Quick Update Disember Sibuk Tanpa Disangka
Ya ampun, dah separuh bulan Disember rupanya. Punya sibuk
sampai blog langsung tak ter-update. Hari tu konon bersemangat nak selalu aktif
menulis, tapi biasala, janji tinggal janji. Jadi kali ni aku kembali dengan
quick update saja. Tulis benda penting, ringkas tapi senang nak rujuk in
future.
Banyak kali jadi, bila alami perkara lebih kurang pernah
kami hadap kena korek semula dari A sampai Z sebab lupa. Eh penat ya kalau nak
recall banyak kali.
Quick Update Disember - Sibuk Tanpa Disangka
Bulan November hari tu aku memang sibuk dengan urusan rumah.
Masuk pula Disember, ingatkan boleh tarik nafas sikit rupanya tinggal
angan-angan. Ini bulan terakhir persekolahan sebelum masuk takwim baru, jadi
aktiviti sekolah memang padat.
Antara yang terlibat: Dialog Kemenjadian Murid, Hari
Anugerah Prestasi, Sambutan kanak-kanak, Jamuan kelas. Dan paling hujung, bantu
sekolah untuk persediaan pengoperasian sesi 2026
Semua dibuat lebih awal sebab cuti sekolah kali ni pendek
sangat. Takwim pun dah berubah, kembali macam dulu-dulu. Sekolah akan mula
bulan Januari dan tamat Disember. Kalau ikut perancangan pihak sekolah, lebih
baik siapkan awal. Lagipun nanti ibu bapa nak bercuti, jadi buat awal memang
lebih senang.

Plan Sambut 2026
Masuk tahun 2026 nanti, Ikhwan dah Tingkatan Tiga, Raudah
pula naik Darjah Empat, dan si adik Airis masuk Darjah Dua. Fasa umur 40 ni
buat aku makin sedar, masa memang tak tunggu siapa-siapa.
benda aku belajar untuk perlahankan langkah, pilih yang
perlu sahaja, dan belajar jaga tenaga sendiri. Cepat betul masa berlalu.
Persediaan sekolah aku dah mula sikit-sikit, beli mana yang penting dulu.
Tahun depan Raudah jadi pengawas. Dah kena sediakan uniform,
vest, tali leher, tshirt dan semestinya kos akan bertambah dekat situ. Nanti nak
kongsi lebih tentang ni.

Ikut kalendar 2026 juga, bulan Februari dah masuk Ramadan.
Di umur ni, keutamaan aku makin jelas nak hidup lebih berpada-pada, kurang
kejar benda luaran, dan lebih fokus pada apa yang beri tenang.
Sedaya upaya menjaga circle. Selagi namanya berurusan dengan
manusia, memang tak lari dengan perangai toksik tu. Jadi kita tidak dapat kawal
orang, maka kita kawal diri sendiri dari diracun.
Masa puasa nanti pergerakan memang akan lebih terbatas, jadi
awal-awal ni aku nak susun supaya boleh fokus ibadah sebaiknya. Bulan Mac pula
raya, jadi memang kena rancang perbelanjaan dari awal tahun.
Doakan semoga baki bulan Disember ni kita semua dapat lalui
dengan tenang dan lancar. Banyak benda nak kena buat juga, pindahkan gambar dan
video, susun semula dokumen penting. Awal cuti nanti, insya-Allah nak balik
kampung, bercuti dan luangkan masa dengan emak.
Jaga diri semua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2025/12/quick-update-disember-sibuk-tanpa.html