Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta




LIPIS: Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, aspek tersebut juga menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan dalam menentukan dasar serta hala tuju pembangunan negeri.
Menurutnya, sebagai contoh dalam pembentangan belanjawan, penggunaan data diperlukan untuk mengeluarkan jumlah diunjurkan. 
"Angka dan data itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja untuk individu tetapi untuk kerajaan bagi membantu kita membuat keputusan.
"Sebagai contohnya, kerajaan negeri akan membentangkan bajet pada akhir tahun ini di mana kita bercadang untuk memberi bantuan untuk urusan perkebumian, jadi kita kena tahu data. Daripada angka tersebut kita boleh tentukan berapa yang hendak bagi dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hari Statistik Negara dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Sungai Koyan di sini pada Sabtu.


Turut hadir, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Wan Rosdy berkata, buku data terhadap semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bakal diedarkan pada akhir November depan selepas kemas kini statistik terkini tahun ini diterbitkan.
"Bila mereka ada data, mereka tidak mendengar pada hearsay (khabar angin). Contohnya kemiskinan, kemiskinan tegar, berapa orang penduduk.
"Daripada jumlah penduduk tersebut berapa yang miskin, berapa yang miskin tegar, B40 ada berapa orang, berapa orang yang berjaya melanjutkan pelajaran, berapa orang yang menganggur. Semua itu boleh dilihat daripada buku yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM)," katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan negeri juga menyasarkan untuk menambah jumlah daerah bahagia di Pahang kepada empat pada masa akan datang.
Katanya, setakat ini Raub dan Lipis dikenal pasti sebagai dua daerah bahagia di Pahang dan kerajaan negeri berhasrat menambah lebih banyak daerah ke dalam senarai tersebut.
“Saya tidak memilih mana-mana daerah, tapi saya harap semua daerah berusaha untuk dapat menambahkan daerah bahagia.
“Saya beritahu kepada semua pegawai daerah, Yang Dipertua Majlis dan Setiausaha Kerajaan Negeri kita jangan berpuas hati dengan dua daerah sahaja, kita nak tambahkan lagi tapi kekalkan daerah Raub dengan Lipis,” tambahnya.
Sementara itu, Mohd Uzir memberitahu, penganjuran HSN 2025 memberi peluang kepada masyarakat luar bandar memahami bagaimana data dan statistik digunakan dalam perancangan kemudahan pembangunan seperti kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.
Jelasnya, statistik bukan sekadar angka tetapi menjadi asas kepada keputusan dasar dan memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat serta kemampanan pembangunan kawasan luar bandar.
Ujar beliau, Malaysia juga cemerlang apabila berada pada kedudukan nombor satu dunia dari segi kewujudan data rasmi, keterbukaan dan kebolehcapaian data, hasil pelbagai inisiatif digital seperti OpenDOSM dan platform interaktif yang dibangunkan jabatan itu.
Beliau juga memberitahu, antara inovasi terkini DOSM adalah membangunkan kalkulator jangka hayat dan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) yang membolehkan pengguna menilai kos sara hidup berdasarkan profil keluarga, umur dan lokasi tempat tinggal mereka.#SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/penggunaan-data-angka-main-peranan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang akan terus memperketat pemantauan aktiviti ladang haram meskipun semua kawasan hutan yang diceroboh untuk penanaman durian secara haram telah dibersihkan sepenuhnya Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wa...
Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial Pm Anwar

Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 170 hits
Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial PM Anwar KUALA LUMPUR 21 Okt Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasara...
Kerjasama Grs Ph Penting Kukuh Muafakat Kerajaan Negeri Pusat Kata Armizan

Kerjasama Grs Ph Penting Kukuh Muafakat Kerajaan Negeri Pusat Kata Armizan

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 211 hits
Timbalan setiausaha agung GRS berkata permuafakatan itu beri ruang lebih kukuh untuk Sabah perjuang hak bawah Perjanjian Malaysia 1963 Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali dalam Majlis Pelancaran Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah bag...
Influenza Tip Penting Bantu Lindungi Anda Keluarga

Influenza Tip Penting Bantu Lindungi Anda Keluarga

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 224 hits
Influenza Tip Penting Bantu Lindungi Anda Keluarga Ramai menganggap influenza sekadar demam biasa namun hakikatnya ia boleh membawa padah yang jauh lebih serius Di Malaysia sahaja 5 hingga 15 peratus populasi dijangkiti setiap tahun sehingg...
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 224 hits
KUANTAN nbsp Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang merupakan pasukan penguatkuasaan bersepadu pertama di negara ini yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan mencegah kehilangan dan ketirisan hasil Kerajaan Negeri Pahang Ditubuhkan pada 9 Oktobe...
Pemuda Umno Pahang Tempelak Pemuda Pas Atas Dakwaan Kelirukan Rakyat Mengenai Isu Hutang Awam Kerajaan

Pemuda Umno Pahang Tempelak Pemuda Pas Atas Dakwaan Kelirukan Rakyat Mengenai Isu Hutang Awam Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 201 hits
KUANTAN Pemuda UMNO Pahang menempelak Pemuda PAS atas dakwaan cuba mengelirukan rakyat mengenai isu hutang awam kerajaan Ketuanya Mohd Kamil Ibrahim berkata parti pembangkang itu sering memainkan persepsi dan kini menjadikan isu hutang seba...
Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim

Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 287 hits
KUANTAN Jangan korbankan nilai Islam dalam menganjurkan majlis rasmi kerajaan Itu tegas Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim mengulas isu penyajian arak dalam majlis rasmi kerajaan yang dihadiri oleh orang Muslim kerana ia bertent...
Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 213 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang menggunakan empat pendekatan untuk menyuburkan aktiviti serta memperkasakan syiar Islam di negeri itu Ia merangkumi dasar kebajikan pendidikan dan dakwah menerusi 14 Rang Undang Undang yang diluluskan Dewan Un...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 264 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia