Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati





Dari Dr Noor Hisham Semoga kita ambil maklum tentang keadaan semasa.COVID-19, 24 Julai 2020:Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 5 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 3 warganegara Malaysia dan 2 bukan warganegara. 5 kes import tersebut adalah dari negara:• Singapura (1 kes);• Australia (1 kes); • Filipina (1 kes); • Pakistan (1 kes); dan• Qatar (1 kes).Daripada 16 kes penularan di dalam negara, 13 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 3 kes adalah di kalangan bukan warganegara.Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (3 kes) adalah seperti berikut:• Johor: satu (1) kes daripada Kluster Warga Emas Kluang;• Pahang: dua (2) kes daripada Kluster Elsa.Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (13 kes) pula adalah seperti berikut:• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 2 kes daripada Kluster PUI Ramnad;• Selangor: 1 kes daripada Kluster PUI Al Khobar;• Johor: 1 kes daripada Kluster Warga Emas Kluang;• Pahang: 1 kes daripada Kluster Elsa;• Sarawak: 8 kes daripada Kluster Sentosa.Terdapat 5 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU di mana 2 kes memerlukan bantuan pernafasan. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).3 KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INIKKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga buah kluster baharu yang telah dilaporkan pada hari ini, iaitu:1. Kluster ElsaKes indeks kluster ini adalah seorang bukan warganegara (iaitu kes ke-8839) yang merupakan seorang krew kapal. Beliau mempunyai sejarah perjalanan menaiki kapal terbang dari Filipina dan transit di Korea. Beliau telah masuk ke Malaysia pada 16 Julai 2020 untuk mula bekerja. Saringan COVID-19 di Filipina pada 14 Julai 2020 dilaporkan negatif. Beliau kemudiannya menaiki kapal terbang ke Kuantan dan bermalam di sebuah hotel di sana, sebelum dibawa ke kapal untuk menjalani kuarantin di atas kapal setelah mendapat kelulusan Jabatan Laut. Lima hari kemudiannya iaitu pada 20 Julai 2020, beliau mula mengalami gejala. Beliau dikesan positif pada 22 Julai 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.Setakat ini seramai 108 kontak rapat telah disaring di mana 3 dikesan positif COVID-19 (yang melibatkan 2 bukan warganegara dan 1 warganegara), 48 negatif dan 57 masih menunggu keputusan.2. Kluster PUI RamnadKes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah pulang ke Malaysia dari negara India pada 6 Julai 2020 (iaitu kes ke-8817). Saringan COVID-19 di KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan mula mengalami gejala ringan pada 19 Julai 2020. Saringan hari ke-13 HSO didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.Setakat ini seramai 18 orang kontak rapat telah disaring dan mereka terdiri daripada 6 ahli keluarga dan 12 penumpang pesawat. Daripada jumlah ini 2 dikesan positif COVID-19 (iaitu kedua-dua adalah ahli keluarga kes indeks), 13 negatif dan 3 masih menunggu keputusan.3. Kluster PUI Al KhobarKes indeks kluster ini merupakan seorang warganegara Malaysia yang telah pulang ke Malaysia dari negara Arab Saudi pada 10 Julai 2020 (iaitu kes ke-8803). Saringan COVID-19 di KLIA didapati negatif. Beliau telah menjalani HSO bersama 5 orang ahli keluarga di rumah keluarga mereka, di mana kelima-lima mereka ini juga telah pulang dari Arab Saudi bersama kes indeks menaiki pesawat yang sama. Namun rumah keluarga tersebut turut didiami oleh 2 orang ahli keluarga yang lain. Kes indeks mula mengalami gejala pada 18 Julai 2020 dan dikesan positif COVID-19 pada 20 Julai 2020. Susulan itu, 7 orang ahli keluarga beliau telah disaring di mana 1 dikesan positif COVID-19 (beliau tidak pulang dari Arab Saudi) dan 6 negatif.Ingin dimaklumkan bahawa ketiga-tiga kluster ini adalah merupakan penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import. KKM menggesa pengembara yang telah pulang ke Malaysia dan sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah untuk mematuhi sepenuhnya kepada syarat yang telah ditetapkan. Begitu juga ahli keluarga kepada individu di bawah HSO juga perlu turut patuh dengan memastikan terdapat penjarakan yang selamat dengan individu yang menjalani HSO. Individu yang didapati melanggar perintah ini akan dikenakan tindakan.KKM menyeru kerjasama semua pihak adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/07/semua-rakyat-malaysiaanda-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemungkinan Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Tetap Ada Jika Rakyat

Kemungkinan Gelombang Ketiga Covid 19 Di Malaysia Tetap Ada Jika Rakyat

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 253 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan tsunami atau gelombang ketiga COVID 19 boleh berlaku di Malaysia jika rakyat tidak patuh dengan prosedur operasi standard yang ditetapkan Malah katanya kewujudan kl...
Covid 19 47 Rakyat Malaysia Selamat Pulang Dari Arab Saudi

Covid 19 47 Rakyat Malaysia Selamat Pulang Dari Arab Saudi

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 241 hits
PUTRAJAYA 17 JULAI Empat puluh tujuh rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid 19 selamat pulang ke tanah air hari ini dari Arab Saudi kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar Beliau berkata proses kepulangan mereka dimud...
Agong Titah Rakyat Jangan Sambil Lewa Alpa Dalam Pematuhan Sop Bendung Covid 19

Agong Titah Rakyat Jangan Sambil Lewa Alpa Dalam Pematuhan Sop Bendung Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 289 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa dan alpa dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard yang ditetapkan keraja...
Jangan Alpa Covid 19 Masih Aktif Di Malaysia

Jangan Alpa Covid 19 Masih Aktif Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 405 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada sahabat sahabat semua Rasanya kes baharu makin menaik pada hari ini 25 Julai 2020 ada kes baharu berjumlah 23 kes baharu dan kalau tidak silap Naim ada penambahan kluster yang baharu Ini membuat rasa...
40 Jemaah Tabligh Rakyat Malaysia Kembali Dari India

40 Jemaah Tabligh Rakyat Malaysia Kembali Dari India

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 274 hits
PUTRAJAYA 23 JULAI Seramai 40 jemaah tabligh rakyat Malaysia termasuk dua yang telah selesai kes perbicaraan di Saharanpur Uttar Pradesh selamat tiba di tanah air semalam dari India kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar Beliau ...
Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 334 hits
Walaupun tiada sidang media harian berkenaan perkembangan Covid 19 di televisyen pada hari ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memuat naik laporan berhubung pendemik tersebut di media sosial Setakat hari ini jumlah kes sembuh dan...
Insan Terpilih Rakyat Malaysia Tak Sangka Dapat Tunai Haji Masa Covid 19

Insan Terpilih Rakyat Malaysia Tak Sangka Dapat Tunai Haji Masa Covid 19

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 347 hits
Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan wabak Covid 19 Menurut laporan Alhijrah Online wanita berusia 38 ...
Covid 19 Kembali Membimbangkan Di Malaysia

Covid 19 Kembali Membimbangkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 188 hits
PERKEMBANGAN SEMASA COVID 19 MEMBIMBANGKAN1 nbsp nbsp nbsp Situasi COVID 19 kebelakangan ini didapati membimbangkan kerana jumlah kes harian yang dilaporkan didapati terus meningkat terutamanya kes penularan di dalam negara Sebelum ini juml...
Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

15 Timeless Rustic Shed Designs With Unmatched Outdoor Versatility



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Fashion Forward Styling Tips For Incorporating Shapewear Into Your Outfits

Buasir Otak Tv Bahasa Malaysia Jadi Ibu English Jadi Daddy Be Like

Cerita Aidilfitri 2024 Teamrayakedah

Resepi Ayam Masak Lemak Tak Pedas

Skeletal Remains Found At Abandoned Teachers Quarters In Membakut

Ex Judge Urges Govt To Apologise For Ops Lalang