Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025


 

Kuala Lumpur: Pasukan memanah berkuda Malaysia meraih tiga pingat emas dalam Global Horseback Archery Masters 2025 di Honghuashan Sports Centre, Shenzhen, China.
Kejayaan cemerlang pada kejohanan 10 hingga 13 Disember lalu itu dimulakan dalam Kategori Junior apabila Abu Bakr Muhamad Akmal, 13, muncul juara dan meraih pingat emas bagi Serial Format.
Manakala abangnya, Muhammad, 15, selaku kapten pasukan, memenangi pingat perak dalam kategori sama.
Dalam Hungarian Format, Abdurrahman Ahmad Mu'az, 15, menghadiahkan pingat perak buat negara, sementara Muhammad menambah koleksi pingat dengan meraih gangsa.
Dominasi Malaysia diteruskan dalam acara Masahi Format apabila pasukan negara berjaya menewaskan pencabar dari pelbagai negara untuk merangkul pingat emas, sekali gus mengesahkan keunggulan mereka dalam acara berpasukan.
Prestasi konsisten atlet negara turut terserlah dalam Kategori Terbuka apabila Abdurrahman sekali lagi menaiki podium dengan memenangi pingat perak dalam Hungarian Format, manakala Abu Bakr menambah pingat gangsa dalam Serial Format.
Kapten pasukan, Muhammad berkata, kejayaan itu menjadi pembakar semangat buat dirinya dan rakan sepasukan untuk terus mencipta nama di peringkat dunia.
Menurutnya, kejohanan berkenaan mempertandingkan dua peringkat umur iaitu junior (11 hingga 16 tahun) dan terbuka, selain tiga format utama iaitu Serial, Hungarian dan Masahi yang masing-masing mempunyai cabaran tersendiri.
"Serial format memerlukan atlet memanah tiga sasaran, Hungarian pula menuntut ketepatan dari jarak jauh sejauh 45 meter, manakala Masahi adalah acara berpasukan yang memerlukan kerjasama untuk menjatuhkan lima papan sasaran," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, hari ini.
Muhammad mengakui persaingan sengit dengan kehadiran atlet elit dari Mongolia, China dan Turki, selain faktor cuaca sejuk dan hujan yang turut menguji kemampuan atlet.
Sementara itu, jurulatih pasukan, Muhamad Akmal Mohamad Dahalan berkata, cabaran terbesar atlet Malaysia untuk bersaing di peringkat dunia adalah dari segi kos, khususnya perbelanjaan latihan dan penjagaan kuda.
"Dalam memanah berkuda, bukan hanya atlet yang perlu dilatih, kuda juga adalah atlet yang memerlukan penjagaan rapi, makanan, rawatan dan latihan berterusan.
"Kami terpaksa menggunakan simpanan sendiri termasuk menjalankan pelbagai usaha sampingan termasuk perniagaan kecil bagi menampung perbelanjaan pasukan.
"Namun Alhamdulillah, dengan pengorbanan semua pihak, kita berjaya membuktikan bahawa Malaysia kini berada di puncak dunia. Nama Malaysia sudah mula disebut-sebut dalam kalangan jurulatih dan pemanah berkuda antarabangsa," katanya.
Mengulas perancangan masa depan, beliau berkata, pasukan negara menyasarkan kejohanan utama pada 2026 termasuk World Horseback Archery Championship di Mongolia dan World Nomad Games di Kazakhstan.
"Persaingan dijangka lebih sengit terutama dengan kehadiran kuasa besar seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun kami yakin mampu bersaing jika mendapat sokongan dari segi penajaan, latihan dan logistik," katanya.
Kejohanan Global Horseback Archery Masters 2025 itu mendapat pengiktirafan rasmi World Horseback Archery Federation (WHAF) dan disertai lebih 70 atlet dari China, Kazakhstan, Turki, Iran, Iraq, Thailand, Indonesia, Mongolia dan Korea Selatan.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi perhatian dan sokongan dana kepada sukan sunnah berkenaan.
Artikel oleh: Harian Metro
MALAYSIA RANGKUL 3 EMAS SUKAN MEMANAH BERKUDA DI CHINA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/12/1303306/malaysia-rangkul-3-emas-sukan-memanah-berkuda-di-china


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2025/12/malaysia-rangkul-3-emas-sukan-memanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tutup Tirai Sukan Sea 2025 Dengan Emas Sepak Takraw Lelaki

Malaysia Tutup Tirai Sukan Sea 2025 Dengan Emas Sepak Takraw Lelaki

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 121 hits
Malaysia Tutup Tirai Sukan SEA 2025 Dengan Emas Sepak Takraw Lelaki Malaysia mengakhiri temasya sukan SEA Thailand 2025 dengan penuh manis apabila skuad sepak takraw negara berjaya meraih pingat emas acara regu lelaki pada hari terakhir kej...
Jadual Harian Atlet Malaysia Di Sukan Sea Thailand 2025

Jadual Harian Atlet Malaysia Di Sukan Sea Thailand 2025

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 229 hits
Temasya Sukan SEA 2025 akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025 di Thailand Untuk edisi kali ini Kontinjen Malaysia maembawa penyertaan 1 142 atlet melibatkan 459 acara merentasi semua 50 jenis sukan yang dipertandingkan Berikut jadu...
Sukan Sea 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

Sukan Sea 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 149 hits
Sukan SEA 2025 Pearly Thinaah Rangkul Emas Beregu Badminton Wanita Penantian selama 10 tahun berakhir hari ini apabila gandingan beregu wanita negara Pearly Tan dan M Thinaah berjaya meraih pingat emas pertama buat kem badminton negara pada...
Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

Trio Basikal Trek Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas Dan Pecah Rekod Kebangsaan Di Sukan Sea 2025

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 135 hits
Bangkok Thailand rio berbasikal trek negara yang terdiri daripada Mohd Akmal Nazimi Jusena Muhammad Fadhil Mohd Zonis dan Muhammad Ridwan Sahrom mencatat pencapaian gemilang dalam Sukan SEA 2025 apabila berjaya menjuarai acara pecut berpasu...
Sukan Sea 2025 Jonah Sambar Emas Cipta Rekod Baharu Temasya

Sukan Sea 2025 Jonah Sambar Emas Cipta Rekod Baharu Temasya

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 151 hits
Sukan SEA 2025 Jonah Sambar Emas Cipta Rekod Baharu Temasya BANGKOK 13 Dis Jaguh lontar peluru lelaki negara Jonah Chang Rigan berada dalam kelas tersendiri selepas menyambar pingat emas dan memecahkan rekod temasya pada Sukan SEA Thailand ...
Pereka Muda Malaysia Hidupkan Warisan Budaya Menang Anugerah Emas Ayda 2025

Pereka Muda Malaysia Hidupkan Warisan Budaya Menang Anugerah Emas Ayda 2025

papar berkaitan - pada 22/12/2025 - jumlah : 84 hits
Dua pereka muda Malaysia menonjol di pentas antarabangsa dengan mengangkat budaya tempatan melalui rekaan berfokus komuniti Michelle Vun Yi Ling dan Xu Yinghai membawa pulang Anugerah Emas Asia Young Designer Awards 2025 menghidupkan kembal...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 996 hits
Jadual Sukan SEA 2025 menjadi rujukan utama peminat sukan tanah air untuk mengikuti aksi hebat Team Malaysia di Bangkok Chonburi dan Songkhla Dengan lebih 50 sukan dipertandingkan sepanjang temasya berlangsung dari 9 hingga 20 Disember 2025...
Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

Misi Utama Malaysia B 23 Menghadapi Vietnam Dalam Sukan Sea 2025

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 206 hits
Misi Utama Malaysia B 23 Dalam Menghadapi Vietnam Di Sukan SEA 2025 Skuad Malaysia B 23 sedang bersiap sedia untuk menghadapi pertemuan penting yang akan menentukan kemaraan mereka ke separuh akhir Sukan SEA 2025 di Thailand Bawah pimpinan ...
Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 168 hits
TERKINI Malaysia akhirnya menamatkan penantian selama 34 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas acara regu berpasukan sepak takraw selepas menewaskan musuh tradisi Thailand dengan keputusan 2 1 Kali terakhir emas acara ini menjadi mili...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Hantu Penat Dah Lari Ikut Kawan Kawan Dia Kat Taman Bunga

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

The Profound Benefits Of Reading Books

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Syukur Alhamdulillah

Berkaitan Keputusan Najib

Eur Usd Duit Pintar Isyarat Menaik Baharu Untuk Euro