Semakan Sara 2026 Kadar Bantuan Tarikh Bayaran
Semakan SARA 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih (https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus) ATAU portal rasmi MySTR di (https://bantuantunai.hasil.gov.my/) pada tarikh yang dimaklumkan kelak.
SARA adalah merupakan bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya seluruh Malaysia.
Bantuan SARA diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
Rujuk info lebih lanjut mengenai semakan SARA 2026 di bawah.
Apa Itu SARA?
SARA, atau Program Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan bukan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menangani kos sara hidup harian.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Ia bertujuan memastikan golongan B40 mendapat akses kepada barangan keperluan asas tanpa beban kewangan yang berat.
Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan dalam bentuk cashless yang dikreditkan terus ke dalam MyKad mereka.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya berdaftar seluruh negara.
Program ini dijalankan secara automatik berdasarkan data miskin tegar dari eKasih dan tiada permohonan manual diperlukan.
Bantuan SARA 2026 dijangka memberi manfaat kepada jutaan rakyat Malaysia dengan bayaran RM100 sebulan kepada hampir 9 juta penerima STR, manakala golongan miskin tegar yang tersenarai dalam eKasih akan menerima tambahan sehingga RM200 sebulan.
Selain itu, individu bujang juga layak menerima bantuan SARA walaupun tidak menerima STR.
SARA RM100 one-off untuk Semua 2026
Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026.
Bukan penerima STR je dapat, semua yang berusia 18 tahun ke atas layak dapat!
Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
Semakan status kelayakan SARA boleh dibuat melalui laman web rasmi https://sara.gov.my/ atau laman web MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Jumlah Bayaran: RM100 (one-off)
Tarikh: Februari 2026
Siapa yang layak: Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Sumbangan Asas Rahmah untuk semua akan disalurkan pada Februari 2026
Semakan SARA – Cara Semak Kelayakan

Semakan SARA 2026
Semakan kelayakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut:
1. Semakan SARA Melalui Portal MyKasih
Layari laman semakan rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar
Semakan SARA Melalui Portal MySTR
Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
Klik menu “Semakan Permohonan”
Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
Kadar Bantuan SARA 2026
Kadar bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 adalah seperti berikut:
Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan.
Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan SARA.
Individu bujang yang tidak lagi menerima STR akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA.
Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.
Penstrukturan semula ini mengurangkan bayaran tunai STR sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah tetapi diimbangi dengan kenaikan RM300 dalam SARA.
Miskin tegar pula menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA menjadikan jumlah keseluruhan kredit pembelian sebanyak RM2,400 setahun.
Kadar STR sebanyak RM600 dikekalkan untuk warga emas bujang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600. Untuk bujang bawah 60 tahun, STR digantikan dengan SARA RM600 setahun.
Rujuk jadual kadar SARA 2026 di bawah:

Kadar SARA 2026
RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026 :
Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
Jumlah keseluruhan peruntukan SARA dan STR 2026 mencecah RM15 bilion, hasil penjimatan subsidi kerajaan.
Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
NOTA: Bujang bawah 60 tahun, tidak lagi mendapat STR tunai, sebaliknya menerima S
Tarikh Bayaran SARA 2026
Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 setakat ini belum dikeluarkan sepenuhnya oleh kerajaan melalui portal STR dan MyKasih untuk tahun 2026 bagi penerima STR dan eKasih.
Jadual terperinci untuk pembayaran bulanan, tarikh fasa-fasa, atau tarikh pembayaran pertama masih menunggu pengumuman daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Hasil.
Maklumat terkini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Tarikh bayaran SARA RM100 one-off sebagai penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026.
Cara Tebus SARA Menggunakan MyKad
Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut:
Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi.
Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.
Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya. Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.

Cara Pembelian SARA
Senarai Barangan Boleh Dibeli Menggunakan SARA
Senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 belum lagi diumumkan secara rasminya.
Namun, untuk tahun 2025 dan dijangka diteruskan ke tahun 2026, berikut adalah senarai 14 kategori utama barangan SARA:
Senarai Kategori & Contoh Barangan
Beras (pelbagai jenama berdaftar)
Telur ayam (gred A–C)
Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich)
Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
Biskut (krim, kering)
Mi segera & bihun
Tepung gandum
Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)
Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan
Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.
Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)
Maklumat terkini akan dikemaskini kelak sekiranya terhadap perubahan.

Senarai Barangan Boleh Dibeli Menggunakan SARA
Cara Semak Barang Terpilih SARA Guna Aplikasi MyKasih
Untuk semak barang terpilih yang layak menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, ikuti langkah berikut:
Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
Buka aplikasi dan log masuk dengan maklumat yang diperlukan (boleh juga guna tanpa log masuk untuk sebahagian fungsi).
Gunakan fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang disediakan dalam aplikasi.
Imbas kod bar pada produk di kedai. Aplikasi akan memberitahu sama ada produk tersebut layak dibeli menggunakan bantuan SARA atau tidak.
Selain imbas barangan, aplikasi juga memaparkan katalog barangan terpilih dan kategori barang yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA.
Anda juga boleh mencari lokasi kedai berdaftar yang menyokong penggunaan SARA di sekitar kawasan anda melalui aplikasi.

Cara Semak Barang Terpilih SARA Guna Aplikasi MyKasih
Aplikasi MyKasih memudahkan penerima bantuan menyemak kelayakan barang yang ingin dibeli secara digital.
Pastikan telefon anda mempunyai sambungan internet semasa menggunakan fungsi semakan ini untuk maklumat terkini.

Aplikasi MyKasih
Tips Berbelanja SARA
Rancang pembelian awal bulan supaya tidak tergesa-gesa dan stok barang keperluan asas sentiasa tersedia. Elakkan tunggu sampai terakhir kerana risiko MyKad tidak boleh baca atau kedai penuh.
Utamakan membeli barangan asas yang penting dan tahan lama dari 14 kategori yang dibenarkan seperti beras, minyak masak, susu, biskut, makanan dalam tin, barangan kebersihan, dan ubat ringan.
Gunakan MyKad di kedai panel berdaftar seperti Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart dan Lotus’s, kerana mereka menerima pembayaran kredit SARA.
Jaga keadaan MyKad supaya cip tidak rosak, dan ingat PIN 6 digit yang diperlukan untuk transaksi mengesahkan pembelian.
Simpan resit setiap kali pembelian sebagai bukti dan untuk semakan baki kredit.
Semak baki kredit SARA menggunakan aplikasi MyKasih atau portal rasmi MyKasih supaya wang bantuan tidak terbuang sia-sia dan boleh kawal perbelanjaan.
Gabungkan penggunaan SARA dengan wang tunai untuk pembelian barangan yang tidak tersenarai dalam program agar bajet bulanan lebih efisien.
Sentiasa kemaskini maklumat dalam portal MyKasih dan STR jika ada perubahan supaya bantuan terus diterima tanpa gangguan.

Tips Berbelanja SARA
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2026): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Portal Rasmi MyKasih Foundation: www.mykasih.com.my
Portal Rasmi SARA: https://www.sara.gov.my/
Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

SARA
Soalan Lazim Semakan SARA
Berapakah amaun SARA yang diterima? Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA? Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
Bagaimana cara bayaran dan penggunaan SARA? Bantuan dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima, boleh digunakan beli barangan keperluan dalam 14 kategori di kedai berdaftar dengan mengimbas kod barangan dan memasukkan PIN untuk pengesahan transaksi.
Bagaimana semak baki SARA dalam MyKad? Baki boleh disemak di portal MyKasih, aplikasi MyKasih, atau melalui resit pembelian.
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA? Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya? Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA? SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/semakan-sara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=semakan-sara