Anwar Dan Anak Muridnya Memang Tak Layak Jadi Pm Kata Pakar


agendadaily.com19/7/2021
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Pakar berkata kedua-duanya tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Blok pembangkang tidak perlu mengadakan mesyuarat baharu untuk memilih calon Perdana Menteri (PM) selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika UMNO bersetuju duduk di bawah ‘khemah besar’ bersama Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana pemerhati politik melihat Anwar dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi anak muridnya, tidak layak menjadi PM Malaysia.

Menurut mereka pertukaran pucuk pimpinan negara tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan rakyat sedang berdepan pandemik Covid-19 yang tidak pernah dirasai mana-mana pemimpin dunia pun sebelum ini. Lagi pula tiada pemimpin lain yang layak untuk menghadapi keadaan pandemik itu sekarang.

Sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi kenyataan PH perlu bermesyuarat semula jika mahu memilih calon lain sebagai PM. Kenyataan itu timbul setelah wujud spekulasi mengatakan Zahid memberitahu Majlis Tertinggi (MT) bahawa UMNO akan diberi jawatan PM sekiranya membentuk kerajaan baharu bersama PH.

Mengulas gesaan PM Malaysia ditukar, pakar geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Azmi Hassan melihat tidak ada pemimpin lain sekarang ini yang mampu mentadbir negara selain Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berpendapat menukar Muhyiddin dengan orang lain bukan jalan penyelesaian yang terbaik untuk menstabilkan politik negara kerana tiada calon PM di kalangan mana-mana parti politik sekarang.

“Malah, Pakatan Harapan pun tidak seutuh yang disangka untuk membentuk kerajaan baharu sekalipun memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

“Cara yang boleh diambil untuk menstabilkan situasi politik negara sekarang adalah mengekalkan status quo kerajaan sedia ada dan Muhyiddin terus menjadi Perdana Menteri dan sokongan diberi kepada semua pihak termasuk pembangkang.

“Kedua, seseorang boleh dilantik untuk mengurus negara tetapi dengan syarat tidak berkait dengan unsur politik. Memang peranan Perdana Menteri itu penting dalam memberi arah tuju negara, tetapi, kalau Perdana Menteri sendiri terumbang-ambing, maka semua pihak akan terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berhubung penyelesaian krisis politik untuk mewujudkan kerajaan stabil dengan mengekalkan pentadbiran sekarang dan cuma menukar PM.

Memetik laporan Utusan hari ini, penganalisis politik dan keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin juga sependapat bahawa menukar PM tidak sesuai ketika pandemik Covid-19 masih berada pada tahap membimbangkan.

Katanya, tiada seorang pemimpin negara yang pernah berdepan krisis kesihatan berskala besar seperti Covid-19 dan pertukaran kepimpinan hanya mendorong kepada masalah lebih besar dan mengundang kemarahan rakyat.

“Jadi, ketika ini, semua pihak perlu mencapai konsensus bersama berpaksikan matlamat ingin keluar daripada pandemik dan tiada bentuk pertukaran besar dalam negara,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Kartini Aboo Talib pula berkata, kelemahan disebabkan seseorang individu tidak seharusnya menggambarkan keseluruhan kerajaan.

“Contohnya, kalau ada kelemahan dalam pengurusan vaksin Covid-19 dan jika ada solusi untuk mempercepat dan lebih tersasar, maka boleh menyelaras semua strategi tanpa perlu menukar Perdana Menteri.

“Begitu juga dalam politik negara, carilah kaedah lain yang boleh menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik tanpa menukar kedudukan sesiapa,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/07/anwar-dan-anak-muridnya-memang-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awasi Peranti Anak Anak Pakar Ingatkan Ibu Bapa Kesan Pandemik Mulai Timbul

Awasi Peranti Anak Anak Pakar Ingatkan Ibu Bapa Kesan Pandemik Mulai Timbul

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 249 hits
Penggunaan peranti berskrin yang berlebihan boleh mempengaruhi tingkah laku kanak kanak selain penglihatan mereka Penggunaan peranti berskrin dengan waktu yang lama boleh menjejaskan tingkah laku Beberapa pakar memberi amaran berhubung peni...
Anak Bosan Makan Nasi Cuba Bread Tuna Cheese Simple Ni Memang Kenyang

Anak Bosan Makan Nasi Cuba Bread Tuna Cheese Simple Ni Memang Kenyang

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 345 hits
Sesekali menu ringkas sebagai sarapan buat anak kekenyangan hingga ke tengah hari Lagi lagi bagi anak yang tak berapa gemar dan dah mula bosan makan nasi Bread Tuna Cheese ringkas dari cikgu media sosial ni mama wajib cuba Sedap Salam anak ...
Alhamdulillah Kalau Zahid Tukar Kerusi Sebelah Anwar Kata Pemimpin Pkr

Alhamdulillah Kalau Zahid Tukar Kerusi Sebelah Anwar Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 233 hits
agendadaily com17 7 2021Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid Ia sangat dialu alukan sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menukar kedudukan kerusinya di Parlimen untuk duduk sebelah cikgunya Datuk Seri Anwar I...
Hiburan Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim

Hiburan Fedtri Yahya Kongsi Orang Palestin Memang Sensitif Isu Anak Yatim

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 286 hits
Beberapa minggu ini terlalu banyak pendedahan yang dikongsikan kepada semua rakyat Malaysia tentang apa yang berlaku di Palestin dan ia bermula apabila Caprice menyatakan orang Arab terutamanya rakyat Palestin tidak berpuas hati apabila rak...
Wawasan Kemakmuran Bersama Perlu Overhaul Besar Besaran Kata Pakar Ekonomi

Wawasan Kemakmuran Bersama Perlu Overhaul Besar Besaran Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 251 hits
Kebanyakan pelan pembangunan ekonomi serta inisiatif yang dirangka oleh Putrajaya dipacu secara dalaman berbanding luaran kata Firdaos Rosli PETALING JAYA Kerajaan perlu merombak rawat inisiatif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 secara besar ...
Nak Calon Pm Selain Anwar Kena Buat Mesyuarat Baharu Kata Dap

Nak Calon Pm Selain Anwar Kena Buat Mesyuarat Baharu Kata Dap

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 278 hits
agendadaily com6 7 21Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sekiranya mahu memilih calon Perdana Menteri selain nama Datuk Seri Anwar Ibrahim blok pembangkang perlu mengadakan mesyuarat baharu untuk menukar keputusan tersebut kata Setiausaha Agu...
Apa Kata Aziz Bari Berhu8ung Pengampunan Terhadap Anwar Ibrahim

Apa Kata Aziz Bari Berhu8ung Pengampunan Terhadap Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 267 hits
MSO Malam tadi sdr Kamal Amir Kamal Hijaz masih mempertahan pendapatan berhubung pengampunan yang diperolehi Anwar Ibrahim Isunya bagi pendapatnya Anwar tidak layak untuk jadi PM kerana tidak mendapat pengampunan penuh Kenyataan Kamal Amir ...
Video Temubual Siti Bainun Dikecam Netizen Kata Dia Layak Menang Oscar

Video Temubual Siti Bainun Dikecam Netizen Kata Dia Layak Menang Oscar

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 311 hits
Rata rata netizen begitu gembira apabila tanda pagar JusticeForBella kini sohor di Twitter Ini sebagai usaha untuk mendapatkan keadilan untuk nasib Bella seorang anak penghidap sindrom down yang disyaki didera
How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

Kaya Sebab Duit Banyak

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Doa Sebelum Bekerja Agar Dimudahkan Dan Diberkahi

Raya Rumah Mak Tam Belah Abah

Email Lists 100 Valid Any Country In The World

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

2 Jam Baru Dari Urwerk Hamilton Yang Akan Naikkan Gaya Wrist Game Kamu