Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular




KUANTAN: PAS Pahang mendakwa parti itu tidak pernah melontarkan tuduhan untuk mendakwa kerajaan Pahang tidak Islamik atau bersifat sekular, sebaliknya ia sengaja dibangkitkan Umno untuk mengelirukan rakyat, sekali gus membenci PAS.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Andansura Rabu, pada masa sama mengingatkan bahawa membina banyak masjid dan menganjurkan deretan program keagamaan tidak menjadikan sesebuah kerajaan atau negeri sudah cukup Islamik.
"Sama ada Islamik atau tidak, ia bukan boleh diukur dengan jumlah berapa banyak masjid dibina dan berapa banyak program keagamaan dibuat.
"Kita (PAS Pahang) melihat kepada dasar Islam itu sendiri diterjemahkan dalam tadbir urus, dalam cara hidup rakyat di Pahang.
"Kalau nak dikira dengan (jumlah) masjid dan program saja, di AS pun ada masjid, di Jepun pun ada (masjid)... adakah itu menjadikan mereka negara Islamik?" soalnya ketika ditemui di pejabat PAS Beserah, dekat Kuantan kelmarin.
Andansura menjelaskan, perkara itu dibangkitkan PAS berikutan kerjasama antara UMNO dengan DAP-PH selepas PRU lalu.
Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah bertegas bahawa di negara ini kuasa politik mesti dipegang oleh orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh menentukan sesuatu dasar.
"Kita di Pahang ini majoritinya orang Melayu-Islam. (Tapi itu) Tidaklah bermakna kita (PAS) tidak mengakui kewujudan bangsa dan agama lain, tapi dalam banyak hal yang mempunyai kepentingan awam, pemimpin beragama Islam perlu memiliki kuasa dalam membuat keputusan," katanya.
Dengan mengambil contoh isu tular pada Ogos lalu membabitkan sebuah kafe di Pantai Batu Hitam - terletak kira-kira 10km dari bandar raya Kuantan - yang menjual minuman keras secara terbuka, Andansura memberitahu, perkara itu tidak akan berlaku jika kerajaan Pahang melaksanakan tadbir urus berlandaskan Islam.
"Insiden ini secara tidak langsung mencalar imej Islam. Bagaimana kafe itu mendapat lesen menjual arak secara terbuka?
"Adakah pihak majlis (Majlis Bandaraya Kuantan) tidak melihat (butiran) ketika permohonan lesen dibuat pemilik atau pengusaha kafe berkenaan?
"Lebih kurang 90 peratus orang Melayu-Islam tinggal di kawasan Pantai Batu Hitam tapi kafe tersebut secara terbuka (jual arak) dan sesiapa saja, termasuk anak muda beragama Islam bebas duduk melepak di situ," jelasnya.
Andansura bagaimanapun mengakui lega apabila isu berkenaan selesai selepas ia tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Dia sebelum ini 'diserang' oleh penyokong UMNO selepas membangkitkan hal berkaitan kuasa politik Melayu-Islam di Pahang ketika berceramah di perkampungan Cenderawasih, Kuantan, pada Julai lalu.
Dalam ceramah itu, dia menggesa agar "kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu Islam".
Ditanya mengenai bentuk tadbir urus yang ditawarkan PAS jika menjadi kerajaan Pahang, Andansura menjelaskan, parti itu mempunyai kekuatan yang sudah berakar umbi.
"Parti ini (PAS) mempunyai rekod baik dari sudut integriti, orang kenal PAS sebagai parti yang subur dengan pelbagai aktiviti keagamaan, program berteraskan komuniti.
"Kami mempunyai pemimpin dan ahli daripada pelbagai disiplin ilmu, golongan profesional dan memiliki kepakaran daripada bermacam bidang," ujarnya.
Dia bagaimanapun mengakui cabaran terbesar PAS adalah untuk meyakinkan orang bukan Islam menyokong parti itu.
"Kita memiliki rekod yang baik di negeri yang ditadbir PAS... contohnya di Kelantan, Terengganu, Kedah... tak ada masalah dibangkitkan orang bukan Islam.
"Jadi, untuk Pahang ini, memang ada cabaran kerana negeri ini tidak pernah bertukar kerajaan lebih 60 tahun, kita perlukan Gerakan (untuk) memainkan peranan mereka.
"Begitu juga dengan Dewan Himpunan Pendukung PAS, Bersatu - semua ada peranan dan kami yakin, peluang sangat baik untuk kita menjadi kerajaan di Pahang selepas ini," katanya. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/pas-pahang-dakwa-parti-itu-tidak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhimpunan Hogoh Jelai Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Ia Tanda Pas Sudah Tekan Butang Panik Kerana Terdesak

Perhimpunan Hogoh Jelai Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Ia Tanda Pas Sudah Tekan Butang Panik Kerana Terdesak

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Perhimpunan Hogoh Jelai yang dijadualkan esok di Sungai Koyan Kuala Lipis menandakan signal pihak pembangkang di negeri ini sudah menekan butang panik akibat terdesak Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim berkata ia...
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 140 hits
KUANTAN nbsp Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang merupakan pasukan penguatkuasaan bersepadu pertama di negara ini yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan mencegah kehilangan dan ketirisan hasil Kerajaan Negeri Pahang Ditubuhkan pada 9 Oktobe...
Pemuda Umno Pahang Tempelak Pemuda Pas Atas Dakwaan Kelirukan Rakyat Mengenai Isu Hutang Awam Kerajaan

Pemuda Umno Pahang Tempelak Pemuda Pas Atas Dakwaan Kelirukan Rakyat Mengenai Isu Hutang Awam Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 132 hits
KUANTAN Pemuda UMNO Pahang menempelak Pemuda PAS atas dakwaan cuba mengelirukan rakyat mengenai isu hutang awam kerajaan Ketuanya Mohd Kamil Ibrahim berkata parti pembangkang itu sering memainkan persepsi dan kini menjadikan isu hutang seba...
Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 143 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang menggunakan empat pendekatan untuk menyuburkan aktiviti serta memperkasakan syiar Islam di negeri itu Ia merangkumi dasar kebajikan pendidikan dan dakwah menerusi 14 Rang Undang Undang yang diluluskan Dewan Un...
Kerjasama Grs Ph Penting Kukuh Muafakat Kerajaan Negeri Pusat Kata Armizan

Kerjasama Grs Ph Penting Kukuh Muafakat Kerajaan Negeri Pusat Kata Armizan

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 106 hits
Timbalan setiausaha agung GRS berkata permuafakatan itu beri ruang lebih kukuh untuk Sabah perjuang hak bawah Perjanjian Malaysia 1963 Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali dalam Majlis Pelancaran Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah bag...
Awas Kerajaan Pm Anwar Jika Gagal Kuasai Mesaoa Kerajaan Akan Gagal Cari Yang Pernah Kuasai Suatu Ketika Dulu

Awas Kerajaan Pm Anwar Jika Gagal Kuasai Mesaoa Kerajaan Akan Gagal Cari Yang Pernah Kuasai Suatu Ketika Dulu

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 132 hits
Man Toba Siapa Kuasai Media Dia Kuasai Rakyat Jangan Sampai Madani Tersedar Bila Dah Terlambat Benda ni akan berulang sampai PRU16 nanti Isu PM Tax contohnya bila tanya Kau kena tax apa Bagi satu contoh boleh Sampai ke sudah tak ada siapa m...
Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 135 hits
LIPIS Kerajaan Pahang terus prihatin dengan memperluaskan ke 10 daerah tahun ini berbanding tiga pada tahun lepas bagi pelaksanaan Program Anggun Suri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan itu membuktikan kesungguha...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Sahkan Semua Hutan Yang Diceroboh Secara Haram Telah Berjaya Dibersihkan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Sahkan Semua Hutan Yang Diceroboh Secara Haram Telah Berjaya Dibersihkan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 134 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengesahkan semua kawasan hutan yang diceroboh dengan pertanian haram bagi penanaman durian berjaya dibersihkan sepenuhnya menerusi Ops Sekat yang berakhir hujung bulan lalu sejajar dengan pelan...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aku Bapak Kau

Nak Tahu Ayam Segar Atau Tak Lihat Warna Buntut Ayam Untuk Elak Beli Ayam Tak Halal