Wahai Peniaga Dalam Talian Tolonglah Jangan Menipu


' Che Pah '

Marhaba… Sejak kebelakangan ini penjualan dalam talian atau online sangat popular sekali. Tak menang tangan pengusaha produk mahupun penggendali khidmat penghantaran barangan melaksanakan tugasan.
Che Pah termasuk antara pelanggan yang begitu setia membuat pembelian melalui online. Pelbagai barangan Che Pah beli.
Semasa arahan PKP dilaksanakan, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja barangan yang Che Pah beli.
Dari barangan makanan, kelengkapan diri sehinggakan baja pokok tahi ayam pun Che Pah beli melalui online. Mudah dan cepat.
Antara barangan yang paling kerap Che Pah beli melalui online termasuklah kurma. Bukan apa , Che Pah ini peminat kurma. Setiap hari Che Pah akan bersarapan dengan kurma dan susu.
Ini menu sarapan pagi yang wajib buat Che Pah selain semangkuk bijirin oat. Dah tua tua ini kena banyakkan pengambilan serat, katanya.
Alhamdulillah sepanjang Che Pah membuat pembelian melalui online, tiada masalah yang Che Pah hadapi.
Sehinggalah baru baru ini Che Pah menghadapi sedikit kerumitan dengan tingkah seorang penjual kurma melalui sebuah pasar raya online yang terkenal di dalam negara kita ini.
Segalanya bermula apabila Che Pah berhasrat untuk membeli kurma yang sudah kehabisan di dalam peti ais.
Che Pah pun mula menggeledah laman jualan online terkenal ini. Che Pah kemudiannya tertarik dengan sejenis kurma serta harga yang ditawarkan.
Che Pah ini penggemar kurma rotab. Kurma ini lembut dan basah serta sesuai untuk dibuat air nabeez. Air nabeez ini ialah air rendaman kurma semalaman.
Ia bagus untuk sistem pencernaan kita. Kadang kala Che Pah campurkan beberapa biji kurma rotab ini ke dalam segelas susu kambing.
Ini biasa Che Pah lakukan apabila terasa lapar. Dari kita mengambil makanan yang tidak tentu khasiat , lebih baik kita ambil makanan yang tinggi kandungan vitaminnya.
Jadi apabila melihatkan harga kurma rotab yang boleh dikatakan jauh lebih murah dari penjual lain, Che Pah terus membuat tempahan.
Kali ini Che Pah ambil keputusan untuk membeli satu dozen terus. Dalam hati berkata, tidak perlulah Che Pah hendak ulang membeli. Jimat duit pos.
Alhamdulillah tidak berapa lama selepas membuat tempahan, penjual kurma terus menjawap tempahan Che Pah serta mengucapkan terima kasih atas pembelian Che Pah..
Dia menjelaskan akan membuat penghantaran secepat mungkin.
Che Pah sebagai pembeli tentu rasa seronok dengan kepantasan menjawap serta kemesraan penjual seperti ini.
Selang dua hari, kurma yang Che Pah tempah itu pun sampai. Wah, ini sudah bagus, kata hati Che Pah. Pastinya penjual ini boleh dipercayai, getus hati Che Pah.
Tanpa menunggu lagi, Che Pah terus membuka kotak tersebut lantas mengeluarkan sekotak kurma untuk Che Pah lihat kualiti kurma.
Secara zahirnya, Che Pah lihat kurma masih dalam keadaan baik. Perkara kedua Che Pah buat ialah memeriksa tarikh luputnya.
Alangkah terperanjatnya Che Pah kala terpandang tarikh luput yang terpampang pada kotak kurma.. Tarikh luputnya ialah pada 1.8.2020. Che Pah menggosok mata beberapa kali.
Manakan tidak terperanjat. Che Pah terima kurma kurma tepat pada 17.7.2020.Ini bermakna Che Pah hanya ada masa kurang dua minggu untuk menghabiskan satu dozen kurma.
Mana mungkin Che Pah habiskan kurma sebanyak itu. Takkan nak masak asam pedas masuk kurma, kari kurma atau mee bandung kurma kot demi nak menghabiskan satu dozen kurma sebelum tarikh luputnya.
Che Pah lantas mengambil sebiji kurma. Kurma sudah kering dan kecut. Ia sepatutnya basah dan lembut. Maklum, ia mula diproses pada 1.8.2018.
Bagi Che Pah ini sebuah kes penganiayaan serta penipuan terhadap pelanggan. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan.
Lantas Che Pah terus menghantar mesej kepada penjual. Tidak berapa lama kemudian dia menjawab.
Malangnya tiada langsung permohonan maaf seperti yang Che Pah harap. Penjual hanya men jelaskan bahawa itu kesalahan pihak kilang dan bukan kealpaan dia.
Penjual kurma itu juga menjelaskan itulah sebab mengapa dia memberi harga yang murah kepada kurma yang dijualnya
Kemudian dia meminta Che Pah meletak kurma tersebut di dalam ruang sejuk beku agar ia lebih tahan lama.
Adakah ini jawapan yang diharapkan oleh seorang pembeli seperti Che Pah?
Che Pah sedikit hampa dengan jawapan penjual kurma ini. Namun untuk marah itu bukan gaya Che Pah. Che Pah lebih menjurus kepada sikap menasihati. Apatah lagi penjual itu seorang Melayu/Muslim.
Lantas Che Pah membalas mesej penjual tersebut. Che Pah jelaskan sesuatu yang nyata namun mungkin sedikit pedih sehingga menusuk ke jiwa.
Che Pah jelaskan kepada dia, sebagai usahawan Islam perkara pertama yang wajib ada ialah sikap jujur.
Jika mahu menawarkan harga murah bagi dagangan kita, kita harus menyebut mengapa kita berbuat demikian. Adakah kerana ia sudah sedikit rosak pembungkusannya atau menghampiri tarikh luput.
Sertakan sebab. Jadi pembeli tahu mengapa dan terpulang kepada pembeli untuk membuat pertimbangan.
Jika seorang penjual menyembunyikan fakta ini semata mata kerana takut rugi dan barang tidak laku dek tarikh luput yang semakin dekat, itu bukan satu perbuatan yang jujur.
Itu dikatakan sebagai menipu pelanggan. Anda bukan sahaja akan kehilangan sebuah kepercayaan dari pelanggan, malah hilang keberkatan dalam mencari rezeki.
Apabila diperlakukan sebegini, Pastinya Che Pah sudah hilang kepercayaan kepada dia. Dia sudah rugi kerana hilang seorang pelanggan.
Che Pah masih ingat pesan nenek yang Che Pah panggil Emak. Emak selalu menasihati Che Pah. Kata Emak, dalam hidup ini kejarlah berkat dan bukannya kaya.
Jika berkat, duit 10sen boleh jadi RM1 kata Emak. Dek kerana berkat nilainya boleh jadi berganda ganda.
Salah satu cara mencari rezeki yang berkat ialah dengan bersikap jujur dan amanah. Jauhkan dari menipu dalam berniaga. Kaya macam mana pun, jika tak berkat duit akan berada sekejap saja dalam kantung kita selepas itu ia akan berlalu pergi.
Akhirnya Che Pah ambil keputusan untuk memulangkan semula kurma tersebut.
Prosedurnya bukan mudah. Walau pihak penggendali jualan online ini telah menyediakan kemudahan pos secara percuma menggunakan khidmat Poslaju, ia masih merenyahkan kita sebagai pembeli.
Apatah lagi kita hanya diberi masa tiga hari sahaja untuk menyelesaikan proses penghantaran semula sebelum duit kita dipersetujui oleh penjual untuk dipulangkan semula.
Setelah wang Che Pah dikembalikan, penjual kurma cuba mengambil hati dengan menghantar voucher potongan harga untuk membeli produk jualan mereka.
Awak rasa Che Pah ada masa untuk membeli lagi dengan mereka? Setelah kepercayaan Che Pah disiat siat dan harapan tinggal harapan?
Ini nasihat ikhlas Che Pah buat usahawan terutama Islam/Melayu. Tolonglah bersikap jujur, amanah serta bertanggungjawab dalam berniaga.
Ikuti contoh Rasulullah SAW. Saidatina Khadijah terpikat dengan Rasulullah bukan kerana ketampanan Rasulullah semata mata.
Akan tetapi Sayidatina Khadijah sebenarnya terpesona dengan kejujuran yang terpancar dalam diri anak muda berusia 25 tahun ini Ini kerana kejujuran Baginda dalam menguruskan perniagaannya.
Teladan ada di depan kita. Masihkah kita mahu berbohong dalam berniaga? Rugi sekotak kurma tak terbanding rasanya dengan kehilangan kepercayaan seorang pelanggan.
Juga mampukah kita nanti menjawap persoalan Ilahi di padang timbang tara nanti? Mahu berbohong lagi waktu itu? Maaf.. Mulut waktu itu telah luput tarikhnya. Anggota lain pula yang akan berkuasa. Mengambil tempat dan berkata benar semata mata.
Wahai usahawan Islam/Melayu bangkitlah dengan sifat jujur dalam berniaga. Usah difikirkan laba semata mata. Laba itu sekadar untuk dunia.
Pinggirkan rasa tamak untuk kaya. Kaya dalam menipu tiada memberi makna. Bakal kusut hidup akhirat dan dunia.
Sebagai pembeli Che Pah sudah menjalankan tanggung jawab dengan menasihati. Andai waktu itu penjual masih berdegil, maka ke Tribunal Pengguna jawapnya bertemu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/wahai-peniaga-dalam-talian-tolonglah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Berubahlah Jangan Lagi Diperbodoh Orang Politik

Pru 15 Berubahlah Jangan Lagi Diperbodoh Orang Politik

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 256 hits
BANGI 4 Zulhijjah 1441H Sabtu Sudah tiba masa minda rakyat sebagai pengundi berubah ke arah yang lebih matang dan bukan lagi sebagai pak turut demikian kata Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia Haji Rashidi Haris Be...
Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak Ada 12 Tanda Anak Alami Alahan Telur

Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak Ada 12 Tanda Anak Alami Alahan Telur

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 317 hits
Adakah anak yang mempunyai alergi protein telur akan mengalami ruam pada badan dan muka Ini 12 tanda anak alergi makanan yang ibu bapa perlu tahu Jom periksa si manja sekarang Memahami masalah alergi protein telur Alahan telur atau alergi p...
Rohingya Jangan Sampai Pijak Kepala

Rohingya Jangan Sampai Pijak Kepala

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Lambakan pelarian Rohingya sama sekali tidak boleh dipandang mudah kerana setiap daripada mereka mampu memberi ancaman kepada rakyat di negara ini Sekadar membayangkan jika ada antara pelarian ini pernah terbabit dengan aktivit...
Apa Habaq Syafie Jangan Cari Anwar Ya

Apa Habaq Syafie Jangan Cari Anwar Ya

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 195 hits
Piee Afdal apa habaq pagi ni Kepong adun adun jangan terlepas pandang Lupakanlah hajat jadi PM tu jawatan sendiri pun hampir melayang Masa orang ajak kau TUBUH KERAJAAN PH WARISAN kau ikut atok saka tu sekarang kerajaan engkau hampir lenyap...
Jangan Alpa Covid 19 Masih Aktif Di Malaysia

Jangan Alpa Covid 19 Masih Aktif Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 452 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat sahabat semua Rasanya kes baharu makin menaik pada hari ini 25 Julai 2020 ada kes baharu berjumlah 23 kes baharu dan kalau tidak silap Naim ada penambahan kluster yang baharu Ini membuat rasa...
10 Jenis Jangan Dalam Bercinta Kelak Merana Bagai Tak Lalu Makan

10 Jenis Jangan Dalam Bercinta Kelak Merana Bagai Tak Lalu Makan

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 335 hits
CINTA TIDAK BUTAJika kita masih muda dan sedang bercinta sila jaga perilaku kita Ini Bukan Perkara Olok Jangan lakukan ini jika kita nak hidup lama
Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 393 hits
Bermula pada 1 Ogos 2020 masyarakat perlu lebih berjaga jaga dan menitikberatkan tentang pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat tempat awam yang sesak selepas diwajibkan oleh kerajaaan untuk membendung daripada jangkit...
Setiap Hari Jangan Lupa Doakan Untuk Anak Ringkas Pun Tak Apa Yang Penting Niat

Setiap Hari Jangan Lupa Doakan Untuk Anak Ringkas Pun Tak Apa Yang Penting Niat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 321 hits
Mendidik anak mempunyai sikap positif sudah pastinya bermula di rumah Anak yang diasuh dengan baik akan mempunyai jiwa yang halus iaitu jiwa yang peka akan perasaan orang lain dan persekitaran Justeru Islam menggalakkan ibu bapa mendidik an...
Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 264 hits
Dari Dr Noor Hisham Semoga kita ambil maklum tentang keadaan semasa COVID 19 24 Julai 2020 Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan hari ini 5 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 3 warganegara Ma...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia