Menteri Sembunyi Fakta Batal Subsidi Haji Jemaaah Rayuan
Oleh Siti Fatimah Ishak       Isma minta Mujahid, Tabung Haji perjelas bayaran RM22,900
 
          BANGI – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kesal kerana fakta mengenai  pembatalan subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan dan mana-mana  individu yang menjadi pengiring mahram, bagi mengerjakan haji tahun  ini, disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Malah,  sehingga petang ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Menteri di  Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa,  mengenai perkara itu, sedangkan pada Khamis lalu beliau mengadakan  sidang media mengumumkan pengekalan bayaran jemaah haji muassasah kali  pertama bagi tahun semasa 1440H/2019M.
Sebaliknya,  pembatalan subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dan  pengiring hanya dimaklumkan secara ‘sembunyi-sembunyi’ ketika Tabung  Haji (TH) menjawab persoalan yang dibangkitkan netizen dalam laman  Facebook ‘Official-Lembaga Tabung Haji’, semalam.
Difahamkan,  bermula tahun ini, semua jemaah haji yang berjaya dalam rayuan mereka,  dan mana-mana mahram yang menjadi pengiring perlu membayar penuh  RM22,900, walaupun ini adalah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Berbanding  sebelum ini, semua jemaah haji dan pengiring yang pertama kali  mengerjakan haji diberi subsidi dan hanya membayar RM9,980.
Sehubungan  itu, Isma sebagai pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menuntut  kerajaan termasuk Mujahid memberi penjelasan segera, kerana tindakan itu  hanya akan membebankan rakyat.
Menyifatkannya  sebagai tak masuk akal, Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman turut  mempersoal rasional kerajaan memutuskan pembatalan subsidi haji, yang  dilihat akan terus menekan rakyat dengan pertambahan wang yang banyak  untuk ke Tanah Suci.
“Orang  buat rayuan biasanya disebabkan giliran yang diberi tidak logik kerana  lambat, kadang-kadang sehingga mati hidup balik pun belum tentu sempat.
“Begitu  juga pengiring… itu bukan pilihan yang boleh dielak. Jadi kerajaan  jangan ambil kesempatan atas keterpaksaan orang lain,” katanya ketika  dihubungi Ismaweb.net.
Beliau  mengulangi gesaan supaya kerajaan atau TH memberi penjelasan berhubung  perkara itu, dan tidak menyembunyikan fakta sebenar.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/menteri-sembunyi-fakta-batal-subsidi.html