Ibu Bapa Perlu Amal 7 Doa Ini Supaya Anak Dengar Kata Dan Rajin Solat Sejak Kecil


Doa ibu untuk anak tiada hijabnya. Justeru dalam apa jua keadaan sentiasa doakan anak-anak. Malah tatkala mereka melakukan perkara yang tidak disenangi adalah lebih baik terus mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan kata-kata kesat.
Dalam pada itu setiap ibu juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan doa-doa yang patut diamalkan untuk anak-anak.
Doa-doa yang diambil daripada kalam Allah ini patut sentiasa dititipkan dalam usaha seorang ibu untuk menjadikan anak insan soleh dan solehah. Insya-Allah.
Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19;
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”. Baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud;
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat atau setiap kali teringatkan anak.
Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini dari Surah Al-Baqarah ayat 128;
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.”
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9;
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.”
Amalkan doa-doa ini dalam bahasa Melayu jika sukar menghafal dalam bahasa Arab, apa yang penting ibu ikhlas dalam setiap doanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/ibu-bapa-perlu-amal-7-doa-ini-supaya-anak-dengar-kata-dan-rajin-solat-sejak-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Agar Anak Rajin Solat

Doa Agar Anak Rajin Solat

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1016 hits
Doa agar anak rajin solat Salam Jumaat dari Cikgu Norazimah
Ayah Yang Rajin Melayan Anak Sejak Kecil Berpotensi Mempunyai Iq Lebih Tinggi Dan Bijak

Ayah Yang Rajin Melayan Anak Sejak Kecil Berpotensi Mempunyai Iq Lebih Tinggi Dan Bijak

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 268 hits
Semua ibu bapa pasti mengimpikan anak anak membesar dengan bijak Tapi tahukah di sebalik nak lahirkan seorang anak yang bijak hubungan ayah dengan anak sangat penting untuk membentuk IQ yang tinggi Selain ibu yang menjadi insan pertama dala...
Sayang Macam Mana Pun Ibu Bapa Dilarang Cium Muiut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Baca Perkongsian Doktor Dan Kenapa

Sayang Macam Mana Pun Ibu Bapa Dilarang Cium Muiut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Baca Perkongsian Doktor Dan Kenapa

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 545 hits
Seringkali terlihat gambar atau video ibu bapa mencium mulut anak anak sebagai tanda kasih sayang Namun bagi ibu bapa yang beragama Islam ketahuilah bahawa perbuatan seperti itu adalah tidak digalakkan SEJAK akhir akhir ini menjadi trend ib...
Mudah Ibu Ini Biasakan Anak Bertudung Sejak Kecil Caranya Bagi Pujian Pelbagaikan Corak Comel

Mudah Ibu Ini Biasakan Anak Bertudung Sejak Kecil Caranya Bagi Pujian Pelbagaikan Corak Comel

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 250 hits
Biasakan anak bertudung sejak kecil lagi mudah berbanding kita nak memaksanya bila dah besar Walaupun tak diwajibkan lagi untuk anak kecil apa salahnya kita membiasakannya supaya mereka rasa seronok Tip dari Puan ini yang mendidik dua anak ...
Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

Ke Masjid Berdua Anak Selamat Bapa Ditembak Rahimi Kritikal Lepas Dibedah Ibu Mohon Doa Semua

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 422 hits
Tiada apa yang diharapkan lagi kecuali melihat insan tersayang dalam pulih dan kembali sihat Rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan rambang di masjid di Christchurch New Zealand kini dikatakan kritikal Semalam masyarakat dunia dikejut...
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 449 hits
Sebagai Anak Kita Patut Tahu Bahagiakan Hati Ibu Bapa Jika Kita Ingin Berjaya Rupanya belum habis isu tentang anak perempuan kena bertanggung jawab pada ibu sekali pun tak bekerja kita patut tahu bahagiakan hati orang tua Itulah yang cuba d...
Masa Dia Kecil Saya Sibuk Sangat Kerja 12 Tahun Saya Terlepas Moment Tu Ibu Ini Kongsi Hargai Masa Bersama Anak

Masa Dia Kecil Saya Sibuk Sangat Kerja 12 Tahun Saya Terlepas Moment Tu Ibu Ini Kongsi Hargai Masa Bersama Anak

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 719 hits
Bermula seawal 5 pagi ibu ibu yang bekerjaya akan sibuk menguruskan anak anak untuk dihantar ke pusat asuhan dan sekolah Waktu pulang anak anak kecil ini pula terkadang sehingga 8 malam jika si ibu mempunyai tugasa yang banyak di pejabat Ha...
Anak Anak Menc4rut Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

Anak Anak Menc4rut Ini Tindakan Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 535 hits
Geram kan kalau anak tiba tiba menuturkan perkataan yang tidak baik kasar kesat atau lucah Dalam kepala ligat berfikir mana pulak dia belajar perkataan tak elok ni emosi jadi tak terkawal Panngg tangan si ibu hinggap di paha anak dan kemudi...
Aafiyah Anak Ibu Setahun Kelahiran Aafiyah Datuk Siti Harapkan Doa Yang Baik Untuk Puterinya

Aafiyah Anak Ibu Setahun Kelahiran Aafiyah Datuk Siti Harapkan Doa Yang Baik Untuk Puterinya

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 409 hits
Tarikh 19 Mac tahun lalu antara tarikh paling bersejarah dalam hidup penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan kelahiran cahaya mata sulungnya Siti Aafiyah Khalid Jika diikutkan esok Siti Aafiyah bakal meraikan ulangtahun...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension