Port Kedai Makan Yang Sedap Jadi Pilihan Maha Dan Kawan Kawan Kalau Datang Ke Negeri Perlis


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Lama korang menunggu untuk Maha nak update tempat makan yang Maha pergi dan nikmati sepanjang bercuti ke Negeri Perlis hari tu. Kalau korang nak tahu tempat menarik di Perli yang Maha kunjungi boleh baca kali post sebelum ini. Kali nak buat koleksi beberapa tempat makan yang menarik pula



Ada sesetengah tempat tu dah memang viral dan ramai orang selalu pergi bila sampai kat Perlis ni. Kami pun ambil kesempatan untuk mencuba makanan dan suasana makan di tempat yang dah viral tu. Mungkin ada banyak lagi tapi tak berkesempatan nak pergi semua. Sini ada enam tempat makan best dan viral di Perlis. Jom kita tengok

The Bunker Port Sarapan Pagi Bawah Flyover
Selepas pagi tu yang kami pergi bergambar kat Wang Kelian kami pun cari teruslah tempat untuk sarapan pagi sebab perut dan bekeroncong. Tak mandi tak apa yang penting perut kena isi dulu bagi kenyang. Kami pun pergi tempat yang dah popular dan viral ini iaitu The Bunker. Ia terletak di bawah flyover Jalan Arau tempat parking banyak bawah flyover tu jer. 


Masa kami sampai kedai ni memang penuh orang tempat duduk luar dan dalam semua ada orang waktu dalam lebih kurang pukul 8 macam tu. Kalau korang nak datang lagi awal. Kena tunggu sekejap dan akhirnya kami dapat juga tempat duduk untuk tujuh orang. Cara order menu kena tulis atas kertas pastu bagi pada pelayan nanti tahu-tahu makana dah sampai



Maha sangat puji service kat sini walaupun ramai tapi makanan memang cepat giler sampai tak tunggu lama pun. Satu-satu makana sampai daripada kami order Lempeng Kelapa dan Kuah Kari, kemudian Roti Arab pun ada juga, Roti Titab dan macam-macam lagi roti. Walaupun nama western makanan tempatan ada juga yer kat sini






Korang boleh order Nasi Lemak Telur Mata, Moi Berlauk a.k.a Bubur Nasi, Lontong dan macam-macam lagi. Kami juga order western breakfast seperti The Bunker Meat Ball, English Breakfast, Roti Bakar pelbagai perisa dan banyak lagi. Bila tengok balik menu yang kami order ni dah macam nak review jer tapi sebenarnya semua lapor nak makan. Alhamdulillah semua makanan sedap dan juga habis kami bedal






Cuma mungkin sikit boleh ditambah baik iaitu ada makanan yang dah sejuk dan keras macam roti tu. Boleh kot panaskan dalam microwave ker. Tapi apa pun makan sedap terbaik. Minuman pun semua Teh Ais, Kopi Ais, Jus Buah dan macam-macam lah. Makan pulak ramai-ramai sambil sembang-sembang tak sedar makanan dah habis. So terus kami gerak ke homestay nak check-in awal sebab nak mandi dan rehat-rehat kejap. 
Nasi Ayam Ketapang Jangan Under Estimate
Tiba masa untuk makan tengahari dan perut sekali lagi berbunyi lagu zapin lak. Mula-mula kami plan nak pergi kedai makan yang lain. Tapi mungkin bukan rezeki kedai tu pergi sahaja tutup sebab hari Jumaat dan waktu tengahari orang baru siap solat kot. Jadi kami pusing-pusing sepanjang Jalan Kaki Bukit nak cari mana kedai buka kami terus singgah



Mungkin Tuhan dah aturkan kami nampak kedai makan Nasi Ayam Ketapang jadi nampak ada ramai orang juga makan kami tak fikir panjang terus singgah. Ingat kedai makan ni biasa-biasa aja. Tapi kami silap silap yer. Kami nampak ada banyak rupanya gerai jualan kat dalam kedai yang menjual pelbagai makanan. Gerai Nasi Goreng, Gerai Cendol, Gerai Nasi Ayam dan banyak lagi ada yang tak buka



Jadi nak cepat kami order sekali semua sama iaitu Nasi Ayam. Sekali sampai perhhhh bau dah sedap. Bila masuk mulut tu memang padu beb nasi ayamnya, dengan daging ayam yang rangup dan berjus sedap gilerrr. Lepas tu sup ada sayuran pun ada semua lengkap. Bila makan habis sepinggan rasa nak tambah lagi tapi sebab nak cepat kami cukup apa yang ada





Minuman lak kami order Cendol nampak menyegarkan. Memang Cendol sedap dengan lemak santan dan juga sejuk menyegarkan tekak. Puas hati makan dan minum sini. Sebab tu Maha cakap jangan under estimate kedai macam ni ok. Rasa dulu baru tahu sedap. Kalau korang nak cuba boleh datang makan tengahari cuma hari Sabtu dan Ahad kedai ni tutup, dah macam office hour lah akak. Apa pun akak tokei kedai sangat ramah dan baik. Nanti kami datang lagi ok. Sedap akak terbaikkkk

Makan Malam Seafood Di Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis
Malam pula kami buat keputusan untuk makan makanan laut kerana ada orang kata kat Perlis makanan laut boleh tahan murah juga. Jadi kami cari dan jumpa restoran Api-Api Ikan Bakar Kuala Perlis. Tempat betul-betul tepi jeti Kuala Perlis dan masa kami sampai matahari tengah terbenam dengan pemandangan indah sangat. Kena datang awal sebab takut ramai orang penuh tempat ni popular juga tau




Bestnya kat sini nak masuk tu kena buat order dulu senang tak perlu nak kelam-kabut dan meraka akan bagi meja mengikut berapa orang yang nak makan. Abang yang ambil order situ memang sangat ramah dan membantu yer. Korang nak tahu makanan tu macam mana, rasa macam mana, dan harga makanan laut semua abang tu akan jawab. Jadi korang tak rasa risau memang mereka akan rekemenkan makanan ikan bakar ikut yang paling popular kat situ






Malam tu kami senang ambil yang set untuk tujuh orang makan jadi senang. Dalam set tu ada satu ekor ikan yang korang boleh pilih. Kami ambil Ikan Gerut yang saiz sederhana besar sebab nak tambah lagi seekor okan sikap stim. Ikan Gerut tu sedap masak bakar dengan sos hijau nama pun lupa korang tengok lah gambar. Seadp gilerrrr yer tak pedas dan bakar pun cukup rasa. Kemudian dalam set tu ada Sotong Goreng Tepung, ada Tomyam, ada Sayur Kailan, ada air minuman serta banyak lagi lupa dah



Kalau korang nak tambah makanan laut lain pun ada macam Belangkas, Mentaram dan macam-macam lagi yang pelik. Tapi ikut nasib ada hari ada masa kami datang ada tapi tak order lah. Kat sini pun service bagus dengan tempat bersih teratur dan juga makanan cepat sampai. Sampai pun makanan semua panas-panas dan fresh. Puas hati makan dan harga berpatutan. Maha rekemenlah untuk korang makan makanan laut kat sini terbaikk.. Lepas tu dah lewat malam tak balik homestay. Jalan-jalan bandar Bandar Kuala Perlis dan cari kopi hipster. 
Healing Lepak Lewat Malam Di Kafe Tenang
Punyalah malam tu nak perkena kopi kat Perlis gigih yer Google dan jumpa satu kafe yang viral kat TikTok. Mesti ramai kenal Kafe Tenang milik seorang anak muda yang hensem tu. Cari punya cari akhirnya nasib jumpa juga tepi jalan je, dan masa kami datang tak ramai orang hanya kami sahaja. Terkejutnya bila tengok kafe ni kecil jer dan sangat unik tempat serta dekorasinya



Walaupun tempat kecil digunakan segala sudut untuk hiasan yang minimalis dan juga menarik untuk jadi kafe hispter. Masa kami datang tuan kafe tiada tengah training bola kat Thailand kerana di mewakilan club di sana. Jadi kami pun order lah kopi yang rekomended kat sini iaitu Nutella Latte, Bisscott Latte dan Premium Choc. Tapi sedih sangat sebab semua tu dah habis waaaaa... Bukan rezeki kami nak rasa. Jadi orderlah kopi yang lain






Tapi not bad memang kopi sini sedap menarik dan juga dibrew dengan rasa yang unik. Pada tak minum kopi sangat macam Maha boleh order Teh atau juga Chocolate. Tapi kena cuba mereka punya pastri. Kar sini ada Donut, Croissant, Coffle dan macam-macam lagi. Boleh nak letak chocolate atau juga karamel. Kafe Tenang buka setiap hari kecuali hari Selasa tutup dari pukul 3.00 petang hingga 11.00 malam. Jadi port lepak malam-malamlah kan



Lepak kat depan kafe tu rasa healing sangat suasana sunyi dan sekali-sekala kedengaran kenderaan lalu buat rasa tenang jer. Sambil hirup kopi yang segar sejuk dengan angin yang bertiup halus jer. Bestlah Perlis ni ingat tak ada kafe hipster macam ni. Kata orang sini banyak juga yer. Untung siapa yang duduk sini jauh dari kesibukan dan juga boleh tenang fikiran. Nak datang lagi lah. Lepas habis lepak-lepak mengantuk terus balik homestay. Next day pula nak makan mana?

Sarapan Pagi Di Warung Tepi Sawah 2769
Ni port untuk sarapan pagi yang viral memang ramai orang tahu tempat ni. Masa kami sampai tu Masha Allah penuh orang sampai tempat duduk tak ada. Kena tunggu kejap nak cari meja. Nasib ada kat dalam warung tu tak lama lah tunggu tapi manusia ramai gilerrr. Korang kena pastikan betul yer kerana Warung Tepi Sawah ni ada dua satu lagi tempat lain yang kami pergi ni ada no 2769 tau. 


Sampai sahaja disambut dengan orang pakai costume beruang comel sangat melayan kedatangan kami. Nak bergambar bagi lah sumbangan kat dia ok. Bila nak cari makanan tu satu masalah lagi, bukan apa masalah terlalu banyak makanan tak tahu nak pilih mana satu. Pada yang suka makanan kampung boleh cuba mereka punya Roti Sarang Burung, Pulut Dengan Ikan Masin, Lempeng atau Roti Lenggang dengan Kuah Sardin, Peknga, juga ada Roti Puri makan dengan Kuah Kari. 



Pastu satu bahagian ada pula Nasi Lemak dan juga Nasi Berlauk, ada Mee Goreng dan Bihun Goreng. Pergi satu bahagian ada pula Sate pagi-pagi, juga ada cucur udang rangup dan juga ada macam celup-celup goreng tu perhhh memang rambang mata nak pilih mana satu. Jadi kerana terlalu banyak nak kena cuba kami ambil semua satu-satu nak rasa. Penuh meja dengan makanan. 






Bahagian minuman lain pula nak order memang macam-macam tapi korang kena cuba Teh Tarik Madu yang penuh buih kat atas tu perhhhh sedap manis gilerrr. Makan pula sambil mengadap sawah padi walaupun jauh tapi tenang nampak hijau jer. Sambil borang makan tak sedar semua makanan habis sekejap sahaja. 



Bila dah kenyang makan masa untuk OOTD kat tepi sawah Perlis tu wajib ok. Datang jauh-jauh kena bergambar, tapi masa kami datang padi tu baru tanam dan tidak menguning masak. Kalau tak mesti lagi cantik dan memukau mata memandang. Apa pun best sangat kat Perlis ni, makanan memang banyak tempat yang viral dan makanan sedap-sedap rupanya. Last sekali sebelum turun ke Ipoh petang tu kami singgah satu lagi kafe yang menarik dalam gua nak tahu habiskan baca sini ok

Kupi Kahfi @ Bukit Tau Mengopi Dalam Gua
Korang pernah ker minum lepak minum kopi dan makan dalam gua? Tak pernahkan, tapi kat Perlis ni ada yer. Kupi Kahfi namanya yang terletak di gua Bukit Tau Adventure Park. Tak besar pun gua ni kecil jer dan juga tempat parking banyak. Ia adalah gua batu kapur yang orang kampung buat tempat caari kapur. Kini boleh duduk dan minum serta makan roti kat dalam gua tu. Selalu kelawar jer yang duduk makan dalam gua kini orang pun dan makan dalam gua. 




Sampai situ ada gerai kecil kat luar gua yang menyediakan minuman popular kopi dan juga air sagat atau ABC orang kita panggil. Boleh order dan nanti mereka hantar makanan dan minuman kat mana kroang duduk. Tempat duduk pun guna kerusi healing jer hehehe. Ok lah menarik tapi masih kuat lagi bau tahi kelawar tu jadi kami duduk kat depan gua jer hehehehe





Kalau nak OOTD boleh lah masuk sampai dalam gua tak dalam tu dan ada disediakan lampu kat dalam tu jadi tak gelap. Dihiasakan dengan gambar dan tulisan lama-lama jadi nampak klasik lah gituwww. Kat luar tu tak silap ada ATV boleh main kat luar gua tak tahu berapa harga. Mungkin lepas ni akan ditambah lagi banyak aktiviti boleh buat kat situ. Tapi idea nak buat kafe untuk mengopi dalam gua sangat menarik baguslah. 



Habis semua tempat makan dari sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam, serta tempat mengopi semua kami pergi kat Perlis. Lepas ni kalau korang nak pergi tempat-tempat yang kami makan ni boleh sangat direkemenkan ok. Nanti kalau ada rezeki datang lagi boleh pergi tempat lain pula. Tahun 2024 ni adalah Tahun Melawat Perlis jadi kalau datang sana banyak aktiviti menarik mereka rancang. Apa pun terus bercuti dan dalam negara kerana negara kita banyak tempat menarik lagi. Selamat bercuti dan menikmati makanan semua









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/02/port-kedai-makan-yang-sedap-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Tempat Menarik Di Perlis Yang Maha Dan Kawan Kawan Pergi Bercuti Tahun Ni

Tempat Tempat Menarik Di Perlis Yang Maha Dan Kawan Kawan Pergi Bercuti Tahun Ni

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 243 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kali ni Maha nak kongsi kepada korang percutian dalam negara iaitu sebuah negeri yang paling utara semenanjung Malaysia Mana lagi ka...
Sarapan Warung Tepi Sawah Perlis Menjadi Pilihan Ramai

Sarapan Warung Tepi Sawah Perlis Menjadi Pilihan Ramai

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 239 hits
Sarapan Warung Tepi Sawah Perlis Percutian akhir 2023 dan awal 2024 kami sekeluarga kali ini ke utara Malaysia Hampir 10 tahun juga kami tak The post appeared first on
Sedap Rupanya Makan Epal Hijau Potong Dengan Perahan Lemon

Sedap Rupanya Makan Epal Hijau Potong Dengan Perahan Lemon

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 184 hits
Buah epal hijau ni memang kegemaran saya Suka gabungan masam manis dan rangup Selain makan begitu saja dah sedap suka juga makan Tapi tak selalulah kalau teringin baru campur asam boi Buah epal hijau rangup ni sedap juga ganti buah mangga P...
Ada Kelainan Perlis Negeri Ke 4 Wajibkan Tulisan Jawi

Ada Kelainan Perlis Negeri Ke 4 Wajibkan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 241 hits
Perlis menjadi negeri ke 4 yang mewajibkan tulisan jawi pada papan tanda premis perniagaan dan papan iklan bermula 1 Februari depan Kerajaan negeri paling utara di Semenanjung itu memutuskan semua permohonan baharu Tujuan untuk papan tanda ...
Proton X70 2024 Harga Terkini Pilihan Warna Varian Spesifikasi

Proton X70 2024 Harga Terkini Pilihan Warna Varian Spesifikasi

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 214 hits
Mengikut informasi peminat kereta tempatan Proton dijangka mengeluarkan facelift Proton X70 2024 yang baru namun tarikh sebenar pelancarannya masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Proton PROTON telah melancarkan Proton X70 2022 tela...
Pelancong Disaman Polis Diberi Pilihan Bayar Rm300 Di Balai Atau Rm100 Di Sini

Pelancong Disaman Polis Diberi Pilihan Bayar Rm300 Di Balai Atau Rm100 Di Sini

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 210 hits
Tular sebuah video memaparkan sepasang pelancong dari United Kingdom berkongsi video sepanjang perjalanan mereka bercuti di Malaysia sebelum disaman polis trafik kerana pandu lebih had laju Pelancong pandu lebih had laju Menerusi video dimu...
I Want Pretty Hair Travel Pack Pilihan Sa

I Want Pretty Hair Travel Pack Pilihan Sa

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum Entry kali ni SA x nak citer bab makan or makanan tapi SA nak citer tentang travel pack pilihan SA selalunya orang pergi travel memang akan bawak 1 bag yang penuh dengan toiletries sendiri kan x kan la tiap kali nak travel t...
Wanita Disahkan Maut Rebah Ketika Senamrobik Sempena Kempen Pilihan Raya

Wanita Disahkan Maut Rebah Ketika Senamrobik Sempena Kempen Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 164 hits
Seorang wanita dilaporkan maut selepas rebah ketika melakukan aktiviti senamrobik ketika menyertai kempen pilihan raya dalam kejadian di Surabaya Indonesia pada petang Rabu dailypost id Salah satu peserta meninggal dunia ketika sedang mengi...
Kiko Insa Jdt Adalah Pilihan Pertama Semua Orang Termasuk Pemain Baru Kamu

Kiko Insa Jdt Adalah Pilihan Pertama Semua Orang Termasuk Pemain Baru Kamu

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 192 hits
Sebuah tangkap layar memaparkan pendedahan sebenar perbualan antara Kiko Insa dan juga ejen yang difahamkan menguruskan pemain baharu Selangor FC Nooa Laine Pengumuman terbaru oleh The Red Giants menyaksikan pemain kelahiran Finland itu kin...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu