Nak Rasa Duduk Dalam Gamaknya Wan Saiful Jangan Main Isu Melayu Cina Takutkan Rakyat




Wan Saiful jangan main isu Melayu – Cina takutkan rakyatPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: January 31, 2023
ShareKEADILAN Pulau Pinang membidas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa rancangan kerajaan untuk mendapat kepakaran pakar perumahan awam dari Singapura bagi diguna dalam industri perumahan awam di negara ini mempunyai agenda perkauman.
Ketua Penerangan KEADILAN Pulau Pinang Amir Ghazali ketika mengulas dakwaan Wan Saiful kononnya pemilikan tanah dan hartanah bumiputera di negeri itu lebih rendah berbanding orang Cina disifatkan hanya cubaan menakut-nakutkan rakyat terutama orang Melayu terhadap pemimpin DAP.
Beliau menegaskan isu yang cuba dibangkitkan Wan Saiful telah menjadi masalah berterusan sejak Pulau Pinang diterajui oleh Gerakan dari 1990 hingga 2008 dan juga ketika era pentadbiran PN apabila Gerakan bersama Bersatu dan Pas di peringkat Persekutuan.
“Jadi mengapakah sekarang soal pemilikan hartanah di Pulau Pinang hendak dijadikan isu besar dan sengaja mahu menyalahkan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran parti DAP?” soal Amir.
Mengulas lanjut beliau menegaskan bahawa hujah dibawakan Wan Saiful juga tidak kukuh, ia berdasarkan kenyataan Pengerusi Pertubuhan Pemikir Pulau Pinang, Datuk Dr Muhammad Farid Saad sebelum ini.
“Ia (hujan Wan Saiful) sama sekali bercanggah dengan kenyataan yang pernah dibangkitkan oleh Datuk Dr Muhammad Farid Saad yang melaporkan bahawa terdapat puluhan ribu tanah tidak didaftarkan pemilikannya berdasarkan Kanun Tanah Negara 1995.
“Masalah timbul kerana tanah yang diduduki penduduk belum mempunyai geran tanah yang membuktikan tanah tersebut menjadi hak milik mereka dan mereka pula tidak pernah membayar sebarang cukai tanah kepada pihak kerajaan negeri,” kata Amir pada satu kenyataan.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada awal minggu ini mengumumkan bahawa kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan pakar perumahan dari HDB Singapura untuk mengetahui kejayaan program perumahan awam di negara itu.
Langkah itu jelasnya bagi mendapatkan pandangan dan kepakaran mereka supaya boleh diadaptasi bagi menangani isu perumahan membabitkan golongan kurang berkemampuan di negara ini.
Namun hasrat baik itu dijadikan modal serangan politik oleh beberapa pemimpin Perikatan Nasional yang menuduh Nga cuba melemahkan pemilikan harta Melayu dan taburan penduduk.
Sementara itu Amir menegaskan, dakwaan kononnya orang Melayu ditindas di Pulau Pinang adalah sama sekali tidak benar.
Jelasnya terdapat 200 buah kampung tradisi di Pulau Pinang dengan sebahagian besarnya masih mengekalkan tradisi kekampungan walaupun berada di tengah-tengah bandar.
“Sebagai contoh Bagan Jermal yang berusia 80 tahun dan wujud sebelum zaman penjajahan Jepun sehingga sekarang masih wujud lagi.
“Jadi tidak timbul isu penduduk orang Melayu dihalau keluar disebabkan adanya projek perumahan yang akan didirikan.
“Malahan kerajaan negeri Pulau Pinang tampil membantu menyelesaikan dengan merujuk kepada dasar penyediaan kawasan penempatan baru,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/01/nak-rasa-duduk-dalam-gamaknya-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Telur Tahan Lama Jangan Cuci Sebelum Simpan Betul Ke Ini Penjelasan Doktor

Nak Telur Tahan Lama Jangan Cuci Sebelum Simpan Betul Ke Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 302 hits
Telur sememangnya perlu dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan dalam masakan Ini penting untuk mencuci segala kotoran yang melekat pada permukaan kulit telur Namun untuk menyimpan telur di dalam peti ais perlukan dicuci terlebih dahulu At...
Dia Dah Nak Rasa Makanan Ainul Mardhiah Dah Mula Terima Makan Minum Ikut Mulut Ibu Lega

Dia Dah Nak Rasa Makanan Ainul Mardhiah Dah Mula Terima Makan Minum Ikut Mulut Ibu Lega

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 205 hits
Buah hati kesayangan rakyat Malaysia adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut kini semakin menunjukkan perkembangan yang positif Menurut perkongsian ibunya Nurul Erwani ...
Boleh Buat Darah Beku Di Kepala Ketagih Main Lato Lato Ibu Panik Leher Anak Terbelit Tali Sampai Nak Hilang Nyawa

Boleh Buat Darah Beku Di Kepala Ketagih Main Lato Lato Ibu Panik Leher Anak Terbelit Tali Sampai Nak Hilang Nyawa

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 325 hits
Keseronokan bertukar tragedi apabila seorang wanita bergelar ibu berkongsikan pengalaman cemas berikutan anak lelakinya hampir maut gara gara terbelit tali permainan yang tular pada ketika ini iaitu lato lato Permainan berbentuk dua biji bo...
Bersatu Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah

Bersatu Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 226 hits
BERSATU Heret Isu Wakil Rakyat Ke Mahkamah Bersatu akan mengambil tindakan undang undang berikutan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang membenarkan empat bekas ahli Parlimen Bersatu di Sabah mengekalkan kerusi masing masing Dala...
Bawa Yassin Duduk Atas Kerusi Buku Banyak Tapi Ainul Pilih Yasin Nak Baca Mama Kongsi Surah Amalan

Bawa Yassin Duduk Atas Kerusi Buku Banyak Tapi Ainul Pilih Yasin Nak Baca Mama Kongsi Surah Amalan

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 213 hits
Anak kita berbeza beza dan punya keistimewaan masing masing Namun amat berbeza dan istimewa bagi buah hati kesayangan rakyat Malaysia adik Ainul Mardhiah yang cukup istimewa dalam semua segi Terbaru menerusi Instagramnya ibunya Nurul Erwani...
Tiada Ilmu Baru Kalau Ilmu Lama Pun Belum Hadam

Nafizah Air Mata Rindu Chord

Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine

Larangan Melampau Dalam Agama

Cuba Sekali Pasti Ketagih Resipi Sambal Bilis Garing Homemade

Nuca Pelan Pelan Chord

Keputusan Mahkamah Tarif Menimbulkan Ketidakpastian Baru Dalam Pasaran