sambal ini ada 10 resipi sambal lauk pauk yang memang terbaik untuk berbuka dan bersahur.

SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus4 sudu makanpes cili kering1 sudu makan sos tomato1 sudu makan sos cili1 sudu makan air asam jawa1 biji bawang besar hirisGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2cm halia1 batang seraiCARA MEMASAK:
1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
4. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
5. Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
7. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
8. Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
**media[]**
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus4 sudu makan pes cili kering2 biji bawang besar | potong dadu5 sudu makan kicap manis3 sudu makan kicap pekatGaram dan gula jika perlu4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah2 ulas bawang putih2cm halia2cm lengkuas2 batang serai | hirisBAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai1 kuntum bunga lawang4 ulas buah pelagaCARA MEMASAK:
1. Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
2. Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
3. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
5. Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
6. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
8. Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .


SAMBAL SERAI LIMAU PURUT ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil1 biji bawang besar | hiris1 biji limau nipis | jus sahajaGaram dan gula secukup rsaMinyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumisBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar3 ulas bawang putih2cm halia muda3 batang serai | hiris3 helai daun limau purut | carik-carikkan3 biji cili hijau10 biji cili padiCARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit. Tumis bahan kisar.
3. Setelah naik bau, tambahkan dengan hirisan bawang besar.
4. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau rata.
5. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api, terus kacau seketika.
7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sambal sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.


SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris nipis, cuci dan tos1 biji kentang | hiris nipis1 keping tauhu | potong dadu150gm hati dan pedal ayam | cuci bersih1 keping fucuk | rendamSedikit suhun | rendam2 biji cili merah | hris2 biji cili hijau | hiris3 batang kacang panjang | hiris serong1 sudu makan kicap pekat2 sudu makan kicap pekat manis1 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukupnyaBAHAN HIRISAN:6 ulas bawang merah4 ulas bawang putih2cm halia muda | hriis memanjang10 biji cili padiCARA MEMASAK:
1. Hati dan pedas digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng tempe, kemudian diikuti kentang, tauhu dan akhir sekali hati dan pedal.
3. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi, masukkan pedal dan hati ayam. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan fucuk dan suhun, kacang panjang, tempe dan hirisan cili merah dan hijau.
6. Gaul rata, dan masukkan air asam jawa, kicap pekat dan kicap manis.
7. Terus kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Setelah cukup garing, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.


SAMBAL UDANG DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
500gm udang | bersih dan tos1 biji bawang besar | hiris10 biji cili padi | titik1 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukup rasaBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah4 ulas bawang putih3 biji cili hijau150gm daun ketumbarCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang, cili padi, air asam jawa. diikuti dengan udang.
5. Kecilkan api, gaul rata seketika.
6. Akhir sekali peraakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Tutup api dan sambal udang sedia dihidangkan.


SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar1 sudu makan air asam jawa4 sudu makan pes cili kering250ml air200ml santanGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah2 ulas bawang putih2cm halia2cm lengkuas2 batang seraiREMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang3 ulas buah pelaga.CARA MEMASAK:
1. Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
3. Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
5. Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
6. Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
7. Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
8. Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.

SAMBALKICAP PERUT CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm perut lembu | cuci bersih dan rebus hingga empuk2 sudu makan kicap pekat3 sudu makan kicap manis2 sudu makan air asam jawa1 biji bawang besar | hirisSedikit cili benggala merah | hirisSedikit cili benggala hijau | hirisGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2cm halia2 batang serai20 biji cili padiCARA MEMASAK:
1. Perut lembu dihiris memanjang . Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
3. Kemudian masukkan perut,
4. Gaul rata dan masukkan kicap pekat dan kicap manis sert air asam jawa.
5. Kacau rata hinggs pes sambal sebati dengan perut.
5. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Kecilkan api dan dan terus kacau hingga pecah minyak.
7. Setelah cukup rasa tambahkan hirisan cili benggala, gaul rata.
8. Tutup api sambal sedia dihidangkan.


SAMBAL LODEH PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gm perut lembu | rebus dan hiris memanjang2 keping fuchuk | remdam dan potong kecilSedikit suhun | rendam2 biji cili merah | hiris2 biji cili hijau | hiris1 biji bawang besar | hiris5-6 biji tomato ceri | jika suka3 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasa500ml pati santan4 sudu makan minyak masakBAHAN SAYUR:
3 batang kacang panjang | potong 3cm3-4 batang putih jagung | hiris memanjang3 kelopak kubis | hiris kecil1/2 batang lobak merahBAHAN HIRIS DAN GORENG:
1 keping tauhu | hiris1 keping tampe | hiris1 biji kentang | hirisBAHAN KISAR:
25 biji cili padi6-7 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2cm haliaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
2. Masukkan perut kacau rata hingga perut sebati dengn bahan tumisan.
3. Selepas beberapa minit, masukkan pula bahan fucuk, gaul rata.
4. Seterusnya masukkan bahan sayur.
5. Setelah sayur layu, masukkan bahan hirisan yang telah digoreng.
6. Kacau lagi dan masukkan santan, air asam jawa.
7. Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. Akhir sekali masukkan suhun dan tomato ceri.
9. Kacau rata dan tutup api. Sambal Lodeh sedia dihidangkan.
**media[]**
SAMBAL SOTONG LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong saiz XL | bersihkan dan hiris bulat besar150gm lengkuas | parut atau kisar kasar1 biji bawang besar | hiris1 keping asam gelugur150ml santanGaram dan gula secukup rasa4 sudu makan minyak masakBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih12 biji cili padi2 batang serai2cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
1. Gaulkan sotong dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Masukkan dalam kuali.
2. Setelah sotong kecut, tutup api dan toskan sotong.
3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan santan, asam gelugor dan parutan lengkuas yang telah diperah airnya.
5. Masukkan sotong kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Setalah kuah pekat dan cukup rasa, tutup api.
7. Sambal sotong lengkuas sedia dihidangkan.


SAMBAL TELUR PUYUH DENGAN TAUHU
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan kupas kulit1 keping tauhu | potong dadu1 biji bawang besar | hiris4-5 sudu makan pes cili kering1 sudu makan air asam jawa1sudu makan sos ciliGaram dan gula secukup rasaMinyak masak secukup untuk menggoreng dan menumisBAHAN KISAR:
1 biji bawang besar2 ulas bawang putih1 batang serai2 hiris haliaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng telur puyuh hingga kekuningan.Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula tauhu. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumis bahan kisar, hingga wangi.
5. Masukka pes cili bersama air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak.
6. Masukkan telur puyuh dan tauhu tadi. Gaul rata.
7. Perasakan dengan garam, gula dan sos cili secukupnya.
8. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/10-resipi-sambal-lauk-pauk-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suka Makan Popia Lumpia Sedap Ini Resipi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Popia Lumpia Sedap Ini Resipi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 579 hits
Rasa Jelajah Rasa Nusantara sekali lagi membawa anda menjelajah negara seberang Indonesia bersama Adam Didam dan Ili Sulaiman untuk belajar cara cara menghasilkan hidangan Lumpia yang sangat sedap dan enak Lumpia ini sekali pandang seakan a...
Resipi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering Sedap Dan Padu

Resipi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering Sedap Dan Padu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 965 hits
Sebut sahaja nasi lemak mesti teringat sambal Tapi kebanykkan sambal dah lali dengan perut Cuma baru baru ni si suami teringin nak jamah nasi lemak dengan sambal sotong kering Maka Puan Isteri ni gigih lah panjat pasaraya semata mata nak da...
Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 690 hits
Banyakkan sayur sayuran dalam sajian ajak anak anak makan sayur jugak Pemakanan sihat ni ditinggal jangan Bagi mereka yang tengah berdiet tu usahlah asyik makan salad aje Apa kata cuba makan sayur cara lauk tradisional pulak Nak masuk lauk ...
3 Menu Olahan Dari Buah Naga Tak Sangka Sungguh Sedap Boleh Cuba Ni

3 Menu Olahan Dari Buah Naga Tak Sangka Sungguh Sedap Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 859 hits
Sedapnya buah naga kalau anda penggemar buah yang kaya khasiat ini cer cuba pelbagaikan cara pengambilannya dengan mengolah buah eksotik dalam beberapa menu deseert yang sedap Tak percaya ini RASA kongsikan tiga resipi dessert yang sedap Ka...
5 Jenis Serunding Sesuai Untuk Lauk Sahur Boleh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni

5 Jenis Serunding Sesuai Untuk Lauk Sahur Boleh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 658 hits
5 Jenis Serunding Sesuai Untuk Lauk Sahur Boleh Buat Bisnes Bulan Puasa Ni Bila dekat dengan bulan puasa ramai yang cari serunding untuk lauk berbuka rasa garing dan pedas memang memancing selera bersahur tak kala mata masih kelat Kebanyaka...
Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh Di Manjung Yang Marvellous Ini

Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh Di Manjung Yang Marvellous Ini

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 773 hits
Kuetiau Kicap Sedap Di Manjung Boleh Cuba Shahriz Mee Kari Ipoh di Manjung Yang Marvellous Ini Semenjak duduk di Manjung cik en memang susah nak cari kuetiau yang sama di Ipoh Cik en sebelum tinggal di Manjung memang menetap di Ipoh dari za...
Sambal Goreng Padu Boleh Simpan Lama Sungguh Enak Di Makan Dengan Apa Saja

Sambal Goreng Padu Boleh Simpan Lama Sungguh Enak Di Makan Dengan Apa Saja

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 821 hits
Tu dia tagline ala ala roti gardenia katanya Ala ala je bukan sama Hope tak kena saman lah yer hahahaha Bukan apa tagline tu untuk mengambarkan apa keistimewaan sesuatu produk tu So dari tagline tu kadang kadang boleh menceritakan semua per...
Semua Nak Kecam Jangan Bitchy Sangat Boleh Tak

Semua Nak Kecam Jangan Bitchy Sangat Boleh Tak

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 336 hits
Baru baru ini kecoh seketika apabila Oktovia Manrose memuat naik gambar bersama pasangan pengantin baru Nelydia Senrose dan suami apabila para netizen meyindir The post appeared first on
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias