Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci


Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026, Pusat Rawatan TH Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi bakal jemaah haji musim 1447H/2026M, selain tidak lagi membenarkan Lembaga Tabung Haji (TH) membuka Pusat Rawatan di Tanah Suci.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Mustakim Mohamad dalam kenyataan hari ini memaklumkan syarat kesihatan baharu itu akan dikuatkuasakan oleh TH dan perlu dipatuhi semua jemaah dari Malaysia bagi memperoleh visa haji.
Beliau berkata antara syarat yang ditetapkan ialah bakal jemaah perlu bebas daripada penyakit berjangkit, penyakit serius atau penyakit kronik yang tidak terkawal, serta berupaya melaksanakan ibadat haji secara kendiri.
“Jemaah tidak dianggap layak mengerjakan haji sekiranya menghidap penyakit atau keadaan seperti kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung atau penyakit jantung serius, penyakit paru-paru kronik dan penyakit hati kronik. “Selain itu, turut tidak layak ialah mereka yang mengalami masalah neurologi atau mental yang menjejaskan fungsi kognitif atau motor, warga emas yang menghidap dementia atau lemah fizikal, kehamilan berisiko tinggi, penyakit berjangkit aktif serta pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan,” katanya.
Sehubungan itu, Mustakim menasihatkan bakal jemaah haji supaya membuat persediaan kesihatan fizikal secukupnya memandangkan mereka akan berada di Arab Saudi dalam tempoh yang panjang serta berdepan suasana berdebu dan cuaca panas.
Beliau berkata tahap kesihatan yang baik merupakan antara syarat kemampuan mengerjakan haji (istito‘ah) yang sentiasa ditekankan dalam resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan, selaras dengan keperluan lulus pemeriksaan kesihatan kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menerima tawaran haji.
Selain itu, katanya, bagi musim haji 1447H/2026M, TH tidak lagi dibenarkan membuka Pusat Rawatan di Tanah Suci. Bagi jemaah yang memerlukan rawatan lanjut, mereka akan dirujuk ke hospital-hospital yang disediakan Kerajaan Arab Saudi dengan pemantauan rapi oleh pakar-pakar perubatan KKM.
“Bagaimanapun, TH masih menyediakan klinik kesihatan di semua bangunan penginapan jemaah haji di Makkah dan Madinah. “Setiap bangunan dilengkapi klinik pesakit luar dan farmasi yang dikendalikan petugas kesihatan bertauliah daripada KKM bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada jemaah Malaysia, termasuk pengiring bagi warga emas dan orang kelainan upaya,” katanya.
Beliau berkata TH turut merancang menyediakan kemudahan kesihatan di hospital swasta Arab Saudi sekiranya perlu, dan bagi tujuan itu, TH dengan kerjasama KKM akan menempatkan 225 petugas kesihatan pada musim haji tahun depan.
TH, katanya, sentiasa mengutamakan keselamatan, kebajikan dan keselesaan jemaah haji Malaysia sebagai teras pengurusan operasi haji setiap tahun, justeru sebahagian besar kuota petugas di Tanah Suci diperuntukkan kepada petugas perubatan.
BACA: 22 Cedera Dalam Insiden Mercun Di Kulim
Sumber: BERNAMA
The post Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026, Pusat Rawatan TH Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/20/arab-saudi-umum-syarat-kesihatan-jemaah-haji-2026-pusat-rawatan-th-tidak-lagi-dibuka-di-tanah-suci/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arab Saudi Tidak Membenarkan Pesakit Kronik Dan Berjangkit Menunaikan Haji 2026

Arab Saudi Tidak Membenarkan Pesakit Kronik Dan Berjangkit Menunaikan Haji 2026

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 156 hits
AgensiHaji 2026 Arab Saudi ketatkan syarat pesakit kronik dan berjangkit tiada peluang ke Tanah SuciKUALA LUMPUR Kerajaan Arab Saudi menetapkan beberapa syarat kesihatan baharu bagi musim Haji 1447H 2026M termasuk larangan kepada individu y...
Syarat Kesihatan Haji 1447h 2026 Ini Yang Perlu Anda Tahu

Syarat Kesihatan Haji 1447h 2026 Ini Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 131 hits
Syarat Kesihatan Haji 1447H 2026 Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu Kerajaan Arab Saudi kini mengambil langkah lebih tegas dalam memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah haji di seluruh dunia Bagi musim haji 1447H 2026 Kementerian Haji dan...
Hiburan Sakit Jantung Penyakit Paru Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026 Bagi Warga Emas

Hiburan Sakit Jantung Penyakit Paru Paru Dan Hati Kronik Antara Syarat Terbatal Kelayakan Haji 2026 Bagi Warga Emas

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 145 hits
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan syarat kesihatan baharu bagi musim haji 1447H 2026M menandakan perubahan besar dalam pengurusan kesihatan jemaah haji di peringkat global Menurut Lembaga Tabung Haji hanya individu bebas penyakit berjangkit a...
Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

Masuk Raudah Bagi Jemaah Lelaki Pada Pukul 3 Pagi Waktu Arab Saudi

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 329 hits
Assalammualaikum Dunia Kita orang sampai Madinah pas tue beri salam kat Nabi Muhammad s a w Dan yang penting adalah pukul 3 pagi jemaah lelaki akan masuk Raudah Masjid Nabawi 3 pagiMenuju Raudah Ok dah berjaya masuk dalam Raudah Pandangan d...
Senarai 31 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada Th

Senarai 31 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada Th

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 121 hits
Senarai 31 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan senarai 31 syarikat pelancongan yang telah diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji Ia merupakan senarai syarikat yang menaw...
Rawatan Untuk 170 Penyakit Tak Peblu Baca Jika Anda Tidak Ada Masalah Kesihatan

Rawatan Untuk 170 Penyakit Tak Peblu Baca Jika Anda Tidak Ada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 125 hits
KAMI SEDANG MEMEBERI RAWAN PERCUMA SEHINGGA 31 10 25WASSAP 0192503369 1 Asas Terapi Hidrogen Hidrogen ialah gas tanpa warna dan bau yang boleh bertindak sebagai antioksidan selektif ia menyingkirkan radikal bebas berbahaya tanpa mengganggu ...
Haji 2026 Kos Bantuan Kewangan Bayaran

Haji 2026 Kos Bantuan Kewangan Bayaran

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 121 hits
Haji 2026 Kos Bantuan Kewangan Bayaran Lembaga Tabung Haji mengumumkan bahawa Kos dan Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah untuk musim haji 1447H 2026M kekal sama seperti tahun sebelumnya meskipun kos di Tanah Suci terus meningkat Menurut ken...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau

Late Lunch