Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026


Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026
Selepas pelancaran rasmi refreshed XC60 dan EC40 variant single motor baru-baru ini, Volvo Car Malaysia kini mengumumkan kemas kini penuh untuk semua model tahun 2026.
Chris Wailes, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkongsi: “Dengan pengenalan refreshed XC60 dan tambahan varian single motor untuk EC40, kami memperkukuh barisan produk kami bagi memberi lebih banyak pilihan sesuai dengan gaya hidup pelanggan di Malaysia.
“Menjelang tahun 2026, fokus kami kekal pada penyampaian terbaik daripada Volvo – kereta yang menggabungkan keselamatan, prestasi, dan kelestarian.
“Lebih menarik, kami juga sedang bersedia untuk satu pencapaian besar dengan ketibaan sedan elektrik penuh pertama kami di Malaysia.”
XC60 Refreshed
XC60 refreshed yang diperkenalkan bulan lalu kini tampil dengan beberapa pembaharuan – termasuk rekaan gril depan baharu yang lebih sporty dan elegan, sistem suspensi udara serta teknologi terkini yang lebih intuitif.
Harga rasmi XC60 refreshed adalah seperti berikut:
XC60 T8 AWD plug-in hybrid – bermula dari RM362,8881 XC60 B5 AWD mild hybrid – bermula dari RM328,8881 XC60 T8 AWD PHEV mampu dipandu sehingga 89 km secara elektrik penuh2 (WLTP) – sesuai untuk perjalanan harian tanpa emisi, hantar anak ke sekolah atau urusan dalam bandar.
Dengan lebih 450Nm tork, ia gabungkan prestasi dan kecekapan dalam satu pakej. Sementara itu, XC60 B5 mild hybrid pula menawarkan pemanduan lebih mudah tanpa perlu dicas.
EC40 Single Motor
Untuk model tahun 2026, Volvo EC40 – SUV crossover elektrik penuh pertama Volvo – kini hadir dengan varian single motor pada harga RM248,8881.
Varian baharu ini ditawarkan eksklusif dalam spesifikasi Ultra, dipacu motor elektrik belakang 175 kW (238 hp) hasil pembangunan dalaman Volvo.
Ia memecut 0–100 km/j hanya dalam 7.3 saat. Dengan bateri 70 kWh, ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 488 km (WLTP) dan menyokong pengecasan pantas DC dari 10–80% hanya dalam masa 26 minit3.
Warna luaran baharu Sand Dune, diinspirasikan daripada pesisir pantai barat Sweden, turut ditawarkan bersama pilihan warna sedia ada iaitu Aurora Silver, Onyx Black dan Crystal White.
XC90 Serba Baharu
SUV keluarga flagship Volvo, XC90, kini juga hadir dengan warna luaran baharu Aurora Silver, melengkapi pilihan Onyx Black, Denim Blue, dan Crystal White.
Model ini ditawarkan dalam dua pilihan rangkaian kuasa – T8 plug-in hybrid dan B5 mild hybrid – kedua-duanya menggunakan enjin 2.0 liter dipadankan dengan transmisi Geartronic lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD).
Harga XC90 Ultra T8 ditetapkan pada RM434,8881 dengan gabungan kuasa maksimum 462 hp dan 709 Nm tork, serta penggunaan bahan api serendah 1.8 liter/100 km.
Sementara itu, XC90 Ultra B5 pula berharga RM418,8881 dengan output maksimum 249 hp dan 350 Nm tork.
Kedua-dua varian ditawarkan dengan spesifikasi Ultra yang merangkumi paparan tengah 11.2 inci dengan sistem UX generasi baharu Volvo Cars, paparan pemandu 12.3 inci, head-up display, Pilot Assist generasi baharu dengan cruise control adaptif, kamera 360 darjah, sistem audio premium Bowers & Wilkins, tempat duduk depan berkuasa dengan fungsi ventilasi, memori dan sokongan lumbar empat arah, bumbung suria panorama dengan tirai elektrik serta sistem pendingin hawa empat zon.
Antaramuka Pengguna Generasi Baharu
Melengkapi barisan model tahun 2026 ialah pengenalan Volvo Car UX, antaramuka pengguna generasi baharu jenama ini.
Ditawarkan secara standard untuk semua model global tahun 2026, sistem ini tampil dengan tata atur menegak pada skrin tengah, butang lebih besar serta pintasan dinamik – seperti akses pantas ke mod pemanduan ketika mula menghidupkan enjin atau butang kamera 360 darjah ketika memperlahankan kenderaan untuk parkir.
Uji Pandu Sekarang
Dengan kemas kini 2026, Volvo Car Malaysia memperkenalkan barisan SUV khusus untuk pelanggan Malaysia. Bermula dengan EX30 yang lincah, XC40 B5 yang popular, diikuti EC40 elektrik penuh dalam versi Single dan Twin Motor.
Untuk keluarga, XC60 dan XC90 kekal sebagai pilihan utama dengan plug-in hybrid (T8) dan mild hybrid (B5). Menyempurnakan barisan ialah EX90 – kereta paling selamat pernah dihasilkan oleh Volvo.
Semua model Volvo kini boleh didapati di bilik pameran rasmi Volvo seluruh negara. Pelanggan yang berminat boleh menempah sesi pandu uji melalui laman web Volvo Car Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG.
The post Volvo Umum Kemas Kini Untuk Barisan Model Tahun 2026 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/21/volvo-umum-kemas-kini-untuk-barisan-model-tahun-2026/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelas Persediaan Silibus 2026 Fly High Education Mulakan Tahun Baru Dengan Yakin

Kelas Persediaan Silibus 2026 Fly High Education Mulakan Tahun Baru Dengan Yakin

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 118 hits
Kelas Persediaan Silibus 2026 Fly High Education Mulakan Tahun Baru Dengan Yakin Dah ready ke anak anak untuk sesi persekolahan 2026 nanti Kalau belum inilah masa terbaik untuk mereka jump start persediaan awal silibus tahun baru bersama te...
Ini Senarai Telefon Oneplus Yang Akan Terima Kemas Kini Oxygenos 16

Ini Senarai Telefon Oneplus Yang Akan Terima Kemas Kini Oxygenos 16

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 82 hits
OnePlus telah memperkenalkan OxygenOS 16 kemas kini perisian terbaharu berasaskan Android 16 Versi ini menumpukan kepada peningkatan ciri berasaskan AI kelancaran antara muka serta sambungan rentas peranti yang lebih baik Antara ciri utama ...
Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 106 hits
Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan TH Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci KUALA LUMPUR 20 Okt Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi bakal jemaah haji musim 1447H 2026M selain...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 95 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
I Saraan Kwsp 2026 Pendaftaran Semakan Kelebihan

I Saraan Kwsp 2026 Pendaftaran Semakan Kelebihan

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 143 hits
Program i Saraan 2026 KWSP diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan TERKINI Kerajaan meneruskan program i Saraan 2026 dengan insentif padanan 20 dihadkan kepada RM500 setahun dan RM5 000 sepanjang hayat Tahukah anda kerajaan dan KWSP ...
Str Bujang 2026 Digantikan Dengan Sara Rm600

Str Bujang 2026 Digantikan Dengan Sara Rm600

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 146 hits
STR 2026 kini boleh dimohon bermula 13 Oktober 2025 Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut Untuk pengetahuan anda mulai tahun 2026 bagi STR kategori bujang berumur bawah 60 tahun kerajaan tidak lagi memberikan bay...
Str 2026 Berkahwin Cara Mohon Kadar Bayaran

Str 2026 Berkahwin Cara Mohon Kadar Bayaran

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 116 hits
STR 2026 kini boleh dimohon bermula 13 Oktober 2025 Permohonan boleh dilakukan melalui portal mySTR di pautan berikut Untuk tahun 2026 bayaran STR untuk isi rumah berkahwin dikurangkan sebanyak RM300 berbanding sebelum ini Namun pengurangan...
Lirik Lagu Kumbang Bunga Nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza Dan Lesti

Dap Slams Pas Mp For Likening Malaysia To Palestine Calls Remarks Extreme

Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

Kucing Pun Suka Makan Telur

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Koleksi 200 Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penguat Kuasa Gred Kp9

Putin Pertimbang Hadiri Sidang Kemuncak Asean Timbalan Pm Sah Wakili Rusia Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rawatan Tradisional Tombong Petua Orang Lama Yang Masih Relevan

Bayview Melaka The Best

Kl Park Festival 2025

Retro Rubber The Best Modern Tires For Your Vintage Build

Everyman Tracker Build Pt 9 Concluding Our Honda Cb550 Project

Andra Respati Feat Gisma Wandira Bertahan Di Tengah Ragu Chord