Tentang Menjadi Manusia


Menjadi Manusia di Jalan Kebaikan Dalam hidup ni, ada masa kita berada dalam kelompok orang-orang yang berbuat kebaikan. Niatnya baik, jalannya pun nampak betul. Tapi lama-lama kita sedar, kebaikan bukan hanya tentang apa yang dibuat tetapi ia juga tentang bagaimana ia disampaikan dan dirasai oleh orang lain.
Allah telah berpesan satu ayat yang ringkas tapi besar maknanya:
وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
“Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada Bani Israil: janganlah kamu menyembah selain Allah, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta berkatalah kamu kepada manusia dengan perkataan yang baik, dan dirikanlah solat serta tunaikanlah zakat. Kemudian kamu berpaling, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu menjadi orang-orang yang ingkar.”
(Surah Al-Baqarah: 83)
Ayat ini telah buat saya berfikir. Kadang-kadang kita terlalu fokus nak buat benda baik, sampai terlupa bahawa cara bercakap dan cara menegur juga sebahagian daripada kebaikan itu. Kata-kata yang keluar, walaupun tanpa niat menyakiti, tetap boleh meninggalkan kesan pada hati orang lain.



Saya juga sedang belajar: tidak semua perkara perlu ditegaskan dengan suara yang kuat. Ada masanya, kelembutan lebih sampai ke hati.
Allah ingatkan kita tentang beratnya setiap kata:
مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Tidak ada suatu perkataan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa siap mencatat.”
(Surah Qaf: 18)
Bila ayat ini kita pegang, kita jadi lebih berhati-hati — bukan sahaja ketika bercakap, tapi juga ketika menulis, membuat keputusan, dan melibatkan orang lain dalam urusan kita. Kerana setiap manusia ada had, ada keadaan, dan ada cerita yang kita sendiri mungkin tidak tahu.
Dalam memilih pergaulan pula, al-Qur’an mengajar kita supaya berada bersama orang yang membawa kita lebih dekat kepada Allah:
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ
“Dan bersabarlah engkau (wahai Muhammad) bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, serta menurut hawa nafsunya, dan adalah keadaannya itu melampaui batas.”
(Surah Al-Kahfi: 28)
Menyeru kepada Allah bukan sekadar dengan aktiviti dan gerak kerja. Ia juga tentang adab, empati, dan kesedaran bahawa kita berurusan dengan manusia, bukan mesin.
Saya menulis ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, cuma sebagai peringatan untuk diri sendiri supaya tidak melupakan nilai adab ketika kita sibuk berbuat baik.
Saya juga belajar untuk terima satu hakikat: menjaga diri dan meletakkan batas bukan bermaksud menolak kebaikan. Kadang-kadang ia adalah cara untuk terus kekal waras dan ikhlas di jalan yang sama.
Allah Maha Mengetahui kemampuan kita:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa daripada kejahatan yang dilakukannya. (Wahai Tuhan kami) janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang telah Engkau pikulkan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, ampunilah kami, serta rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(Surah Al-Baqarah: 286)
Marilah sama-sama kita belajar menjadi insan yang lebih berhati-hati dalam pertuturan, dalam penulisan, dan dalam melibatkan orang lain dalam kehidupan kita. Kadang-kadang, satu ayat yang kita anggap “biasa” boleh jadi berat untuk orang lain. Dan kadang-kadang, satu keputusan yang kita buat tanpa fikir panjang boleh memberi kesan yang lama.
Al-Qur’an mengajar kita untuk saling mengingatkan dengan cara yang betul:
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah Al-‘Asr: 3)
Semoga Allah jaga lidah dan tulisan kita, dan semoga kita tidak menjadi sebab hati orang lain terluka walaupun ketika kita sedang berbuat baik.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2026/01/tentang-menjadi-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 204 hits
AS kini meningkatkan tindakan terhadap kapal ketiga Venezuela dengan Washington melangkah dari sekatan ekonomi kepada penguatkuasaan secara fizikal di laut antarabangsa Venezuela sebenarnya hanyalah sasaran perantaraan bukan pemain utama da...
Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 4 Sebab Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan Ya begitulah dunia Tak semuanya indah dan sempurna belaka Walaupun bukan pertama kali buat roti puri di rumah cuti sekolah kali ini menjad...
Kejayaan Luar Biasa Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al Hafiz Al Hafizah

Kejayaan Luar Biasa Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al Hafiz Al Hafizah

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 105 hits
Kejayaan Luar Biasa Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al Hafiz Al Hafizah Setiap ibu bapa sudah pasti mengimpikan yang terbaik untuk anak anak mereka Dari saat mereka lahir harapan dan doa tidak pernah putus agar anak anak membesar menjadi in...
Kawan Makan Kawan Bermaksud Kawan Sudah Memilih Menjadi Lawan Fadhli Shaari

Kawan Makan Kawan Bermaksud Kawan Sudah Memilih Menjadi Lawan Fadhli Shaari

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 124 hits
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menulis hantaran di media sosial menyentuh perihal kawan yang memilih menjadi lawan sekaligus mencetuskan spekulasi Memilih menjadi lawan Menerusi perkongsian berkenaan beliau memberi kiasan mengenai...
Ironi Dalam Sejarah Perubatan Ubat Penyelamat Yang Menjadi Pemusnah

Ironi Dalam Sejarah Perubatan Ubat Penyelamat Yang Menjadi Pemusnah

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 115 hits
Terdapat satu ironi yang menarik dalam sejarah perubatan Ubat yang direka untuk melawan malaria iaitu primaquine ternyata boleh mencetuskan masalah memecahkan darah bagi sebahagian kecil individu yang tampak sihat Pada awal 1950 an primaqui...
Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 194 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Resepi dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi Buat apa mak mak se malaya time petang petang tu Biasa mak mak sebelah petang dah free kan Anak anak pun dah kenyang makan tengahar...
Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 178 hits
Bawang merah adalah tanaman umbi dari keluarga lili asiasi yang hidup di kawasan tropika Tanaman berumbi ini berasal dari asia barat Perkembangan penggunaan bawang merah tidak sepesat seperti bawang bombay dan bawang putih nbsp Bawang merah...
Ketua Unrwa 235 000 Penduduk Gaza Terjejas Akibat Kesan Musim Sejuk Buatan Manusia

Ketua Unrwa 235 000 Penduduk Gaza Terjejas Akibat Kesan Musim Sejuk Buatan Manusia

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 110 hits
Ketua UNRWA 235 000 Penduduk Gaza Terjejas Akibat Kesan Musim Sejuk Buatan Manusia ISTANBUL 29 Dis Sekurang kurangnya 235 000 rakyat Palestin terjejas akibat krisis buatan manusia di Gaza susulan sistem cuaca tekanan rendah yang melanda wil...
Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

papar berkaitan - pada 2/1/2026 - jumlah : 144 hits
23 000 tahun yang lalu manusia melintasi kawasan yang kini dikenali sebagai Taman Negara White Sands di selatan New Mexico dan jejak jejak kaki mereka masih kekal hingga hari ini Jejak ini yang terpelihara dalam lapisan sedimen kaya gipsum ...
Pn Dan Mn Bolehkah Pas Main Dua Kolam

Easy Ground Beef Heart Recipe

Pemimpin Dunia Dalam Ketegangan Trump Isyaratkan Perubahan Strategi Di Hemisfera Barat

Stella Philip Bisi Orang Sanggup Nganti Sulu Chord

Plan Asal Nak Lambai Ja Tuanku Berhenti Rezeki Tak Disangka Raja Sehari Bergambar Bersama Sultan Pahang Tengku Ampuan

Kekalkan Semangat Waja Di Blog Anda Sila Baca Kapsyen Gambar Berbicara Pagi Ini

Umno Youth Special Convention Got Zahid S Blessing Says Akmal

Spm 2026 Trial Paper Questions Answers


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kelebihan Google Pixel Berbanding Iphone Patutkah Anda Beralih

Api Api Ikan Bakar Kuala Perlis

Digital Innovation Driving The Future Of Business Society And Technology In 2026

Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Hyperthyroid

Permata Tersembunyi Penemuan Bersejarah Di Bawah Persepolis

Forum Multikultural Belia Global Menonjolkan Budaya Xizang Di Singapura Dan Malaysia