Palms Cafe Kopi Dulu Dan Madam Lee Nyonya Private Dining Menyajikan Makanan Istimewa Di Palm Garden Hotel Putrajaya


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Posting kali ni sambungan daripada staycation Maha dan kawan-kawan kat Palm Garden Hotel Putrajaya yang hujung minggu lepas. Kali ni nak cerita tentang makanan yang ada ditawarkan kat hotel yang baru sahaja  melakukan tranformasi besar-besaran daripada decorasi dan rekadalam hotelnya



Nampak lebih segar dan juga lebih menyerlah suasana sebuah hotel di bawah Portfolio Tribute. Juga tidak terlepas dengan perubahan yang berlaku kepada cafe yang ada di situ. Kat sini ada Palms Cafe yang sekarang diubah menjadi sebuah tempat makan yang mengetengahkan motif wau dan daun palma bagi manaikan mood untuk suasana tradisional kontemporari. Maha banyak kali juga datang makan sini dah bila lihat perubahan yang dibuat kali lebih rasa berselera nak makan





Kami yang duduk sini pakej malam bersama dengan sarapan pagi jadi kat sini lah sedianya sarapan pagi ala bufet. Menyajikan makanan tempatan dan juga makanan antarabangsa. Pagi bangun basuh muka dan gosok gigi dengan tak mandinya terus pergi sarapan kat sini. Waktu untuk sarapan dari pukul 6.30 pagi hingga 11.00pagi. 




Maha ni memang perut Melayu mestilah terjah mereka punya Nasi Lemak yang daru jauh dah bauh harum lemak nasinya. Juga ada Kuah Lontong, ada Sate, Roti Canai, Tosei, Capati dan macam-macam lagi lah. Kemudiah bahagian mee pun ada pagi-pagi yang suka sarapan mee sup panas boleh sediakan sendiri di ruang yang ada mee tu. 




Bagi yang makan sarapan English Breakfast kat sini pun ada juga bahagian yang menyajikan pelbagai jenis keju dan juga salad khas untuk yang masih berdiet. Bagi yang hanya makan pastri kat sini ada semua dihasilkan sendiri oleh chef mereka. Juga ada pizza pagi-pagi mana tahu ada orang Itali yang menginap kat sini hehehehe. Apa pun memang pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman untuk sarapan makan sampai kenyang sebab lepas tu nak buat aktiviti lasakkan





Hujung minggu juga mereka sediakan bufet untuk makan tengah hari kat Palms Cafe ini. Masa kami menginap tak makan luar sebab nak nikmati makan kat hotel. Puas hati makan sini best banyak pilihan sedap-sedap belaka. Rugi kalau makan kat luar walaupun dekat IOI City Mall tu banyak pilihan untuk makan tengahari tapi ramai orang sesak. Sini tenang jer dan nak makan pun selesa






Belah petang jangan lupa semua tetamu yang menginap di hotel ini disediakan sekali dengan minum petang yang terletak di Kopi Dulu. Ia adalah kafe kecil dengan konsep kafe tradisional kedai kopi zaman dulu-dulu. Kat sini boleh dapatkan minuman kopi pekat iaitu kopi kampung yang disediakan panas-panas. Minum dalam cawan yang sangat exclusive





Juga ada dihidangkan kuih muih untuk makan petang buat sampingan bersama kopi. Masa kami datang makan tu ada Pisang Goreng, ada Cekodok Pisang, ada Pulut Panggang dan Keropok Lekor. Tengok pada hari tu kuih apa yang ada. Ia unik sebab dihidangkan dalam piring yang susah nak dapat sekarang ni iaitu piring dengan motif hiasan Bunga Kangkung. Kalau jual kat luar ni mahal piring macam ni





Selain daripada dudul lepak minum kopi dan makan kuih muih, juga ada permainan tradisional yang tersedia di sini. Mainan seperti Dam Haji, Congkak dan juga Karom. Jadi dari buang masa asah bakat main mainan tradisional ni tengok siapa yang hebat. Susah nak dapat mainan macam ni hanya kat kedai kopi kampung-kampung sahaja ada permainan macam ni. Kadang-kadang leka boleh duduk berjam-rejam sampai bini pun duk cari tak balik rumah hehehe





Itu untuk makan petang tak kenyang lagi jangan bimbang kerana makan malam pun ada kat sini. Semasa kami menginap sini kami pergi cuba satu restoran yang telah diubah baharu dengan konsep baharu. Sekarang restoran ini dikenali sebagai Madam Lee Nyonya Private Dining. Ia ditempatkan berasingan daripada bangunan hotel utama kena jalan kaki sikit untuk ke restoran ni





Bestnya bila dah masuk sangat lain dan begitu penuh dengan hiasan nyonya kat dalam tu. Kena dengan konsep makanan kat restoran ni menyajikan makanan Baba Nyonya atau Peranakan yang telah digarap cara moden oleh chef. Malam hari tu kami makan kat sini dihidangkan dengan pelbagai makanan style dine-in. Dihidang satu persatu kepada kami daripada makanan berat kepada yang menjadi pencuci mulut



Maha tak ingat semua nama menu, yang ada kat restoran ini pembuka selera, ada Otak-Otak, Pie Tee dan Loh Bak. Nikmati sup yang enak seperti Itik Tim (Sayuran Masin dan Sup Itik), Sup Tauchu Ayam atau Bebola Udang dan Sup Maw Ikan. Untuk hidangan utama, nikmati pelbagai jenis seperti Rendang Ayam Peranakan, Ayam Goreng Inchi Kabin, Udang Sambal Petai, Udang Tamarind, Kapitan Sotong, Jiu Hu (Sotong) Char, Nyonya Curry Lamb dan banyak lagi. Puan Lee Nyonya juga akan mempunyai makanan laut pada harga bermusim seperti Kerapu Harimau, Lobster Boston, Ikan Merah dan Siakap. Ini tersedia semasa makan malam sahaja dan boleh disediakan secara kukus atau goreng dengan pilihan Nyonya, Assam Pedas atau Sos Soya Superior. 




Ada satu masakan yang sangat istimewa dan masih segar rasa masakan tu. Namanya Ayam Masak Buah Keluak, iaitu salah satu masakan yang sangat popular dikalangan Baba Nyonya. Buah Keluak ini adalah buah yang beracun kalau salah masak boleh buat mabuk. Jadi ada cara nak menyediakan masakan ini sehingga rasanya sangat unik dan menarik. Tengok rupa ada macam masak rendang tapi bila rasa ia ada masam dan manis. Itu sangat istimewa kat sini korang kena datang cuba






Juga last sekali kami dihidangkan dengan pencuci mulut Pulut Hitam. Ini pun special kat sini. Puas hati makan kat Madam Lee Nyonya Private Dining ini. Korang kalau menginap sini boleh cuba makan sini. Kalau tak menginap pun boleh jer makan kat restoran ini ia buka pada semua orang yang nak walk ini. Ia bukan untuk makan tengah hari dari jam 12.00tghari hingga 2.30petang. Manakala makan malam dari pukul 6.30petang hingga 10.00malam. Hari Isnin restoran ini tutup






Juga kat sini mereka ada sediakan ruangan makanan khas untuk tetami VVIP. Lebih exclusive dan tiada bercampur dengan orang lain. Bilik khas ini dihias cantik dan juga boleh order makanan yang ada kat restoran ini juga. Nak guna bilik tu kena booking awallah. Jika nak anjur acara yang lebih besar, kat sini boleh memilih untuk buat tempahan nak sambut Ulang Tahun, Sambutan Hari Lahir, Perjumpaan Keluarga dan lain-lain. Boleh berhubung terus ditalian 603 89432233 atau e-mel kulpt.sales @marriott.com untuk maklumat lanjut





Kemudian untuk tengah malam kalau masih nak lepak sampai lewat pagi keluar dari restaurant ini ada satu  Baba Bar. Ia adalah konsep bar terbuka yang diterangi dengan cahaya malam dan menghadap ke tepi kolam yang indah dan IOI Resort City. Sini boleh lepak minum-minum sampai lewat pagi hehehehe




Jadi bila duduk bermalam kat Palm Garden Hotel Putrajaya ini jangan risau bab makan memang sentiasa ada. Dah lah hotel berwajah baharu nampak lebih mewah dan gah, makan pula sedap-sedap kat sini. Nikmat apa lagi yang nak dinafikan. Buat orang yang travel urusan kerja sini lokasi yang Maha rekemenkan pada korang. Kalau yang datang luar KL bercuti atau ada kenduri kendara nak bermalam sini pun best dan sangat selesa. Next mana lagi nak pergi tunggu posting Maha seterusnya ok. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera. 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/02/palms-cafe-kopi-dulu-dan-madam-lee-nyonya-private-dining.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Palm Garden Hotel Putrajaya Kini Berwajah Baru Bercirikan Plantation Heritage

Palm Garden Hotel Putrajaya Kini Berwajah Baru Bercirikan Plantation Heritage

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 369 hits
Hi Korang Berstaycation memang menjadi hobi kak lily ketika ini bukan apa untuk melegakan rasa stress yang melanda dan juga menikmati kehidupan lain daripada yang lain di hujung minggu Kebetulan minggu lepas kak lily bersama rakan rakan ber...
A Rejuvenating Staycation At The Newly Renovated Palm Garden Hotel Putrajaya

A Rejuvenating Staycation At The Newly Renovated Palm Garden Hotel Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 350 hits
A Rejuvenating Staycation at The Newly Renovated Palm Garden Hotel Putrajaya All work and no play makes Rawlins a dull person and most probably a grumpy one too at times So in order to replenish the joy for work and to rejuvenate myself to ...
Wajah Baharu Hotel Palm Garden Putrajaya A Tribute Portfolio Menjadi Lokasi Hujung Minggu Maha Dan Kawan Kawan

Wajah Baharu Hotel Palm Garden Putrajaya A Tribute Portfolio Menjadi Lokasi Hujung Minggu Maha Dan Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 283 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Hari ni Maha nak kongsikan bagaimana caranya Maha dan kawan kawan habiskan hujung minggu untuk ghater ghater sambil release segala m...
Kami Hanya Lee Dohyun Jawab Jika Ada Nama Panggilan Istimewa Buat Kekasih Lim Jiyeon

Kami Hanya Lee Dohyun Jawab Jika Ada Nama Panggilan Istimewa Buat Kekasih Lim Jiyeon

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 203 hits
Pejam celik pejam celik sudah hampir setahun sejak Lee Do hyun dan Lim Ji yeon mengumumkan tentang hubungan mereka kepada umum ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini dalam satu temu bual Lee Do hyun ditanya jika terdapat perubahan yang dia alami sel...
Rambang Mata Dengan Variasi Makanan Buka Puasa Di Hard Rock Hotel Desaru

Rambang Mata Dengan Variasi Makanan Buka Puasa Di Hard Rock Hotel Desaru

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 311 hits
Rambang Mata dengan Variasi Makanan Buka Puasa di Hard Rock Hotel DesaruHARD ROCK HOTEL DESARU COAST SETS THE STAGE FOR RENTAK SELERAThe Islamic calendar s holiest month has begun afresh uniting Muslims all across the world in reflection an...
Hikayat Pentas Citarasa 7 Pahlawan Di Marriott Hotel Putrajaya Meraikan Ramadan Yang Bakal Tiba

Hikayat Pentas Citarasa 7 Pahlawan Di Marriott Hotel Putrajaya Meraikan Ramadan Yang Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 336 hits
Bermulanya kisahhhhhhh 7 Pahlawannnn membawa hidangan untuk santapan Tibeerrrrr Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan yang dikasihi sekalian Tiba mood klasik zaman dahulu kala mincul dalam fikir...
Murid Malu Keluarkan Makanan Tindakan Guru Ini Raih Pujian Netizen

Murid Malu Keluarkan Makanan Tindakan Guru Ini Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 178 hits
Tindakan seorang guru yang menghargai makanan dibawa salah seorang muridnya meraih pujian netizen di media sosial Menerusi sebuah hantaran video di Tiktok azfaizalaziz yang dipercayai merupakan seorang guru muridnya itu malu untuk mengeluar...
Sumber Makanan Yang Mengandungi Potassium Yang Tinggi

Sumber Makanan Yang Mengandungi Potassium Yang Tinggi

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 263 hits
Potassium boleh didapati banyak pelbagai makanan terutamanya buah buahan dan sayur sayuran Buah buahan kering Kacang lentil Kentang Labu Bayam dan brokoli Sayuran bit Avokado Pisang Cantaloupe Jus oren Air kelapa Tomato Susu dan produk tenu...
Buffet Ramadan 2024 Kemilau Ramadan Di Restoran Utara Hotel Armada Petaling Jaya

Buffet Ramadan 2024 Kemilau Ramadan Di Restoran Utara Hotel Armada Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa menarik di sekitar Lembah Klang iaitu di Hotel Armada PJ Mungkin ada yang pernah baca seb...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti