Anak Lelaki Perempuan Biar Rapat Dengan Mak Ayah Barulah Besar Jadi Orang


Anak amanah yang tidak boleh diambil mudah. Melihatkan dunia hari ini, hati ibu bapa ada kala bergetar dan timbul kebimbangan. Anak yang diasuh dengan berkiblatkan Barat dan kemodenan yang melampau akhirnya menjadi mangsa salah didikan. Hanya dengan Islam anak-anak boleh dijinakkan.
Menurut Prof Madya Dr Mohd Noor Mamat, ibu bapa perlu tahu anak sama ada lelaki dan perempuan mereka wajib dididik dan ditanamkan dengan kepercayaan kepada Allah dalam diri mereka. Apabila mereka sudah dekat dengan Allah, maka lebih mudah bagi kita mencuit hati mereka untuk pembinaan ibadah dan akhlak.
USIA DUA HINGGA EMPAT TAHUN IALAH WAKTU KRITIKAL BAGI PSIKOLOGI ANAK DI MANA MEREKA AKAN MENIRU DAN MENGIKUT PERBUATAN APA YANG DISURUH.
Jika kita lihat, waktu inilah mereka bercakap dan bertanya dengan banyak. Ibu bapa perlulah bersedia untuk menjadi model yang baik untuk anak-anak. Sediakan persekitaran yang islamik. Bagi ibu bapa yang bekerja, dapatkan penjaga yang mempunyai akhlak dan menjaga ibadah kerana ia memberikan impak yang besar dalam perkembangan dirinya.

ASUHAN ANAK LELAKI ANAK PEREMPUAN
Kedua-duanya mempunyai karakter yang berbeza dan keadaan fizikal yang berbeza. Asuhan antara keduanya perlulah spesifik dan tentulah tidak sama. Apa yang perlu dibangunkan dalam diri anak lelaki dan perempuan ialah:
Anak lelaki
Berikan mereka tanggungjawab atau tugas yang sesuai dengan karakter lelaki yang lasak.
Tidak perlu menunjukkan kasih sayang tetapi memberikan penghormatan menerusi puji-pujian. Berikan kepercayaan.
Membelikan alat permainan yang berkonsepkan intelektual dan memerlukan dia berfikir.
Anak perempuan
Melayani dengan penuh kasih sayang kerana anak perempuan tetapi dalam yang sama tegas.
Perlu menunjukkan perbuatan yang menunjukkan kasih sayang seperti memberi ciuman, pelukan dan menerusi percakapan.
Mengasuh mereka tentang aurat dan batas pergaulan dengan bukan muhrim. Perlu rapat dengan ibu bapa dan perlukan lebih banyak perhatian berbanding anak lelaki. Berikan alat permainan yang membabitkan emosi seperti anak patung.
WUJUDKAN IMAN, IBADAH & AKHLAK DALAM DIRI ANAK
Didikan si manja seharusnya bermula daripada alam rahim lagi dengan memperdengarkan Al-Quran dan amalan-amalan yang lain. Hal ini diteruskan selepas  kelahiran untuk membentuk kekuatan spiritual di dalam diri anak-anak. Hal ini akan sebagai platform untuk pembinaan kekuatan spiritual dan cinta Allah.
Didikan awal yang bersesuaian dengan karakter dan sifat semula jadi mempengaruhi pembentukan diri anak-anak menjelang remaja. Ia mustahak untuk mengekang pelbagai masalah sosial seperti kecelaruan gender dan pergaulan bebas. Dengan adanya benteng keimanan serta kecintaan Allah dan pengukuhan ibadah dan akhlak, si manja akan lebih bersedia menghadapi cabaran langit dunia terbuka pada masa akan datang.
Elemen penting yang perlu dikukuhkan dalam diri anak ialah :
Iman (akidah)
Hal ini adalah untuk mentauhidkan Allah dalam diri anak-anak. Ia menjadi perkara pokok pertama yang sangat penting dan boleh ditanam di dalam diri anak sejak daripada alam rahim. Selepas lahir, dia akan mula melihat apa yang dilakukan oleh ibu bapa dan orang di sekelilingnya dan menyerapnya. Justeru, amat mustahak untuk kita menyediakan persekitaran yang positif selaras dengan kehendak Allah serta mempraktikkan segala suruhannya. Sentiasa mengaitkan Allah dalam apa juga yang dilakukan dan dilihat. Apabila iman ini sudah subur, hatinya mudah kita cuit untuk pengisian ibadah dan akhlak.

Ibadah
Si manja kini sudah tahu tentang Allah, maka pengukuhan ibadah menjadi lebih senang. Misalnya untuk mengajarnya untuk solat tahajud, anda bolehlah berkata begini “Aqil nak jadi pandai, Aqil dengan kena doa pada Allah. Allah suka kalau kita minta apa-apa dari Dia. Waktu doa yang paling Allah suka ialah waktu sahur. Jom esok kita bangun sama-sama ye solat dan doa waktu sahur. Nanti mama kejutkan Aqil ye”.
Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain seperti puasa, solat dan lain-lain. Hati yang sudah basah dengan keimanan mudah untuk kita cuit untuk melakukan ibadah wajib dan sunat.
Akhlak
Akhlak juga berkait rapat dengan akidah. Si kecil yang sudah mempunyai asas akidah yang kuat tidak mudah tergelincir untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum Allah. Mereka dengan sendirinya tahu apa yang tidak boleh dan apa yang boleh. Ibu bapa perlu memandu mereka daripada peringkat awal dan membimbing dengan cara yang santai dan penuh kasih sayang. Gunakan waktu makan, waktu di dalam kereta dan semasa menonton rancangan kegemarannya untuk memberikan dakwah santai.
The post Anak Lelaki & Perempuan Biar Rapat Dengan Mak Ayah. Barulah Besar Jadi Orang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lelaki-perempuan-biar-rapat-dengan-mak-ayah-barulah-besar-jadi-orang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 549 hits
Ibu dalam perut ibu ada adik ya Macam mana adik nak keluar nanti Dulu kakak dalam perut ibu juga ke Ibu oooh ibu Jawablah Perasan tak persoalan ni yang selalu ibu bapa akan hadap bila anak dah mula mencecah usia 3 tahun ke atas Kadang soala...
Doa Ayah Buat Anak Perempuan Baru Berkahwin

Doa Ayah Buat Anak Perempuan Baru Berkahwin

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 402 hits
Maaflah gambar tak berkaitan dengan tajuk tetapi bayangkan anak yang ibu dan babah tatang bagai minyak yang penuh apabila dewasa setelah diserahkan kepada suami sebagai isterinya namun anak yang kita besarkan dengan penuh kasih sayang disia...
Belum Ada Perkataan Mudah Keluar Dari Mulut Anak 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

Belum Ada Perkataan Mudah Keluar Dari Mulut Anak 2 Tahun Mak Ayah Kena Alert

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 360 hits
Adakah anak saya speech delay atau memang dia saja tak mahu cakap Soalan ini antara yang sering ditanya ibu bapa yang ada anak antara usia 12 bulan hingga 3 tahun Nak tahu anak anda ada masalah pertuturan di peringkat awal Terapis Cara Kerj...
Hebatnya Kuasa Peluk Cium Mak Ayah Ia Salah Satu Cara Nak Anak Jadi Pintar Punya Keperibadian Baik

Hebatnya Kuasa Peluk Cium Mak Ayah Ia Salah Satu Cara Nak Anak Jadi Pintar Punya Keperibadian Baik

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 369 hits
Nak membina keperibadian anak anak sememangnya perlu bermula dari awal usia Apabila mempunyai keperibadian yang baik perkembangan minda mereka juga akan lebih baik Dalam hal ini ibu dan ayah memainkan peranan dalam membentuk peribadi si kec...
Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

Bila Mendidih Jangan Jerit 80 Kata Kata Dari Mulut Mak Ayah Bentuk Peribadi Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 454 hits
Biasanya ibu bapa akan gunakan kuasa jerit bila rasa nak marah anak Alasannya cara ini baru buat anak cepat dengar kata Ye betul tapi lama kelamaan cara ini dah tak dihiraukan Kenapa bab menjerit pada anak tak elok untuk perkembangan anak y...
Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

Pakej Istimewa Hujung Tahun Ini 7 Hotel Buat Promo Gila Gila Untuk Mak Ayah Bawa Anak Melancong Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 771 hits
Tajuk 2 7 Hotel Terbaik Dengan Promo Tak Masuk Akal Yang Terbaik Untuk Anda Bercuti Disember Ini3 Ini 7 Hotel Local International Dengan Promosi Dan Pakej Penginapan Terbaik Untuk Anda Travel Hujung TahunBulan Disember yang sinonim dengan m...
Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan

Kalau Mak Ayah Zaman Kecik Lewat Berjalan Anak Pun Mungkin Akan Lewat Berjalan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 296 hits
Kebanyakan kanak kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun Secara umum 85 kanak kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10 14 bulan Menurut Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan beliau ...
Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

Panduan Buat Mak Ayah Yang Punyai Anak Tahun Satu 2020

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 518 hits
SEKEJAP sahaja masa berlalu Anak yang dulunya masih kecil kini sudah menginjak ke Tahun Satu Bagi yang sudah pandai membaca mungkin tidak akan berdepan dengan sebarang masalah Namun bagi yang masih merangkak rangkak untuk mengenal ABC 123 m...
Elly Sugigi Untuk Aditya Gumelar Jadilah Ayah Dari Anak Anakku

Elly Sugigi Untuk Aditya Gumelar Jadilah Ayah Dari Anak Anakku

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 501 hits
Elly Sugigi belakangan tengah menjalin kedekatan khusus dengan pria muda bernama Aditya Gumelar Mereka bahkan kerap dikatakan mirip
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash