Gerakan Bendera Hitam Bakal Buat Protes Besar Besaran Sebaik Kes Covid 19 Turun


 
Minderjeet Kaur -July 18, 2021 (Gambar Twitter @Muhammad_Alias)PETALING JAYA: Gerakan Bendera Hitam, yang pada awalnya ditubuhkan untuk memprotes penangguhan pelaksanaan usia pengundi 18 tahun, kini mendapat sokongan kira-kira 200,000 orang, dengan dukungan 20 badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan sivil, kata seorang ahlinya.
Seorang ahli Sekretariat Solidariti Rakyat yang tidak mahu dinamakan berkata, segelintir daripada mereka memutuskan untuk mencetuskan gerakan itu pada Mac.
“Hanya sebilangan kecil daripada kami yang memutuskan untuk memprotes di hadapan Parlimen berhubung kelewatan pelaksanaan Undi18,” katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, mereka berjuang berhabis-habisan selepas kerajaan menangguhkan sidang Parlimen.
“Itu adalah kesilapan besar pada kami. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan semuanya harus melalui Dewan Rakyat. Namun, kerajaan menangguhkannya.”
Katanya, ketika kekecewaan rakyat memuncak berikutan lonjakan kes Covid-19 dan keadaan ekonomi yang buruk, mereka memulakan kempen di media sosial melalui tanda pagar #Lawan dan #KerajaanGagal untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.
“Peningkatan kes bunuh diri dan masalah kesihatan mental akibat sekatan pergerakan yang berlarutan juga membimbangkan kami,” tambahnya.
Ini menyaksikan sokongan buat mereka bertambah dengan tanda pagar berkenaan digunakan lebih 200,000 kali di Twitter, katanya.
Gerakan itu tidak mempunyai sebarang kaitan politik, katanya, dan ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar universiti dan golongan belia.
“Kini kami juga mendapat sokongan lebih 20 NGO dan persatuan sivil,” katanya, sambil menambah, gerakan ini semakin mendapat tempat dengan lebih ramai orang mengibarkan bendera hitam di kediaman mereka.
Gerakan ini memperjuangkan tiga tuntutan – agar perdana menteri meletak jawatan, Ahli Parlimen dibenarkan berbahas semasa sidang lima hari bermula 26 Julai, dan moratorium pinjaman automatik diberikan buat semua tanpa sebarang faedah.
Jika tuntutan-tuntutan ini tidak dipenuhi, katanya, mereka akan terus mengadakan tunjuk perasaan sama ada melalui media sosial atau perhimpunan kecil.
“Kami ada cukup orang untuk buat tunjuk perasaan besar-besaran, tetapi kami tidak mahu berbuat demikian buat masa ini. Kami hormati petugas barisan hadapan yang sedang memerangi wabak,” katanya.
Bagaimanapun, mereka akan terus memperhebat kempen melalui media sosial untuk memastikan tuntutan mereka dipenuhi.
Semalam, sekumpulan belia daripada Gerakan Bendera Hitam berkumpul di hadapan Dataran Merdeka untuk memprotes pengurusan wabak Covid-19 oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Kira-kira 40 orang dilihat mengibarkan bendera hitam dan membawa sepanduk yang tertera #KeluarDanLawan sambil berdiri di hadapan beberapa patung “mayat”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/gerakan-bendera-hitam-bakal-buat-protes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Protes Bendera Hitam Ada Layanan Dua Darjat Aktivis Muda Tanya Polis

Protes Bendera Hitam Ada Layanan Dua Darjat Aktivis Muda Tanya Polis

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 207 hits
Minderjeet Kaur dan Faye Kwan Mohammad Alshatri dan anggota kumpulannya di depan Balai Polis Dang Wangi hari ini KUALA LUMPUR Tiga anggota gerakan kontroversi Bendera Hitam yang dikenakan kompaun RM2 000 setiap seorang kerana perhimpunan ba...
Bendera Hitam Covid 19 Namakan Siapa Yang Paling Layak Menggantikan Pm Sekarang

Bendera Hitam Covid 19 Namakan Siapa Yang Paling Layak Menggantikan Pm Sekarang

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 420 hits
Kempen Lawan selama 3 hari bermula esok gesa Muhyiddin letak jawatanKempen secara fizikal dan dalam talian selama tiga hari yang dinamakan Lawan bakal bermula esok sebagai protes terhadap cara kerajaan menangani wabak Covid 19 Penganjur kem...
Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

Kes Harian Di Sabah Kekal Tinggi Hingga Saringan Besar Besaran Selesai

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 282 hits
Saringan besar besaran akan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah termasuk di lokaliti yang mempunyai kluster serta kontak rapat KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata jumlah kes harian Covid 19...
Gerakan Bendera Hitam Waraskah Mereka Ini

Gerakan Bendera Hitam Waraskah Mereka Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 267 hits
Gerakan Bendera Hitam bakal buat protes besar besaran sebaik kes Covid 19 turun PETALING JAYA Gerakan Bendera Hitam yang pada awalnya ditubuhkan untuk memprotes penangguhan pelaksanaan usia pengundi 18 tahun kini mendapat sokongan kira kira...
666 Kes Baharu Covid 19 Hari Ini

666 Kes Baharu Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 311 hits
Sabah sekali lagi mencatatkan kes baharu COVID 19 tertinggi hari ini iaitu dengan 666 kes Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata hari ini juga boleh dipanggil Hari Penjara kerana 50 3 peratus daripada kes d...
Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

Covid 19 Kluster Penjara Kepayan Penyumbang Utama Kes Positif Di Sabah

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 288 hits
Anggota keselamatan Penjara berkawal di pintu utama laluan keluar masuk di Penjara Kepayan Kota Kinabalu Kluster Penjara Kepayan di Kota Kinabalu dilaporkan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes positif COVID 19 di negeri Sabah Perkara ...
6 Kes Positif Covid 19 Dikesan Di Pusat Perdagangan Corina Kampung Raja

6 Kes Positif Covid 19 Dikesan Di Pusat Perdagangan Corina Kampung Raja

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 273 hits
Pusat Perdaagangan Corina Kampung Raja hari ini merekodkan 6 kes terbaru Positif COVID 19 melibatkan warga asing Untuk rekod kawasan ini pernah diletakan di bawah PKPD bulan lepas melibatkan Kluster Floral Blue Valley dengan seramai 29 kes ...
Covid 19 Lebih 50 Peratus Kes Di Sabah Berpunca Dari 2 Penjara

Covid 19 Lebih 50 Peratus Kes Di Sabah Berpunca Dari 2 Penjara

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 299 hits
ISI SINI KOTA KINABALU Sabah mencatatkan jumlah kes harian Covid 19 tertinggi setakat ini iaitu 666 kes dengan 50 3 peratus kes berpunca jangkitan dari dua penjara di negeri itu kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masid...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian