Penutupan Kilang Beri Kesan Buruk Ekonomi Kata Ahli Mten


 
Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Noor Azlan Ghazali berkata, dalam konteks kluster, kilang hanya menyumbang sekitar 15% ke 20% daripada keseluruhan kes. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor perkilangan yang menyumbang jumlah eksport lebih RM1 trilion setiap tahun akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, kata Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Noor Azlan Ghazali.
Beliau sebaliknya menyokong supaya tindakan bersasar dan penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan ke atas kilang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta menunjukkan peningkatan kes Covid-19.
“Bila kita bercakap tentang kluster, kita sering merujuk kepada perkilangan, pembinaan, peruncitan dan beberapa kategori lagi. Sebenarnya dalam konteks kluster, sekitar 15% ke 20% sahaja (daripada keseluruhan kes).
“Namun untuk terjemahkan bahawa semua kilang kena tutup, itu tidak betul. Tidak semua kilang berhadapan dengan kes yang melonjak,” katanya dalam wawancara yang disiarkan di akhbar Sinar Harian hari ini.
Noor Azlan berkata kilang-kilang di negara ini memainkan peranan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang penting kerana sebahagian besarnya berada dalam jaringan pembekalan antarabangsa dan penutupan tanpa sebab akan menjejaskan pengeluaran syarikat gergasi yang pembekalnya beroperasi di Malaysia.
Beliau juga berkata tujuh pakej rangsangan ekonomi kerajaan bernilai kira-kira RM530 bilion dengan sekitar RM83 bilion suntikan langsung seperti bantuan Program Subsidi Upah (PSU) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh merangsang pertumbuhan ekonomi selain membantu kelangsungan hidup rakyat.
Noor Azlan berkata jumlah suntikan langsung itu menyamai dua tahun perbelanjaan pembangunan kerajaan dan jumlah besar tersebut memberi kesan sehingga tiga kali ganda (kesan pengganda) kepada ekonomi negara.
“Bayangkan kalau saya daripada keluarga penerima BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) dan saya berbelanja, bererti pusingan yang pertama mungkin kedai runcit tempat saya belanja dapat manfaat. Kedai runcit itu pula, dia berbelanja dengan beli barang untuk stok kedai yang akan jadi pusingan kedua dan begitulah seterusnya,” katanya.
Beliau berkata semua pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan kerajaan mengambil kira komponen kesihatan, rakyat dan perniagaan dengan penumpuan khusus kepada kumpulan rentan.
Mengulas kewajaran individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 diberikan keistimewaan seperti kebenaran untuk keluar bekerja, Noor Azlan berkata perkara itu wajar dipertimbang berdasarkan beberapa faktor bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara.
“Kita perlu ingat apabila mereka bergerak, mereka berbelanja,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/penutupan-kilang-beri-kesan-buruk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pks Perlu Teroka Kaedah Baharu Bina Semula Perniagaan Ketika Pandemik Kata Ahli Ekonomi

Pks Perlu Teroka Kaedah Baharu Bina Semula Perniagaan Ketika Pandemik Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 181 hits
Seorang ahli ekonomi berkata perniagaan kecil perlu mengetahui bagaimana mereka boleh mendapatkan bantuan bagi menambah baik operasi perniagaan jualan dan segmentasi pasaran dengan menerapkan penggunaan teknologi KUALA LUMPUR Sebanyak 907 0...
Siapa Kata Mahiaddin Bodo Yang Bodo 3 Juta Ahli Umno Dan Ahli Mkt Dimalukan Oleh Beberapa Kerat Menteri Umno

Siapa Kata Mahiaddin Bodo Yang Bodo 3 Juta Ahli Umno Dan Ahli Mkt Dimalukan Oleh Beberapa Kerat Menteri Umno

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 258 hits
3 JUTA AHLI UMNO DAN AHLI MKT DIMALUKAN OLEH BEBERAPA KERAT MENTERI UMNO Kita boleh lihat sendiri dgn jelas Bila dgn Muhyidin cepat saja menteri Umno ini umum sokong Bila arahan dari Presiden Umno sendiri macam2 dalih dan alasan mereka untu...
Ahli Jemaah Menteri Umno Sokong Muhyiddin Akan Dihukum Akar Umbi Kata Puad

Ahli Jemaah Menteri Umno Sokong Muhyiddin Akan Dihukum Akar Umbi Kata Puad

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 221 hits
July 15 2021 Puad Zarkashi berkata kebiasaannya ahli yang berani membelakangkan parti dianggap the loosers susulan keengganan menghormati kehendak akar umbi PETALING JAYA Jemaah Menteri daripada Umno sedang melakukan kamikaze politik selepa...
Bentang Ppn Di Dewan Rakyat Biar Wakil Rakyat Putuskan Kata Ahli Parlimen Pkr

Bentang Ppn Di Dewan Rakyat Biar Wakil Rakyat Putuskan Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 263 hits
Shamsul Iskandar Mohd Akin Fahmi Fadzil dan Wong Chen menghadiri sesi taklimat Pelan Pemulihan Negara bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini PETALING JAYA Pelan Pemulihan Negara perlu dibentang dibahas serta diput...
Ibu Hamil Elak Ambil 4 Makanan Ini Ia Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kandungan

Ibu Hamil Elak Ambil 4 Makanan Ini Ia Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kandungan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 217 hits
Semasa mengandung macam macam benda terasa ingin disuap ke mulut Tetapi ada 4 jenis makanan harus dielakkan oleh wanita hamil Ingin tahu apakah makanan tersebut Wanita hamil perlukan makanan berkhasiat Seorang wanita hamil perlu memastikan ...
Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

Ahli Parlimen Umno Kekal Sokong Pn Sehingga Parlimen Bersidang Kata Puad

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 197 hits
July 9 2021Puad berkata kini terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bersidang kata ahli Majlis Kerja...
Jadikan Lebih Banyak Hotel Pusat Kuarantin Berisiko Rendah Kata Ahli Parlimen

Jadikan Lebih Banyak Hotel Pusat Kuarantin Berisiko Rendah Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 184 hits
Penggunaan hotel di Lembah Klang sebagai pusat kuarantin berisiko rendah perlu dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan teruk susulan peningkatan mendadak jumlah kes Covid 19 PETALING JAYA Lebih banyak hotel di Lembah Klang perlu dibenarkan...
Pasukan Bertindak Tumpu Kilang Sangat Diperlukan Di Selangor Kata Kumpulan Industri

Pasukan Bertindak Tumpu Kilang Sangat Diperlukan Di Selangor Kata Kumpulan Industri

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 236 hits
MALAYSIA NOW MEF menggesa agar politik diketepikan operasi turut meliputi ribuan kilang haram di Lembah Klang Pekerja kilang elektronik melakukan kerja kerja produksi di kawasan perindustrian Kota Damansara Kumpulan mewakili pemilik syarika...
Krisis Perlembagaan Melainkan Muhyiddin Uji Sokongan Ahli Parlimen Kata Peguam

Krisis Perlembagaan Melainkan Muhyiddin Uji Sokongan Ahli Parlimen Kata Peguam

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 178 hits
July 9 2021Muhyiddin Yassin mesti membuktikan beliau masih mempunyai majoriti atau memaklumkan Agong bahawa bloknya telah runtuh kata peguam PETALING JAYA Negara ini akan menghadapi krisis politik dan perlembagaan jika Perdana Menteri Muhyi...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan