Wan Saiful Ph Pasang Lukah Umno Mandul Lepas Kerjasama Dap


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 25, 2023 8:59 PM
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa kerajaan cuba menjejaskan pemilikan hartanah Melayu dan taburan penduduk melalui dasar perumahan

Ini selepas Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendedahkan bahawa kementeriannya akan bertemu dengan kontraktor daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura untuk mengetahui kejayaan program perumahan awam di negara itu.

Wan Saiful memberi amaran bahawa nasib Bumiputera akan terancam jika model HDB dilaksanakan di negara ini.

Ahli parlimen Bersatu itu memetik Pulau Pinang sebagai kajian kes atas dakwaannya itu.

"Jika dikaji apa yang PH telah lakukan di Pulau Pinang setelah mereka belajar dari Singapura dan Hong Kong, memang rakyat perlu bimbang kerana kelompok terbesar dalam kerajaan hari ini ialah DAP," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Daripada 148 ahli parlimen yang menyokong kerajaan, DAP memiliki 40 kerusi dan hanya mempunyai empat menteri dalam kabinet yang dianggotai 28 menteri itu.

Meneruskan dakwaan, Wan Saiful tanpa menyebut sumber datanya berkata di Pulau Pinang, pemilikan tanah Melayu di daerah Timur Laut ialah 1.16 peratus, dan 15 peratus di daerah Barat Daya.

Bagaimanapun, grafik yang dikongsikan Wan Saiful di laman Facebook menunjukkan ia daripada temu bual Berita Harian Mac 2018 bersama Adun Pulau Betong ketika itu Muhamad Farid Saad.
Farid tidak menjelaskan sumber datanya dalam temu bual itu, tetapi mengatakan bahawa dia telah menjalankan kajian mengenai pemilikan tanah Melayu di Pulau Pinang pada 2010.

Sementara itu, Wan Saiful turut memetik data kerajaan negeri 2010 yang menunjukkan pemilikan hartanah Melayu di Pulau Pinang ketika itu ialah 27 peratus, berbanding 55 peratus milik Cina.

"Kita perlukan data terkini untuk 2023 tetapi apa yang jelas ia menunjukkan pemilikan hartanah bumiputera yang jauh terkebelakang sudah sekian lama," katanya.

Wan Saiful juga merumuskan bahawa berdasarkan transaksi melibatkan hartanah kompleks kediaman, perindustrian dan komersial yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), pemilikan hartanah Bumiputera adalah pada 36.3 peratus.

Malaysiakini tidak dapat mencari data daripada pusat berkenaan mengenai perkara ini.

‘Sujud pada DAP’

Bagaimanapun, carian menemui artikel Bernama pada 2014, yang menyatakan data 2012 daripada Napic menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi hartanah kediaman melibatkan Bumiputera.

Tidak jelas sama ada statistik transaksi itu mengambil kira hartanah milik Bumiputera yang tidak bertukar tangan.

Wan Saiful menggunakan peribahasa mendakwa "PH sedang memasang lukah di penggentingan" (yang bermaksud mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain).

Wan Saiful juga menuduh "Umno terus diam dan bersujud kepada DAP" mengenai isu ini.

"Walaupun dalam isu besar yang membabitkan pemilikan hartanah Bumiputera seperti ini.

"Umno sudah rosak dan mandul setelah bersekedudukan dengan DAP," katanya.

Sebelum ini, ahli majlis tertinggi Bersatu Faiz Na'aman menuduh Nga menjejaskan kedaulatan negara dengan membawa masuk pakar HDB ke dalam kementeriannya.

Sumber pertikaian mengenai wawancara Nga yang dipetik Astro Awani pada 17 Jan, apabila dia mengumumkan bahawa kerajaan Singapura telah bersetuju untuk membenarkan kontraktor HDB "masuk" Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bulan depan untuk berkongsi kepakaran mereka.

Pada satu kenyataan kemudian, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan menjelaskan pihaknya akan mengadakan sesi perkongsian pengetahuan bersama pakar perumahan Singapura.

Ini dikatakan sebahagian usaha kementerian itu untuk mengkaji program perumahan awam yang berjaya di negara lain.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/wan-saiful-ph-pasang-lukah-umno-mandul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asyraf Samakan Kerjasama Umno Dap Dengan Politik Dinamik Nabi Muhammad

Asyraf Samakan Kerjasama Umno Dap Dengan Politik Dinamik Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 351 hits
Ketua Pemuda Umno itu berkata keputusan untuk berganding bahu dengan musuh Umno itu bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan kerjasama antara Umno dan DAP dalam membentuk kerajaan sama seperti ...
Umno Has No Choice But To Keep Quiet And Accept Dap S Attacks

Umno Has No Choice But To Keep Quiet And Accept Dap S Attacks

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 236 hits
PAS mouthpiece Harakah Daily has taken a potshot at its former ally turned foe UMNO wondering if the latter has made the right decision by choosing to work with DAP and the Pakatan Harapan coalition even if it had previously attacked both o...
Nak Rasa Duduk Dalam Gamaknya Wan Saiful Jangan Main Isu Melayu Cina Takutkan Rakyat

Nak Rasa Duduk Dalam Gamaknya Wan Saiful Jangan Main Isu Melayu Cina Takutkan Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 183 hits
Wan Saiful jangan main isu Melayu Cina takutkan rakyatPosted By on January 31 2023KEADILAN Pulau Pinang membidas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa rancangan kerajaan untuk mendapat kepakaran pakar per...
Perang Dap Pkr Umno Kerajaan Perpaduan Ibarat Fatamorgana

Perang Dap Pkr Umno Kerajaan Perpaduan Ibarat Fatamorgana

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 197 hits
agendaily com21 01 2023Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan Datuk Dr Marzuki Mohamad Perang mulut antara pemimpin DAP PKR dan UMNO sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa kerajaan perpaduan yang dibentuk antara Pakat...
Aide To Dap Mp Summoned Over Claims Umno Youth Disrupted Muda Talk

Aide To Dap Mp Summoned Over Claims Umno Youth Disrupted Muda Talk

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 251 hits
Noor Suhana Ishak had in a tweet last year said she never specifically said Umno Youth was involved in disrupting an event attended by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman PETALING JAYA An aide to a DAP MP has been summoned by Muar police over a t...
Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

Zahid Duri Dalam Daging Kepada Umno Ph Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 258 hits
agendaily com15 01 2023Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri mengkritik Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dianggapnya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan dan kerajaan Datuk Seri ...
Umno Dap Need More Communication To Get Rid Of Awkwardness Nga

Umno Dap Need More Communication To Get Rid Of Awkwardness Nga

papar berkaitan - pada 27/1/2023 - jumlah : 168 hits
DAP vice chairperson Nga Kor Ming has admitted that Umno and DAP need more communication and a period of adjustment to work together after six decades of competition He was reacting to the news where several Umno delegates had about forming...
Perwakilan Umno Terima K Jaan Baru Tapi Masih Berhati Hati Dengan Dap

Perwakilan Umno Terima K Jaan Baru Tapi Masih Berhati Hati Dengan Dap

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 317 hits
malaysiakini comSelepas penjelasan yang Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dua hari lalu ramai perwakilan parti berkata mereka kini menerima keputusan kepimpinan untuk bekerjasama dengan PH dalam kerajaan Bagaimanapun ramai dalam kalangan...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Strategi Jitu Menangkan Event Mahjong Ways Pialabet Untuk Pemain Pemula

Komunitas Slot Jekpot88 Tempat Berkumpulnya Pecinta Slot Gacor Indonesia

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Pengiraan Kos Sebenar 4h 3m Ke Thailand