Wawasan Kemakmuran Bersama Perlu Overhaul Besar Besaran Kata Pakar Ekonomi


 
Kebanyakan pelan pembangunan ekonomi serta inisiatif yang dirangka oleh Putrajaya dipacu secara dalaman, berbanding luaran, kata Firdaos Rosli.PETALING JAYA: Kerajaan perlu merombak rawat inisiatif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) secara besar-besaran setelah mengambil kira situasi ekonomi semasa, kata Ketua Ekonomi Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), Firdaos Rosli.
Firdaos berkata, sasaran WKB 2030 yang cukup tinggi tidak mengambil kira impak wabak Covid-19 seperti mensasarkan KDNK mencapai RM3.4 trilion menjelang 2030.
Ia juga mensasarkan purata pertumbuhan KDNK pada kadar 4.7% setahun bermula 2021 hingga 2030 dan perolehan pekerja mencapai 48% daripada KDNK, berbanding 35.7% pada 2018.
Beliau berkata, kebanyakan pelan pembangunan ekonomi serta inisiatif yang dirangka oleh Putrajaya dipacu secara dalaman berbanding luaran, selain pertumbuhan model ekonomi masih berasaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenal pada 1971.
Firdaos Rosli.“Pada 1971, ekonomi global tidak diintegrasi seperti hari ini, jadi pelan pertumbuhan jangka panjang secara dalaman adalah ‘okay’. Pada 1990 kita lihat lebih banyak penumpuan dan pada 2019, sebelum wabak, globalisasi kian melonjak dan merata.
“Namun Malaysia berterusan mengejar perkembangan ekonomi global. Walaupun mempunyai banyak pelan jangka panjang, ‘blueprint’ dan belanjawan tahunan, kita masih belum mencapai 50% KDNK bagi setiap pekerja, yang menjadi penanda aras di Amerika Syarikat.
“Ini menimbulkan persoalan membabitkan kecekapan perancangan pelan jangka panjang ekonomi Malaysia. Adakah kita mencapai sasaran pembangunan? Jika ya, adakah sasaran ini penting dalam perspektif global?” katanya pada sidang media maya.
Firdaos berkata, pelbagai pelan dirangka oleh kerajaan hampir semuanya sama dan berulang. Beliau menggesa Putrajaya agar mengubah sasaran sekiranya pelan pembangunannya tidak berjaya.
Walaupun diakui pelan pembangunan sememangnya memerlukan sasaran dan usaha untuk mencapainya, beliau berkata, pelan jangka panjang mesti sentiasa boleh diubah mengikut situasi.
Katanya, pandemik menawarkan peluang kepada kerajaan merombak semula perancangan ekonominya. Beliau mencadangkan sasaran dikecilkan kepada sasaran yang berkesan.
Menggesa kerajaan ke arah pembangunan prasarana lebih besar, Firdaos berkata, kekurangan prasarana asas dan keperluan di beberapa tempat tertentu perlu ditangani.
Beliau memberi contoh, Kelantan mempunyai peratusan tinggi isi rumah yang tidak mendapat akses kepada air paip, manakala banyak orang di Sabah dan Sarawak tiada akses segera kepada penjagaan kesihatan awam.
“Ekonomi berpendapatan tinggi jenis apakah yang kita mahu pada masa depan? Adakah kita mahu jadi negara berpendapatan tinggi dengan peratusan besar rakyat tiada akses kepada air paip?” katanya.
Firdaos turut menekankan pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Ketika negara menuju negara menua dengan 50% populasinya golongan pesara, ia boleh membawa kepada penurunan hasil cukai kepada KDNK kerana tiada cukai langsung terhadap golongan berkenaan.
“Masalahmya bukan struktur cukai, namun lebih kepada reka bentuk percukaian yang tepat. Kita boleh kata tetapkan pada kadar ini dan itu, kadar barang tertentu patut standard atau dikecualikan GST. Persoalan ini harus dibahas kerana ia perkara penting.
“Garis masa pelaksanaan semula GST juga perlu diambil kira kerana jika lambat ia menimbulkan persepsi cukai ini tidak terlalu penting. Kita boleh buat keputusan melaksanakan semula GST pada 2029.
“Bagi pelaksanaan cukai langsung pula, kita perlu bandingkan dengan negara lain di rantau ini. Ketika ini, ada negara mengenakan struktur cukai korporat yang lebih rendah, justeru, cukai perseorangan juga rendah,: katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/wawasan-kemakmuran-bersama-perlu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Ekonomi Kata Kerajaan Tipu Ekonomi Negara Makin Pulih

Pakar Ekonomi Kata Kerajaan Tipu Ekonomi Negara Makin Pulih

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 308 hits
KERAJAAN tidak berkata benar apabila mengumumkan ekonomi Malaysia bertambah baik sedangkan data dan angka menunjukkan sebaliknya kata pakar ekonomi tersohor Dr Muhammed Abdul Khalid Pakar ekonomi itu berkata ada beberapa penunjuk arah yang ...
Pks Perlu Teroka Kaedah Baharu Bina Semula Perniagaan Ketika Pandemik Kata Ahli Ekonomi

Pks Perlu Teroka Kaedah Baharu Bina Semula Perniagaan Ketika Pandemik Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 232 hits
Seorang ahli ekonomi berkata perniagaan kecil perlu mengetahui bagaimana mereka boleh mendapatkan bantuan bagi menambah baik operasi perniagaan jualan dan segmentasi pasaran dengan menerapkan penggunaan teknologi KUALA LUMPUR Sebanyak 907 0...
Gerakan Bendera Hitam Bakal Buat Protes Besar Besaran Sebaik Kes Covid 19 Turun

Gerakan Bendera Hitam Bakal Buat Protes Besar Besaran Sebaik Kes Covid 19 Turun

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 233 hits
July 18 2021 PETALING JAYA Gerakan Bendera Hitam yang pada awalnya ditubuhkan untuk memprotes penangguhan pelaksanaan usia pengundi 18 tahun kini mendapat sokongan kira kira 200 000 orang dengan dukungan 20 badan bukan kerajaan dan persatua...
Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 298 hits
Saringan besar besaran akan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah termasuk di lokaliti yang mempunyai kluster serta kontak rapat KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata jumlah kes harian Covid 19...
Viral Video Ojol Berseteru Dengan Debt Collector Di Sawah Besar Ini Kata Polisi

Viral Video Ojol Berseteru Dengan Debt Collector Di Sawah Besar Ini Kata Polisi

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 215 hits
Kejadian itu pun dibenarkan oleh Kapolsek Sawah Besar AKP Maulana Mukarom Ia menyebut jika kejadian tersebut terjadi pada sore hari sekitar pukul 17 00 WIB
Penutupan Kilang Beri Kesan Buruk Ekonomi Kata Ahli Mten

Penutupan Kilang Beri Kesan Buruk Ekonomi Kata Ahli Mten

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 256 hits
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Noor Azlan Ghazali berkata dalam konteks kluster kilang hanya menyumbang sekitar 15 ke 20 daripada keseluruhan kes KUALA LUMPUR Penutupan penuh sektor perkilangan yang menyumbang jumlah eksport leb...
Anwar Dan Anak Muridnya Memang Tak Layak Jadi Pm Kata Pakar

Anwar Dan Anak Muridnya Memang Tak Layak Jadi Pm Kata Pakar

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 453 hits
agendadaily com19 7 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pakar berkata kedua duanya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia Blok pembangkang tidak perlu mengadakan...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ryan Bakery Minta Pempengaruh Sedar Diri Jaga Adab Dalam Hasilkan Konten

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Refund Selepas Tulis Reviu Di Google

Zarina Anjoulie Pilih Lelaki Berduit Kecantikan Perlu Wang Ringgit

Mcmc In Talks With Tiktok Over Removal Of 18 Media Accounts

Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti