Virus Ditakuti Boleh Membunuh Ini Info Penting Penyakit Polio Mak Ayah Wajib Tahu
Polio atau nama penuhnya poliomielitis adalah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan pesakit yang menghidap penyakit ini mengalami masalah lumpuh. Ianya berpunca daripada penyakit berjangkit yang disebabkan oleh poliovirus.
Penyakit ini boleh menyebabkan kelemahan otot yang mengakibatkan ketidakupayaan pesakit untuk bergerak. Penyakit ini boleh memberikan komplikasi seumur hidup dan juga boleh menyebabkan kematian ke atas setiap pesakitnya.
@aensaari merupakan seorang doktor telah berkongsi serba sedikit mengenai penyakit ini. Peringatan dan penyampaian yang disampaikan juga mudah difahami supaya masyarakat lebih berjaga-jaga dan mengambil serius mengenai perkara ini.
This is really a very bad news to us. Do you want to know what’s polio all about? https://t.co/atv1e9TcJK
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
I akan cuba sampaikan dalam ringkasan yang mudah difahami. Secara amnya, polio (atau nama panjangnya poliomyelitis), satu penyakit yang boleh beri komplikasi seumur hidup/kematian.
Komplikasi tu, lumpuh seumur hidup.
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
Poliovirus ni sangat ditakuti sebabnya, dia mudah merebak. Cara dia merebak senang je. Dari cecair badan/najis. Sangat mudah merebak dari manusia ke manusia yang lain. Biasanya dia akan invade sel otak dan juga saraf tunjang. Sebab tu, pesakit boleh lumpuh.
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
Tapi macam mana dia boleh bawa kepada kematian? Sebab virus tu boleh lemahkan otot pernafasan jugak sampai pesakit tak boleh nak bernafas langsung.
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
Sejak bila polio ada? Kalau berpandukan sejarah, dikatakan dari zaman mesir purba lagi cuma masa tu tak ada pencegahan macam sekarang. Bila ada wabak polio, berpuluh ribu manusia terutamanya kanak kanak dan bayi yang meninggal sebab polio.
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
We are so lucky to have IPV in our Malaysia’s immunization schedule. Kita memang tak nak jadi macam dulu. Polio ni satu kes pun memang dah jadi outbreak. So scary 😭
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
Ok tu je. Sebab dah lama kita takde kes polio. So….. tak ada kes yang I boleh beritahu dalam Malaysia. Semua yang dulu tu, kitorang belajar teori je tau. Ini bila ada kes, memang sangat tak bagus.
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
Poliovirus adalah sejenis penyakit yang sangat mudah untuk merebak. Penyakit ini boleh disebarkan melalui virus cecair badan ataupun najis.
Pesakit yang mengalami penyakit polivirus boleh menyebabkan pesakit boleh diserang lumpuh kerana virus tersebut telah menyerang sel otak dan juga saraf tunjang mereka.
Penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian kerana ianya akan melemahkan otot pernafasan sehingga pesakit tidak boleh bernafas langsung.
Penyakit ini telah muncul sejak zaman mesir purba lagi. Namun, pada ketika itu tiada pencegahan yang telah ditemui keatas penyakit ini.
Ramai yang telah terkorban disebabkan penyakit ini terutama bagi golongan kanak-kanak. Vaksin polio ini muncul pada sekitar tahun 1954-1955.
Sumber: Dr. Aen
The post Virus Ditakuti & Boleh Membunuh, Ini Info Penting Penyakit Polio Mak Ayah Wajib Tahu appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/09/virus-ditakuti-boleh-membunuh-ini-info-penting-penyakit-polio-mak-ayah-wajib-tahu/