Wakil Rakyat Tanya Kenapa Petani Tak Masuk Belanjawan 2019


Melissa Darlyne Chow
-November 14, 2018 10:04 PM

Ahli Parlimen Jempol berkata orang luar bandar bergelut mencukupkan perbelanjaan tetapi pahit getir mereka tak dipedulikan kerajaan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional hari ini membidas kerajaan kerana gagal melindungi kebajikan para nelayan, penoreh getah, pekebun kecil dan petani dalam Belanjawan 2019

Mohd Salim Mohd Sharif (BN-Jempol) memberitahu Dewan Rakyat bahawa belanjawan itu mengabaikan dan mendiskriminasikan rakyat di luar bandar

“Menteri kewangan tak sebut pesawah padi, penoreh getah dan nelayan dalam belanjawan

“Mereka di luar bandar bergelut mencukupkan perbelanjaan. Pahit getir mereka tidak dipedulikan kerajaan Pakatan Harapan

“Adakah kerajaan PH merasakan orang-orang ini tidak penting

“Jika orang-orang ini penting, jadi penderitaan dan kebajikan mereka mesti diberi perhatian,” katanya semasa membahaskan belanjawan

Salim berkata pentadbiran Barisan Nasional sentiasa memberi tumpuan kepada kebajikan para petani, nelayan dan penoreh getah. Mereka diberi peruntukan terbesar sebanyak RM6.5 bilion dalam Belanjawan 2018, tambahnya

Beliau berkata RM2.3 bilion diperuntukkan untuk insentif seperti baja untuk pesawah padi, pekebun kecil, penoreh getah dan nelayan

“Juga ada bantuan musim tengkujuh untuk 440,000 petani dan penoreh getah berjumlah RM261 juta. Sebanyak RM150 juta diperuntukkan untuk membantu 200 petani menunggu hasil dituai

“Kami memberikan elaun sara hidup kepada nelayan, berjumlah RM12 juta, untuk membantu 5,200 nelayan

“Juga terdapat elaun bulanan antara RM1,000 dan RM1,500 untuk 31,000 peneroka yang terlibat dalam skim penanaman semula.”
Salim menggesa kerajaan pertimbang semula pengagihan insentif kepada kelompok itu

“Ahli Parlimen Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) pernah berkata kerajaan akan menghentikan pembayaran insentif kepada pekerja kelapa sawit, penoreh getah dan nelayan. Ini ketika keadaan kewangan mereka dalam keadaan kritikal dan mereka perlukan bantuan kerajaan

“Kepada siapa lagi mereka merayu bantuan kalau bukan kerajaan?”
Salim berkata harga minyak sawit jatuh daripada RM530 satu tan pada Januari kepada RM380 bulan lepas

“Penurunan harga sejak Mei memberi kesan kepada pendapatan pekerja seluruh negara,” katanya

Salim berkata kebiasananya setiap peneroka akan diberi 4ha tanah yang mampu menghasilkan 8 tan minyak sawit sebulan jika tiada masalah

“Purata pendapatan mereka adalah RM1,000 sebulan

“Penoreh getah dapat RM900 sebulan selepas harga getah jatuh mendadak kepada RM1.80 sekilo

“Bagaimanapun, tidak ada pengumuman dalam belanjawan yang memberi kelegaan kepada mereka

“Adakah ini yang mer maksudkan dengan belanjawan berkorban? Ditanggung oleh orang luar bandar

“Kami juga terdengar mereka yang perlu meminjam daripada lintah darat untuk mencukupkan perbelanjaan. PH jangan prejudis dan hukum mereka seperti ini.”
Salim mencadangkan PH memberikan bantuan kewangan sekali beri kepada penoreh getah dan mereka yang bekerja di ladang-ladang kelapa sawit

Beliau mahu kerajaan mengadakan mekanisme baru untuk menetapkan harga dasar satu tan minyak sawit pada RM500 dan sekilo getah pada RM4 untuk membantu pekebun kecil menghadapi keadaan tidak menentu sekarang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/wakil-rakyat-tanya-kenapa-petani-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2019 Risau Untuk Para Nelayan Dan Juga Petani

Belanjawan 2019 Risau Untuk Para Nelayan Dan Juga Petani

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 472 hits
BELANJAWAN 2019 yang dibentangkan pada Jumaat lalu pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan golongan tertentu seperti rakyat luar bandar nelayan dan petani ...
Tukar Tema Belanjawan 2019 Dari Sejahterakan Rakyat Kepada Sengsarakan Rakyat

Tukar Tema Belanjawan 2019 Dari Sejahterakan Rakyat Kepada Sengsarakan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 231 hits
Ismail Sabri YaakobKUALA LUMPUR Walaupun dicanang sebagai belanjawan paling besar oleh kerajaan Pakatan Harapan namun hakikatnya Belanjawan 2019 disifatkan tidak berjaya membela golongan luar bandar khasnya kumpulan berpendapatan rendah dan...
Tarik Balik Belanjawan 2019 Demi Kepentingan Rakyat

Tarik Balik Belanjawan 2019 Demi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 345 hits
KERAJAAN Persekutuan dinasihat untuk menarik semula Belanjawan 2019 Banyak perkara melibatkan kepentingan rakyat khususnya golongan yang mudah terjejas di luar bandar tidak diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 Meskipun Belanjawan 2019 adalah...
Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 607 hits
Bajet Kerajaan Pakatan 2019Buat pertama kalinya Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Guan Eng dalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ...
Wakil Rakyat Pembangkang Tidak Dibenar Masuk Sekolah Tanpa Kebenaran Maszlee

Wakil Rakyat Pembangkang Tidak Dibenar Masuk Sekolah Tanpa Kebenaran Maszlee

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 224 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah milik kerajaan untuk menghadiri sebarang program perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Menterinya Dr Maszlee Malik berkata pekeliling juga sudah di...
Budget 2019 Malaysia Adalah Belanjawan Yang Sayangkan Rakyat

Budget 2019 Malaysia Adalah Belanjawan Yang Sayangkan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 542 hits
Berikut dinyatakan faedah faedah Budget 2019 Malaysia mengikut stakeholder Pertanian Sektor pertanian adalah diantara yang menerima bajet terbanyak seperti yang dibentangkan dalam budget 2019 Malaysia di parlimen baru baru ini Ianya adalah ...
Belanjawan 2019 Risaukan Bumiputera Rakyat Luar Bandar

Belanjawan 2019 Risaukan Bumiputera Rakyat Luar Bandar

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 354 hits
Diterbitkan 6 Nov 2018 9 39 pagi ULASAN Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada Jumaat lalu pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan golongan tertentu sepert...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut