Wan Fayhsal Dakwa Muhyiddin Tak Bincang Dengan Mt Pn Tolak Kerajaan Perpaduan


Ahli Parlimen Machang dakwa keputusan segera dibuat pengerusi PN di hadapan Agong ke-16 selepas dipanggil menghadap di Istana Negara pada 22 Nov 2022.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berpandangan Perikatan Nasional sepatutnya mengambil masa berbincang mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan daripada segera menolaknya.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa Muhyiddin Yassin tidak berbincang dengan Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) sebelum menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dititahkan Agong terdahulu Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah susulan keputusan PRU15
Sultan Abdullah bertitah demikian berikutan tiada mana-mana parti politik yang memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.
Wan Fayhsal berkata, keputusan itu dibuat segera oleh pengerusi PN tersebut di hadapan Agong ke-16 selepas beberapa ketua parti, termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dipanggil menghadap baginda di Istana Negara pada 22 Nov 2022.
“Tapi atas rasa prinsip, mungkin (beliau) tidak mahu bersama dengan DAP, mungkin kerana kami dah dapat 115 kerusi terlebih dahulu. Jadi semua itu akhirnya membuatkan pendirian Muhyiddin mewakili PN untuk menolak (cadangan kerajaan perpaduan).
“Cuma saya difahamkan oleh beberapa pimpinan kanan daripada PAS dan Bersatu. Tolak-menolak keputusan ini tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi. Maksudnya keputusan itu dibuat segera di depan Tuanku,” katanya dalam The Zaid Ibrahim Podcast semalam, menurut Berita Harian.
Pada 22 Nov lalu, Muhyiddin dalam sidang media memaklumkan Sultan Abdullah menitahkan cadangan supaya PN dan PH membentuk kerajaan perpaduan, selepas menghadap baginda bersama Presiden PAS Hadi Awang.
Beliau bagaimanapun memaklumkan kepada baginda, PN tidak mahu bekerjasama dengan PH, atas dasar prinsip yang dipegang oleh gabungan itu.
Menurutnya juga, beliau diminta menandatangani satu dokumen berhubung cadangan itu, namun menulis nota menyatakan tidak bersetuju terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara PN dan PH.
Dalam pada itu, Wan Fayhsal yang digantung keahlian Bersatu selama satu penggal, mendakwa ia adalah ‘bibit-bibit’ kepada bermulanya isu dalaman antara Bersatu dan PN.
Beliau berpandangan, PN sepatutnya mengambil masa untuk berbincang mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, daripada segera menolaknya.
Mengenai sama ada Muhyiddin ada peluang menjadi perdana menteri jika menerima cadangan itu, Wan Fayhsal berkata beliau difahamkan mungkin ada penggiliran jawatan tersebut berikutan PH dan PN mempunyai kedudukan kuat.
“Apabila Muhyiddin menolak, Anwar menerima, maksudnya diberi ruang oleh Tuanku untuk memastikan tertubuhnya kerajaan perpaduan.
“Pada asalnya, semua yang sokong Anwar menjadi perdana menteri itu menyokong Muhyiddin, ” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/10/wan-fayhsal-dakwa-muhyiddin-tak-bincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Bersatu Wan Fayhsal Dakwa Ada Tali Barut Cuba Atur Sesuatu Terhadapnya Dan Wan Saiful

Krisis Bersatu Wan Fayhsal Dakwa Ada Tali Barut Cuba Atur Sesuatu Terhadapnya Dan Wan Saiful

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 148 hits
SITI NUR ZAWANIAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa wujud tali barut dalam parti itu yang cuba mengatur sesuatu terhadapnya dan Datuk Wan Saiful Wan Jan Beliau berkata apa yang berlaku terhadapny...
Wan Fayhsal Wants Disciplinary Hearing Deferred Over Conflict Of Interest

Wan Fayhsal Wants Disciplinary Hearing Deferred Over Conflict Of Interest

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 154 hits
Bersatu lawmaker Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has requested that the party s disciplinary board proceedings against him be postponed citing a conflict of interest among members of the panel hearing his case I attended the session and a...
Rayer Praises Suspended Wan Fayhsal Invites Him To Cross Over To Govt

Rayer Praises Suspended Wan Fayhsal Invites Him To Cross Over To Govt

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 137 hits
PARLIAMENT A brief moment of camaraderie unfolded in Parliament today when RSN Rayer invited opposition MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal to join the government an offer the latter declined with a smile Interjecting in Wan Fayhsal s deba...
Bersatu Sacks Wan Saiful Suspends Wan Fayhsal

Bersatu Sacks Wan Saiful Suspends Wan Fayhsal

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 156 hits
Bersatu s disciplinary board which met last night also expelled four others from the party Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan and Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal have 14 days to appeal PETALING JAYA Bersatu has sacked Tasek Ge...
Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 269 hits
KUANTAN PAS Pahang mendakwa parti itu tidak pernah melontarkan tuduhan untuk mendakwa kerajaan Pahang tidak Islamik atau bersifat sekular sebaliknya ia sengaja dibangkitkan Umno untuk mengelirukan rakyat sekali gus membenci PAS Timbalan Pes...
Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 232 hits
LIPIS Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aspek tersebut juga menjadi asas kepada p...
Kerajaan Setuju Letak Polis Di Sekolah Pastikan Keselamatan Pelajar Terjamin Pm Anwar

Kerajaan Setuju Letak Polis Di Sekolah Pastikan Keselamatan Pelajar Terjamin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 160 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju meneruskan penempatan anggota polis di kawasan sekolah sebagai langkah memastikan keselamatan pelajar terjamin Menurut laporan Harian Metro beliau berkata keputu...
Mcmc Siasat Aduan Liputan Di Sibu Sahkan Rangkaian Stabil Kecuali Gangguan Sementara Akibat Insiden Bekalan Elektrik

Drama Bad Cop

Tiada Syarat 80 Peratus Kandungan Tempatan Dalam Lesen Penyiaran Mcmc

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Malaysia Perketat Keselamatan Digital Ekyc Media Sosial Bakal Dilaksana

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Di Sebalik Reka Bentuk Kotak Yang Buat Pelanggan Tertarik Untuk Beli

Mihun Goreng

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman

Pilihan Raya Sabah Paling Gila

Tinggal Isteri Ketika Sakit Fattah Amin Berat Hati Terbang Ke Korea