Warga Felda Kena Faham Isu Ini Anak Felda Kena Beritahu Ibu Bapa Mereka Siapa Selama Ini Yang Menyusahkan Mereka
RUMAH GEN 2 FELDA JENGKA 12-TAK SIAP
RUMAH GEN2 FELDA JENGKA 11
RUMAH GEN 2 JENGKA 1
KEMPEN BANTAH PEMBELIAN EAGLE HIGHT PLANTATION.
GAMBAR ASAL :WRLR
Mengapa FELDA merudum? Ikutilah Sejarah FELDA di bawah kepimpinan DS Najib dan TS Mohd Isa- kroninya.
1 - Untuk memulakan pembangunan, FELDA pernah meminjam dari bank dunia dan bank pembangunan asia.2 - Sebanyak RM 4.9 bilion pinjaman itu telah berjaya dibayar habis oleh FELDA pada tahun 1996
3 - 1996- FELDA diperbadankan dan tidak perlu lagi memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan
4 - Dengan erti kata lain, FELDA sudah boleh berdikari sendiri pada tahun 1996.
5 - Pada tahun 2001 hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM 1 bilion juga telah dibayar sepenuhnya
6 - Awal tahun 2004, FELDA mempunyai dana tunai RM 4.08 bilion
7 - DS Najib ambil alih jaga FELDA juga berlaku pada tahun 2004 dan bermula detik itu, tak sampai 5 tahun kemudian, dana tunai FELDA tinggal RM 1.35 bilion sahaja
8 - Tak lama kemudian, FELDA dari sebuah syarikat yang berjaya tiba-tiba dana tunai hanya tinggal RM 1.035 bilion sahaja
9 - Konon kos penanaman semula RM 2 bilion pada tahun 2009 sebagai punca merosotnya dana tunai Felda
10 - Sepatutnya peneroka sekarang telah banyak memungut hasil selepas 9 tahun lamanya penanaman semula ini dilakukan
11 - Apa yang berlaku didalam FTP/FELDA hingga ada yang masih gagal memungut hasil yang sepatutnya
12 - Ladang bertukar menjadi hutan akibat penyelewengan didalam FTP/FELDA
13 - Realiti semasa, peneroka masih terbeban dengan hutang kos penanaman semula dan masih terpaksa mengambil wang hutang sara hidup
14 - Pada 2011, FELDA terpaksa pula meminjam daripada KWSP sebanyak RM 6 bilion
15 - Sebelum tahun 2004, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) tidak pernah kurang memberi dividen kepada ahlinya antara 13% ke 15% setahun
16 - Sekarang apa dah jadi
17 - Kerugian FELDA pada tahun 2017 adalah sebanyak RM 4 bilion, hutang FELDA RM 8 bilion dan hutang kumpulan sebanyak RM 12 bilion
18 - Pegangan FELDA di saham FGV sebanyak 33% dengan harga belian RM 4.55
19 - Kini harga saham FGV tinggal 83 sen sahaja
20 - Dengan pegangan melalui 2 buah anak syarikatnya berjumlah 1.227 bilion unit saham, kerugian pegangan saham FGV di pegang oleh Felda sebanyak RM4.49 bilion
21 - Ini tak lagi termasuk pegangan saham FGV oleh peneroka melalui KPF iaitu sebanyak 5% daripada jumlah saham FGV
22 - Nak jual balik saham FGV, dah lah harga saham FGV jatuh merudum
23 - FGV juga rugi RM1bilion bagi 2017 dan FELDA juga rugi RM4bilion
24 - Bayangkan begitu buruknya nasib FELDA ditangan DS Najib dan kroninya
25 - “Gula-gula”yang beliau beri hanyalah ”umpan” untuk tutup apa yang telah DS Najib lakukan terhadap FELDA
26 - Kemana sebenarnya duit FELDA ni pergi? Sama-sama kita tunggu pembentangan kertas putih FELDA di Parlimen tak lama lagi
Sebarkan. Pemulihan FELDA hanya boleh berlaku bila semua penyelewengan dibongkar & dibetulkan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/04/warga-felda-kena-faham-isu-ini-anak.html