12 Resipi Lauk Pauk Berbuka Yang Sedap Masak Tanpa Minyak


Jom cuba aneka resipi lauk pauk berbuka puasa yang masak tanpa minyak ni. Ha…Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda,  koleksi resipi  lauk pauk berbuka tanpa minyak yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu anda memilih lauk pauk yang sihat dan enak. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
1. KETAM KUKUS

BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam – bersihkan500gm isi ayam2 biji telur2 ulas bawang putih2 ulas bawang merah1 sudu sos tomato1 biji cili bengala merah1 biji cili benggala hijauDaun sup dan daun bawang secukupnyaLada sulah secukupnyaGaram dan bahan perasa secukupnyaAir secukupnyaCARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.Angkat dan sedia dihidang.2. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung – bersihkanAir secukupnyaBAHAN UNTUK AIR ASAM:
30gm cili padi10gm cili besar merah20gm perahan limau kasturi100ml air asam jawa1 biji buah tomato – potong dadu1 biji bawang besar – potong dadu5gm garam5gm serbuk perasa (pilihan)CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.3. SOTONG BAKAR DENGAN SOS THAI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong besar – dibasuh dan dikelarI inci kunyit hidup3 ulas bawang putih1 batang serai – dimayang halusGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Tumbuk halus kunit, bawang putih dan serai.Gaulkan dengan sotong, masukkan juga sedikit garam.Biarkan dalam 5 atau 10 minit.Panaskan kuali pemanggang. Sapu sedikit mentega dan letakkan sotong. Bakar hingga sotong menjadi lembut.Gunakan api yang besar untuk membakar sotong.Hidangkan dengan sos cili thai.4. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dipotong dua3 biji cili merah | dikisar15 biji cili padi  | dikisar6 biji bawang merah | dikisar5 cm kunyit | dikisar3 helai daun kunyit | disiat4 keping asam gelugur3 batang serai | diketuk6 cawan airGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.Angkat dan hidangkan.5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
500gm daging | bersihkan dan tosBAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah3 ulas bawang putih3cm kunyit hidup3 batang seraiGaram dan gula secukup rasaBAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa3cm belacan – bakar Air suam secukupnya1 biji bawang besar saiz sederhana – potong dadu15 biji cili padi – dihiris halus1 biji tomato – potong daduGaram, gula dan perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.Sementara itu siapkan air asam.Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.6. BAWAL EMAS KUKUS KURMA

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal emas – dipotong dua1 cm halia | dihiris3 ulas bawang putih – dihiris2 ulas bawang merah – dihiris1 biji tomato – dipotong bajiSedikit lobak merah – dihiris3 biji buah kurma – dibuang biji dan dihirisAir secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.7. CUMI BAKAR

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong –  buang  kepala dan kulit2 sudu makan kicap pekat manis 1 sudu teh gula perang1 sudu teh perasa ayam1 helai daun salamGaram secukup rasa2cm lengkuas | ketukBAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah2 ulas bawang putih5 tangkai cili merah2cm kunyit hidup3 biji buah keras1 sudu teh lada hitamCARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hinggaTambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.Angkat dan hidangkan panas-panas.8. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi100 gm isi udang2 sudu makan tempoyak6 pucuk daun kesum1 keping asam gelugorGaram dan gula secukup rasaAir secukupnyaBAHAN KISAR:
10 biji cili padi3cm kunyit hidupCARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.9. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI

BAHAN-BAHAN:
350gm tofu putih – kukus selama 20 minit50gm cendawan shitake kering – dibasuh dan rendam air semalaman50gm brokoli1/2 biji bawang besar – dihiris4 ulas bawang putih – dihiris4cm halia – dihiris500ml stok ayam – atau air rebusan ayam4 sudu makan sos tiramGaram secukup rasaGula secukup rasaSedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung – jika mahu pekatCARA MEMASAK:
Pijarkan minyak dalam kuali.Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen)Masukkan garam dan gula secukup rasa.Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.10. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos2 sudu makan sos cili Thai1 sudu makan sos cili1 sudu makan sos plum1/2 sudu makan minyak masak1 biji  bawang besar – cincang2 ulas bawang putih – cincang2cm halia muda – hiris halus2 biji cili merah – cincang halusGaram secukup rasaBAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih – kisar kasar1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar1 biji telurSedikit hirisan daun bawangSedikit hirisan daun ketumbar1 sudu teh garam1 sudu teh serbuk lada sulahCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.Panaskan pengukus.Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.Sementara itu sediakan sos.Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.Sotong sedia dihidangkan.11. SUP KELAPA DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang1 biji air kelapa1 kiub stok ayam100gm isi kelapa | dihiris nipis2 biji cili padi merah | dihiris nipisDaun bawang untuk hiasanGaram dan serbuk lada sulah secukup rasaCARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan. 
12. SUP UDANG DAN NANAS

BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar1/2 biji nanas | dihiris1 biji cili merah2 biji cili padi3 ulas bawang putih | dihirisSedikit daun bawang | dihirisAir secukupnyaGaram secukup rasa CARA MEMASAK:
Dididkan air dan masukkan bawang putih dan nanas. Biar merenih seketika.Tambahkan cili merah dan cili padi.Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.Sedia untuk dinikmati.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/12-resipi-lauk-pauk-berbuka-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Untuk Bersahur Berbuka Boleh Cuba Ni

10 Resipi Sambal Lauk Pauk Sangat Sedap Sesuai Untuk Bersahur Berbuka Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 610 hits
Orang kita kalau makan tak pedas tak umpp sebab tulah kebanyakan lauk pauk masakan orang Malaysia terutamanya di kalangan masyarakat Melayu Untuk korang semua yang suka sambal ini ada 10 resipi sambal lauk pauk yang memang terbaik untuk ber...
Resipi Sotong Masak Ala Thai Tak Payah Lauk Lain Dah

Resipi Sotong Masak Ala Thai Tak Payah Lauk Lain Dah

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 2324 hits
Kalau datang rasa malas nak masak macam macam lauk RASA sarankan korang masak je lauk sotong macam ni Rasanya dah cukup lengkap manis masin dan pedas Rahsia sedapnya masakan sotong ala Thai ni sebab ada gula apung Thai yang menjadikan rasan...
Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari Simple Tapi Sedap

Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 2356 hits
Lauk Pauk Kampung Makan Tengahari Simple Tapi Sedap Sebut je lauk pauk tapi sebenarnya dua lauk satu sayur ala kampung itu pun dah cukup lazat bagi saya dan kami sekeluarga Anda semua masak apa hari ni Ada menu istimewa ke Tengahari ni saya...
Resipi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering Sedap Dan Padu

Resipi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering Sedap Dan Padu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 965 hits
Sebut sahaja nasi lemak mesti teringat sambal Tapi kebanykkan sambal dah lali dengan perut Cuma baru baru ni si suami teringin nak jamah nasi lemak dengan sambal sotong kering Maka Puan Isteri ni gigih lah panjat pasaraya semata mata nak da...
Resipi Lauk Simple Untuk Anak Bawah 2 Tahun Berkhasiat Dan Mudah Disediakan

Resipi Lauk Simple Untuk Anak Bawah 2 Tahun Berkhasiat Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 636 hits
Orang kata makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak Ini kerana penyediaannya lebih terjamin dari aspek kebersihan dan keperluan nutrisi Bagi anak yang berusia 2 tahun ke bawah tak sesuai...
Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang

Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1328 hits
Bagi yang baru nak belajar buat Kuih Seri Muka boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang Senang kan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan RESIPI KUIH SERI MUKA ...
Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa

Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1382 hits
Ini 5 Resepi Menu Kerabu Kelantan Yang Sedap Untuk Juadah Berbuka Puasa Salam semua entri lepas post pasal menu kerabu pauh terlintas pulak nak tengok dah berapa menu kerabu yang post di blog Emm rupanya tak banyak mana lagi ni Nanti lah pe...
Informasi 4 Jenama Minyak Masak Air Spritzer Halal Jakim

Informasi 4 Jenama Minyak Masak Air Spritzer Halal Jakim

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1175 hits
Produk Helang Vesawit Knife dan Buruh masih pemegang sijil halalBANGI 12 Syaaban 1440H Khamis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menafikan dakwaan kononnya beberapa jenama minyak masak termasuk air minuman Spritzer mengandungi bahan tidak hala...
Biskut Raya Popular 2019 Resipi Snow Almond Mudah Sedap

Biskut Raya Popular 2019 Resipi Snow Almond Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 1831 hits
Anda dah mula tercari cari resipi biskut raya untuk tahun ini Maklumlah Ramadan bakal menjelang bermakna Hari Raya Aidilfitri pun bakal tiba Salah satu biskut popular yang boleh dicuba adalah Biskut Snow Almond perkongsian saudari Siti Sole...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias