Perang Dap Pkr Umno Kerajaan Perpaduan Ibarat Fatamorgana


agendaily.com21/01/2023
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad.
‘Perang mulut’ antara pemimpin DAP, PKR dan UMNO sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa ‘kerajaan perpaduan’ yang dibentuk antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) ibarat fatamorgana (sesuatu yang bersifat khayalan).

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata ini kerana kerajaan yang dibentuk oleh dua gabungan parti yang berbeza ideologi adalah tidak serasi.

Sehubungan itu, beliau membangkitkan persoalan sama ada hubungan kerjasama kedua-dua gabungan berkenaan akan terlerai menyebabkan kerajaan fatamorgana yang mentadbir negara sekarang akan tumbang.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ‘perang mulut’ antara pemimpin DAP serta PKR dan UMNO yang melibatkan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy; Ahli PArlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim; dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNo Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Mengulas lanjut, Dr Marzuki berkata kerajaan yang ada sekarang dibentuk oleh rakan sekamar yang aneh yang secara ideologinya tidak serasi, selain terikat dengan kepentingan peribadi sempit dalam kalangan pemimpinnya.

“Ia akan memberi kesan ketidakstabilan terhadap kesepaduan pakatan yang masih baharu itu. Adakah ia akan putus? Hanya masa akan menentukan,” katanya dalam kenyataan hari ini (21 Januari 2023).

Bagaimanapun, Dr Marzuki tidak setuju dengan pendapat Nur Jazlan yang mengatakan bahawa DAP memerlukan UMNO bagi mendapatkan sokongan orang Melayu.

“Cuma bila Nur Jazlan kata DAP memerlukan UMNO untuk mendapatkan sokongan Melayu tu saya kurang bersetuju. Hakikatnya, UMNO semakin kehilangan sokongan Melayu apabila bekerjasama dengan DAP,” katanya.

Rabu lalu (18 Januari), Nur Jazlan – yang kalah kepada Pengerusi PH Johor, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam saingan merebut Parlimen Pulai pada PRU-15 lalu – menuduh PH sanggup menelan ludah sendiri demi kedudukan dalam kerajaan sekarang.

Dalam membela Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nur Jazlan berkata pemimpin DAP dan PKR mula nak tunjuk belang mereka dalam kerajaan dan campur tangan dalam hal ehwal UMNO.

“Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy yang sememangnya terkenal bermulut lancang dan MP Pasir Gudang, Hassan Karim yang kaki bangkang mula menyentuh isu sensitif membabitkan Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN.

“Ketika pucuk pimpinan atasan PH mengambil sikap tutup mulut dan berdiam diri kerana mereka lebih memikirkan kedudukan serta kuasa dalam kerajaan perpaduan, pemimpin bawahan pula yang melalak.

“Macamlah dalam DAP sendiri tak ada masalah atau pergolakan seperti pertembungan antara Dinasti Lim dan kumpulan cauvinis Cina. Manakala dalam PKR pula umum sudah mengetahui tentang isu pertembungan arus antara Anwar dan Rafizi.

“Tapi masing-masing bersikap kunci mulut demi kekuasaan dan jawatan. Pemimpin utama DAP memang tahu mereka tak boleh jadi kerajaan macam hari ini kalau hanya harapkan undi daripada bukan Melayu.

“Sebab itulah pemimpin PH terutamanya DAP nak tackle undi Melayu dengan mengharapkan bantuan dan sokongan UMNO sehingga mereka sanggup meludah ke langit serta telan ludah sendiri. Mereka tahu tanpa kerjasama dengan UMNO mereka tak dapat bergelar menteri dalam kerajaan perpaduan,” katanya.

Sambil menyindir, Nur Jazlan berkata kerana mahukan jawatan menteri itu DAP sanggup akur menerima sedikit sahaja kuota menteri dan timbalan menteri.

“PH dalam diam mengakui sememangnya mereka sudah jauh daripada sokongan pengundi Melayu terutamanya dengan ada DAP dalam gabungan itu. Survival mereka hanya bergantung kepada kerusi majoriti Cina dan kerusi campur untuk menang 80 kerusi pada PRU15 lalu. Jika mereka masih berlagak sombong dan berasa hebat, belum tentu mereka dapat jadi kerajaan lagi sekali selepas PRU-16.

“Ketika kepimpinan UMNO dan ahli akar umbi parti sudah mula berlapang dan terpaksa menelan segala prejudis menerima kerjasama antara UMNO dan PH membentuk kerajaan perpaduan, sepatutnya pemimpin serta ahli-ahli DAP, PKR dan AMANAH juga kena terus ‘berpura-pura’ menerima gabungan politik baru ini,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/perang-dap-pkr-umno-kerajaan-perpaduan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Cela Pkr Maki Beginikah Cara Berkawan Sindir Pas Kepada Umno

Dap Cela Pkr Maki Beginikah Cara Berkawan Sindir Pas Kepada Umno

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 163 hits
sgendaily com17 01 2023Dua pemimpin kanan DAP dan PKR menghina dan merendah rendahkan harga diri UMNO Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Sahir mempersoalkan tindakan DAP dan PKR yang menghina UMNO setelah parti ker...
Warisan Umno Terima Cadangan Bentuk Kerajaan Perpaduan

Warisan Umno Terima Cadangan Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 143 hits
Warisan UMNO terima cadangan bentuk Kerajaan PerpaduanPosted By on January 11 2023Krisis politik Sabah menunjukkan tanda tanda akan reda apabila pemimpin Warisan dan UMNO dilaporkan sedia menerima cadangan dikemukakan Perdana Menteri Malays...
Dap Bersekongkol Dengan Umno Kerana Mahu Sekat Pengaruh Parti Islam Hadi

Dap Bersekongkol Dengan Umno Kerana Mahu Sekat Pengaruh Parti Islam Hadi

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 147 hits
agendaily com09 01 2023Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Langkah DAP yang sanggup bersekongkol dengan UMNO adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh parti Islam yang berjaya memenangi kerusi banyak pada Pilihan Raya Umum Ke 15 lalu Presi...
Pkr Needs Umno To Grow In Kelantan Terengganu Says Analyst

Pkr Needs Umno To Grow In Kelantan Terengganu Says Analyst

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 181 hits
PKR has a suitable partner in Umno in wanting to make its mark in Kelantan and Terengganu says political analyst Awang Azman Pawi PETALING JAYA PKR needs to join forces with Umno if it wants to solidify its presence in Kelantan and Terengga...
Informal Pkr Umno Talks On Six State Elections Ongoing Says Rafizi

Informal Pkr Umno Talks On Six State Elections Ongoing Says Rafizi

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 369 hits
Informal talks between PKR and Umno are ongoing ahead of the six state polls that must be called by June according to PKR deputy president Rafizi Ramli Speaking to reporters in Kuala Terengganu Rafizi said however the talks so far are limit...
Pkr Umno Negeri Sudah Mulakan Perbincangan Tak Rasmi

Pkr Umno Negeri Sudah Mulakan Perbincangan Tak Rasmi

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 173 hits
BernamaSudah ada perbincangan tidak rasmi antara PKR dan Umno di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Beliau berkata bagaimanapun perbincangan itu hanyalah proses suai ke...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting