Wajah Baharu Hotel Palm Garden Putrajaya A Tribute Portfolio Menjadi Lokasi Hujung Minggu Maha Dan Kawan Kawan


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari ni Maha nak kongsikan bagaimana caranya Maha dan kawan-kawan habiskan hujung minggu untuk ghater-ghater sambil release segala masalah kerja. Bukan selalu pun tapi sekali sekala memanjakan diri. Korang tahukan siapa sahaja kawan-kawan Maha kalau ghater-gather ini kan. Bila usia dah makin meningkat kita tidak perlu ramai orang pun untuk ada sekeliling selain daripada keluarga, kawan-kawan juga adalah peneman. 


Kami hujung minggu lepas pergi lepak kat port yang baik punya. Kalau sebut pun korang mesti kata ala dekat jer tak jauh pun. Tapi suasana kat situ buat kita rasa lain tau. Juga habis masa bersama kawan-kawan tu juga lain rasanya. Kami berjumpa di Hotel Palm Garden Putrajaya a Tribute Portfolio. Kebetulan pula hotel tu baru sahaja selesai menjalani perubahan paling besar dari dalam dan luar hotel. Jadi kami pun ambil keputusan untuk berjumpa dan bermalam di hotel tu



Dengar cerita Hotel Palm Garden yang baharu ini lebih segar dan juga suasana lebih menarik. Tengok sahaja lobi hotel lebih kemas besar dan penuh dengan hiasan warisan pada dinding-dinding. Kami duduk sana dua malam sahaja tak lama pun cuti hujung minggu. Tapi kalau yang datang nak bercuti atas urusan kerja bagi Maha hotel ni sangat strategik berada diantara dua kota yang besar walaupun ia di Putrajaya tapi nak akses ke Kuala Lumpur pun tak jauh hanya guna Lebuh Raya Kuala Lumpur Seremban atau juga Lebuh Raya Sungai Besi 25 minit dah sampai kalau tak jem lah. 




Jadi itu juga menjadi faktor kami satu group ambil keputusan untuk bermalam kat Hotel Palm Garden Putrajaya ni senang tengah-tengah. Juga kat sini dekat untuk akses kepada mall paling panjang di Putrajaya iaitu IOI CITY Mall. Juga senang makan semua ada kat sini tau dari sarapan pagi, makan bufet tengahari untuk hujung minggu dan juga makan malam kat satu restoran baru mereka





Jadi Maha check in Jumaat petang untuk bilik yang baru iaitu Tamera Twin Bed. Kat sini nama bilik mereka diilhamkan oleh unsur pokok palma seperti Tamera Room, Areca Premium, Palmyra Family, Palm Suite and Royal Suite Duplex. Ada lebih kurang 152 bilik di hotel ini. Bilik hotel pun konsep koridor terbuka di mana jadi bila keluar pintu bilik terus mengadap Courtyard tengah yang ada pokok dan juga kolam ikan. Mana nak dapat hotel macam ni kat KL dan Putrajaya sangat cantik pemandangan waktu pagi dan malam. 




Bila masuk bilik tu memang luas sangat dengan dalam reka bentuk unsur budaya dan kraf Malaysia yang diilhamkan oleh tenunan tradisional Malaysia. Maha paling suka kalau bilik hotel ada tingkap yang besar dan luas. Kat sini memang buka langsir seluas mata memandang tingkap yang ada, dan ada macam sedikit beranda diluarnya. Best wooo korang kena datang memang syok lah tidur ditambah tilam dan bantal baru lagi lenalah malam hujung minggu kat sini





Selain tu kemudahan lain semua ada seperti setereka baju dan papan seterika, ada peti keselamatan, mini peti sejuk, ada almari yang luas, juga ada rancangan tv yang banyak serta paling best wifi laju beb hehehe... Layan Youtube dan TikTok pun puas hati tak tengok tv dah. Part paling penting adalah bilik air. Kat sini ada shower mandian pancuran bagaikan hujan. Juga keperluan peribadi semua sedia ada termasuk sekali hair dryer dan juga cermin yang besar dalam bilik air. Itu paling Maha suka sambil mandi tengok tengok cermin siot jer kan wakakakaka




Sikit Maha kongsikan kemudahan lain yang ada kat hotel ni iaitu mereka ada  sebelas ruang acara dan bilik mesyuarat untuk memenuhi setiap keperluan yang nak buat business trip. Rafflesia Ballroom tanpa tiang mengagumkan dengan ruang seluas 630 meter persegi yang dilengkapi sepenuhnya dengan pentas LED dan terbina dalam, menjadikannya tempat yang sempurna untuk majlis besar dan mewah seperti majlis perkahwinan dan makan malam yang tidak dapat dilupakan yang memuatkan sehingga 300 orang





Tapi memang jauh lah perubahan yang telah lakukan pada hotel ni setelah beberapa tahun beroperasi. Lebih segar dan lebih cantik serta selesa untuk mereka yang menginapnya itu penting. Belum lagi pergi bahagian kemudahan lain yang ada dalam hotel ni. Bilik tidur ni kira jadi port untuk 'Pillow Talk' waktu malam kami. Sebab kalau siapa ikuti live TikTok Jajan_kudapan dapat lihat kami semua berada satu bilik untuk seronok-seronok sahaja dan 'Cur-hat' kata orang



Bagi kami atau mana-mana tetamu yang menginap malam kat hotel ni bukan sahaja ada disediakan sarapan pagi tapi yang terbaharu mereka sediakan juga complementary mengopi kat Kopi Dulu setiap petang. Itu yang bestnya waktu pukul 5 petang lepak kat tengah courtyard ada kolam dan tepi tu ada Kopi Dulu. Ia adalah konsep tradisional kedai kopi untuk dinikmati oleh semua tetamu



Kalau tanya detail tempat makan mereka nanti Maha kongsikan kat satu posting lain khas untuk makan-makan sahaja ok. Ini Maha nak ceritakan pasal aktiviti yang kami buat dua hari kat hotel tu. Pagi hari pertama tu kami sarapan kat Palm Cafe yang juga telah banyak berubah wajah baharu. Situ ada sediakan sarapan pagi dan hidangan bufet makan tengahari. Kami terus gerak hari Sabtu tu pergi ker District 21 IOI CITY Mall. Nak buat aktiviti lasak sikit siapa kat kami tak boleh tengok kaki lah tiberrrr.




Kat District 21 tu ada macam-macacm aktiviti lasak bayaran masuk RM60 seorang dewasa dan korang akan diberikan sepasang stokin dan juga sarung tangan khas mereka. Wajib pakai sepanjang buat aktiviti kat dalam tu. Juga ada peraturan sesetengah permainan boleh sampai berat 80Kg sahaja dan setengah lagi sampai 120Kg sahaja dibenarkan main. Jadi dalam ramai-ramai tu Maha tak lepas huhuhu sedih. Terpaksa jadi tukang sorak dan juga tukang ambil gambar





Masuk dalam tu jangan risau korang akan ada instructor yang akan guide untuk menggunakan main semua permainan dalam tu. First sekali main yang ringan-ringan iaitu Trampoline yang loncat-loncat. Kat situ banyak loncatan boleh buat tapi ada yang tidak dibenarkan demi keselamatan. Main Trampoline tu pun dan penat berpeluh juga lah. Itu Maha boleh main dibenarkan oleh abang tu. Tapi yang lain seperti main Maze, Sky Trail, Tubby Ride, Roller Glider, Free Fall, Power Station dan Ninja Warrior Course perlukan kekuatan fizikal dan mental





Bila Maha tengok kawan-kawan semua buat dengan begitu susah payahnya rasa lega juga tak masuk kalau tidak sangkut kat dalam tu. Dia orang pun nak habiskan masa lebih kurang tiga jam juga dalam tu semua permainan. Itu pun ada yang dapat tamatkan semua ada yang separuh sahaja. Tak apa yang penting kita enjoy dan happy-happu habiskan hujung minggu dalam tu. Korang kalau rasa nak cuba ketahanan fizikal dan mental main indoor game ni boleh try datang kat District 21 IOI CITY Mall. 




Lunyai tengok semua kawan-kawan nak menamatkan permainan tu. Ada yang berpeluh satu badan dari atas sampai bawah. Ada yang relax jer boleh habiskan semua game mentang-mentang di paling kurus dalam ramai-ramai ni. Juga ada yang sopan santun jer bila main tapi tetap mencabar diri nak buat. Kat sini keselamatan penting kena utamakan sebab mainan tu dalam keseronokan boleh berubah sebaliknya. Apa pun puas hati setengah hari kat sini buat kami rasa bertenaga nak balik rest kat hotel. Ohh yer bagi tetamu yang menginap kat Palm Garden Hotel ada shuttle disediakan untuk pergi dan balik setiap sejam dari hotel ker IOI CITY Mall dan mana-mana lokasi berhampiran tu. \


Hari pertama punya aktiviti tu sangat lasak tapi hari kedua agak slow melo sikit. Seperti biasa selepas sahaja sarapan pagi kami buat aktiviti Zumba lak. Kami zumba kat kolam renang lak tu lagi layan. Sebab lepas sahaja zumba terus nak terjun berendam. Sejam juga masa kami habiskan berzumba dengan instrustor yang disediakan oleh pihak hotel. Menari ala Bollywood ada, lagu dangdut ada, yang rancak pun ada mesti korang gelak kalau tengok video kami zumba wakakaka





Tapi kami sebenarnya nak berendam dalam kolam renang jer. Hotel Palm Garden Putrajaya ini ada dua kolam renang satu khas untuk kanak-kanak dan satu lagi besar sangat dan dalam khas untuk orang dewasa. Kolam renang kanak-kanak tu comel ada gelonsgsor lagi kalau yang datang dengan family sesuai lah bawa anak-anak mandi situ. Kalau yang kolam dewasa ni sangat besar dan terbuka mengadap dengan mall tu lagi tau. 



Kolam dewasa tu ada bahagian yang cetek sikit dan makin lama makin dalam dan dalam. Maha masuk memang hapus lah tenggelam huhuhuhu. Tpai situ boleh santai-santai relax mandi-mandi tanpa perlu nak tergesa-gesa. Kami pun mandi santai-santai dan juga buat live kat TikTok Jajan_Kudapan lagi hehehe. Best sangat dapat habis masa dengan kawan-kawan yang sekepala kitakan. 



Apa pun bagi Maha Hotel Palm Garden Putarajaya a Tribute Portfolio yang baharu ini sangat jauh berbeza dan memeberi pengalaman penginapan yang sangat selesa. Kalau nak habiskan hujung minggu daripada kesibukan kerja dan masa untuk bersama kawan-kawan sini sangat direkomenkan. Banyak aktiviti boleh buat dan juga makan pun banyak. Nanti Maha update posting khas untuk makan kerana kat Palm Garden Hotel ni ada satu Restoran namanya Madam Lee Nyonya Restaurant. Special makan malam kami kat situ. Macam bosss



Kalau korang nak rasa duduk macam boss kat semua hotel bawah Marriott Bonvoy dimana salah satunya adalah Hotel Palm Garden Putrajaya ni lah. Korang daftar ahli Bonvoy yang membolehkan ahli memperoleh dan menebus mata untuk penginapan di hotel baharu, dan di hotel dan resort lain di seluruh portfolio jenama Marriott Bonvoy yang luar biasa. Dengan aplikasi Marriott Bonvoy, ahli menikmati tahap pemperibadian dan pengalaman tanpa sentuhan yang membolehkan mereka mengembara dengan tenang. Maklumat lanjut, layari www.palmgardenputrajaya.com atau hubungi talian 03-8943 2233.


Rasa macam nak duduk hotel setiap minggu kalau best macam ni hehehe jom guys. Mana lagi kita nak hujung minggu ni. Kalau korang ada plan lagi jom roger-roger kita riuhkan hotel tersebut hehehe tak perlu jauh-jauh keluar KL yang dalam ni pun banyak. Memang betul bila masa singkat walaupun tiga hari bersama dengan tersayang lebih baik daripada hidup tiga ratus tahun tapi tiada kegembiraan. Jadi luang masa korang pilih tempat yang terbaik korang ok. Selamat bercuti semua. 











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/02/wajah-baharu-hotel-palm-garden-putrajaya-a-tribute-portfolio.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Rejuvenating Staycation At The Newly Renovated Palm Garden Hotel Putrajaya

A Rejuvenating Staycation At The Newly Renovated Palm Garden Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 348 hits
A Rejuvenating Staycation at The Newly Renovated Palm Garden Hotel Putrajaya All work and no play makes Rawlins a dull person and most probably a grumpy one too at times So in order to replenish the joy for work and to rejuvenate myself to ...
Palm Garden Hotel Putrajaya Kini Berwajah Baru Bercirikan Plantation Heritage

Palm Garden Hotel Putrajaya Kini Berwajah Baru Bercirikan Plantation Heritage

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 368 hits
Hi Korang Berstaycation memang menjadi hobi kak lily ketika ini bukan apa untuk melegakan rasa stress yang melanda dan juga menikmati kehidupan lain daripada yang lain di hujung minggu Kebetulan minggu lepas kak lily bersama rakan rakan ber...
Palms Cafe Kopi Dulu Dan Madam Lee Nyonya Private Dining Menyajikan Makanan Istimewa Di Palm Garden Hotel Putrajaya

Palms Cafe Kopi Dulu Dan Madam Lee Nyonya Private Dining Menyajikan Makanan Istimewa Di Palm Garden Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 262 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Posting kali ni sambungan daripada staycation Maha dan kawan kawan kat yang hujung minggu lepas Kali ni nak cerita tentang mak...
Hikayat Pentas Citarasa 7 Pahlawan Di Marriott Hotel Putrajaya Meraikan Ramadan Yang Bakal Tiba

Hikayat Pentas Citarasa 7 Pahlawan Di Marriott Hotel Putrajaya Meraikan Ramadan Yang Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 335 hits
Bermulanya kisahhhhhhh 7 Pahlawannnn membawa hidangan untuk santapan Tibeerrrrr Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Tiba mood klasik zaman dahulu kala mincul dalam fikir...
Nikkei Mencapai Tahap Tertinggi Baharu Bagaimana Nvidia Menjadi Penggerak Di Sebalik Pertumbuhan Industri Semikonduktor

Nikkei Mencapai Tahap Tertinggi Baharu Bagaimana Nvidia Menjadi Penggerak Di Sebalik Pertumbuhan Industri Semikonduktor

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 243 hits
Satu acara penting dicatatkan dalam pasaran saham Jepun pada hari Khamis purata Nikkei mencecah ambang yang ditetapkan pada Disember 1989 hasil daripada kenaikan ketara dalam harga saham syarikat yang beroperasi dalam sektor mikroelektronik...
Port Kedai Makan Yang Sedap Jadi Pilihan Maha Dan Kawan Kawan Kalau Datang Ke Negeri Perlis

Port Kedai Makan Yang Sedap Jadi Pilihan Maha Dan Kawan Kawan Kalau Datang Ke Negeri Perlis

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 281 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Lama korang menunggu untuk Maha nak update tempat makan yang Maha pergi dan nikmati sepanjang hari tu Kalau korang nak tahu tempat m...
Perasaan Menjadi Suri Rumahtangga Sepenuh Masa

Perasaan Menjadi Suri Rumahtangga Sepenuh Masa

papar berkaitan - pada 7/2/2024 - jumlah : 210 hits
nbsp Perasaan Menjadi Suri Rumahtangga Sepenuh Masa Tidak pernah terdetik pun selama 11 tahun berkahwin ni nak menjadi suri rumahtangga sepenuh masa Nieyl bekerja seawal umur nieyl 20 tahun dan pada umur 24 tahun nieyl bertemu jodoh dengan ...
Alien Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Lvarez

Alien Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Lvarez

papar berkaitan - pada 9/2/2024 - jumlah : 237 hits
Enam bulan sebelum filem terbaru Alien akan ditayangkan di pawagam filem yang diarahkan pengarah Fede Alvarez itu telah mendapat tajuk rasmi iaitu Alien Romulus Alien Romulus ialah filem Alien pertama sejak 20th Century Fox diperoleh oleh D...
Marrybrown Menjadi Pilihan

Marrybrown Menjadi Pilihan

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 238 hits
Setiap tahun bos akan belanja KFC kepada pekerja sebelum tahun baru Cina Tetapi kerana kami orang Melayu telah memboikot KFC jadi beralih pada Marrybrown Cuma pekerja bangsa lain tetap memilih KFC Rasa ayam KFC lebih enak sebenarnya memang ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt