Larang Buang Sampah Baik Tapi Kpkt Kuat Kuasa Terburu Buru Ppim Malaysia Gazette 01 01 2026


 

KUALA LUMPUR – Tabiat membuang sampah di tempat awam bukan sahaja mencemarkan persekitaran dan alam sekitar bahkan menjejaskan imej negara untuk menyambut kedatangan 43 juta pelancong dari seluruh dunia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bermula 1 Januari ini, sesiapa sahaja termasuk pelancong yang membuang sampah dan meludah di sekitar ibu kota, tindakan kompaun sehingga RM2,000 boleh dikenakan selain Perintah Khidmat Masyarakat melebihi 12 jam selama dua bulan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik langkah kerajaan itu menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam mendisiplin masyarakat agar lebih bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif kerajaan itu selari dengan tuntutan Islam yang memandang tinggi terhadap aspek kebersihan, apatah lagi dalam membina jati diri rakyat yang berdisiplin.
“Hendak ke arah kebersihan ini cukup bagus, cukup pentinglah terutama dalam Islam, kebersihan ini dipandang amat penting.
“Saya menyokong kaedah ke arah disiplin membina jati diri,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini hari ini.
Terdahulu, KPKT menguatkuasakan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) bermula 1 Januari 2026 sebagai hukuman untuk menangani isu pembuangan sampah kecil di tempat-tempat awam.
Hukuman dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos 2025 dan dibentangkan di Dewan Negara pada bulan sama.

Pelaksanaan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat ini melibatkan Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis dan Kedah serta dua Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terdapat sampah dibuang di kawasan awam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 JANUARI 2025Bagaimanapun Nadzim menyifatkan langkah KPKT untuk menguatkuasakan undang-undang baharu itu sebagai terburu-buru tanpa melakukan secara berperingkat bukan secara mengejut.
“Biarlah boleh dilaksanakan mengikut peringkat yang rakyat boleh terima. Saya rasa kita harus mendidik dan mengajar rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab,” katanya.
Menurut Nadzim, tiada jaminan undang-undang baharu itu boleh mengubah tabiat membuang sampah di tempat awam sedangkan orang ramai masih merokok di tempat awam tanpa mempedulikan denda sehingga RM10,000.
“Sekarang ini kita tengok orang merokok, walaupun merokok di tempat awam boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara namun orang ramai tetap merokok juga.
“Sekarang ini denda (buang sampah dan meludah) sehingga RM2,000, saya cadangkan lebih baiklah denda sampai RM20,000 dan ia lebih baik sebab kerajaan boleh kutip lebih banyak hasil,” katanya.
Selain itu, katanya, sebelum sesuatu undang-undang baharu mahu dikuatkuasakan, kerajaan perlu menguar-uarkan agar rakyat maklum lebih awal termasuk membuat iklan di media elektronik dan media sosial.
“Sesuatu perkara ini harus dapat sokongan semua pihak. Saya tengok sejak kebelakangan ini banyak perkara dibuat kerajaan tetapi rakyat macam tidak suka.
“Kalau nak buat benda yang ke arah disiplin, bagus tapi kena ajar maksudnya mesti ada pendidikan, jika tidak proses transformasi itu mustahil boleh berlaku,” katanya.
Beliau turut menasihatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming agar tidak memperkenalkan undang-undang yang mendatangkan ‘kesusahan’ kepada rakyat.

“Kita perlu ada undang-undang yang boleh diterima pakai, bukan buat undang-undang sampai tak dapat dilaksanakan. Saya harap pengguna atau pun rakyat perlu dirujuk terlebih dahulu,” katanya.

Terdapat sampah dibuang di kawasan awam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 JANUARI 2025 Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette di sekitar ibu negara mendapati, ramai pihak menganggap ia masih terlalu awal untuk menilai tahap kesedaran orang ramai terhadap tabiat membuang sampah dan meludah di tempat awam.

Ia kerana sampah-sarap boleh dilihat bertaburan di merata tempat khususnya di sekitar kawasan perniagaan yang terpencil dan berdekatan pusat beli-belah di sini.

Temubual Penduduk Kondominium Villa Puteri, Jan Fazal Eladai mengenai larangan membuang sampah dan meludah di tempat awam di sekitar ibu kota yang dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bermula 1 Januari 2026. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 JANUARI 2026Menurut seorang penduduk di ibu kota, Jan Fazal Eladi, 40, denda atau kompaun sehingga RM2,000 bagi kesalahan membuang sampah dan meludah di tempat awam agak tinggi dan membebankan rakyat apatah lagi berdepan kos sara hidup.
“Sekarang ini kos sara hidup pun tinggi. Rakyat pun dalam kesusahan. Kalau ditambah dengan denda ini, apa nak jadi? Tapi saya harap menteri kaji balik, sebab meludah tu meludah macam mana?
“Macam mana kita nak kenal pasti meludah yang menyalahi undang-undang. Adakah ludah berkahak atau macam ada dekat selayang tu, ramai makan sirih ludah merata hingga mengotorkan tempat sekeliling,” katanya.
Jelasnya lagi, sebelum kerajaan terburu-buru memperkenalkan sesuatu undang-undang baharu, lebih baik KPKT menangani masalah sampah berlonggok di dalam sungai hingga mengakibatkan banjir kilat.
“Tetapi, sampah-sampah yang banyak di KL ni, sampai sungai pun air melimpah-limpah, patutnya perkara tu ditangani dulu, sampah di KL terlampau banyak.
“Buatlah macam percubaan dahulu sebelum kuat kuasa, kalau eksperimen ini berjaya, barulah kita boleh teruskan tetapi denda RM2,000 tu memang teruklah, membunuh rakyat.

“Sekarang ini rakyat nak makan pun tak ada duit, saya harap lebih menteri cakna dalam perkara ini,” katanya.

Mohd Zolkifli Hasan. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 JANUARI 2026Bagi seorang warga emas, Mohd Zolkifli Hasan, 65, undang-undang baharu yang diperkenalkan KPKT kepada warga kota seperti dirinya agak mengejutkan dan menekan rakyat khususnya komuniti miskin.
“Kebanyakan gaji di negara ini antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja, kita bimbang denda yang tinggi boleh mengundang rakyat untuk lompat dari bangunan.
“Kadar denda sepatutnya berpatutan, kalau boleh ikut gaji sebulan, kalau menteri buang sampah sepatutnya kena denda sehingga RM30,000,” katanya.
Selain itu, Zolkifli mempersoalkan sejauh mana perbuatan meludah itu boleh dikategorikan sebagai menyalahi undang-undang dan boleh dihukum kompaun atau dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat.
“Sepatutnya perbuatan meludah itu dikategorikan dengan betul, kita memang suka undang-undang kebersihan ini tapi bagilah notis, tiga atau enam bulan dalam televisyen kalau meludah kena denda RM2,000.
“Saya duduk KL pun hari ini baru dengar. Apatah lagi orang kampung datang KL kena denda RM2,000, balik rumah dia terjun bangunan,” katanya.
Katanya lagi, kerajaan perlu memberikan kesedaran dan pendidikan kepada rakyat sebelum mahu menguatkuasakan sesuatu undang-undang.
“Jangan terus denda RM2,000. Apa kerajaan tak ada duit ke? Nak kutip duit daripada budak-budak dan orang-orang miskin ini. Bagi mereka masa, bagi mereka pendidikan.
“Lepas itu dendalah mereka, tak ada masalah. Kalau mereka tak ada duit, masukkan dia dalam khidmat masyarakat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
LARANG BUANG SAMPAH BAIK TAPI KPKT KUAT KUASA TERBURU-BURU - PPIM

https://malaysiagazette.com/2026/01/01/larang-buang-sampah-baik-tapi-kpkt-kuat-kuasa-terburu-buru-ppim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2026/01/larang-buang-sampah-baik-tapi-kpkt-kuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Persidangan Agung Tahunan Ke 16 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia 2025 Ppim 20 12 2025

Aktiviti Persidangan Agung Tahunan Ke 16 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia 2025 Ppim 20 12 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 161 hits
20 Disember 2025 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan toqqi telah menghadiri Persidangan Agung Tahunan ke 16 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia atas jemputan Presiden PERKASA Tuan Syed Hassan Syed Ali Persidangan te...
Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia Ppim 20 12 2025

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 205 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan telah memenuhi undangan ke Majlis Makan Malam Semerah Padi Malaysia atas jemputan Pengerusi Semerah Padi Guru Besar Paduka Tok Ayah Khalifah Utama Mohamed Murad Kassim Majli...
Tawar Menawar Tambang E Hailing Rosakkan Mata Pencarian Pemandu Utusan Malaysia 01 01 2026

Tawar Menawar Tambang E Hailing Rosakkan Mata Pencarian Pemandu Utusan Malaysia 01 01 2026

papar berkaitan - pada 3/1/2026 - jumlah : 82 hits
PETALING JAYA Lapan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan industri gig menyokong gesaan supaya sistem tambang e hailing berasaskan tawar menawar dihapuskan dan menetapkan kadar tambang lantai bagi perkhidmatan itu Dalam satu kenyataan bersama...
Tahun Baharu Perubahan Baharu Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026

Tahun Baharu Perubahan Baharu Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026

papar berkaitan - pada 2/1/2026 - jumlah : 89 hits
Tahun Baharu Perubahan Baharu Perkara Yang Menanti Rakyat Malaysia Pada 2026 KUALA LUMPUR Tahun 2026 bukan sekadar tentang azam baharu tetapi juga menuntut rakyat supaya lebih peka dan bersedia menghadapi pelbagai perubahan baik daripada ko...
Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 184 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival yang berlangsung pada Khamis 25 Disember di E Street 1 Utama Shopping Mall sekali gus menyerlahkan sokongan terhadap usa...
It S Official Malaysia S Judges Get 30pc Pay Hike Starting January 2026

It S Official Malaysia S Judges Get 30pc Pay Hike Starting January 2026

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 128 hits
Putrajaya s Palace of Justice as seen on July 9 2025 Picture by Raymond ManuelKUALA LUMPUR Dec 29 All of Malaysia s judges at the High Court Court of Appeal and Federal Court level will see their monthly salaries increase by 30 per cent fro...
2026 Moga Versi Diri Yang Lebih Kuat

2026 Moga Versi Diri Yang Lebih Kuat

papar berkaitan - pada 1/1/2026 - jumlah : 120 hits
Assalamualaikum dan hai semua Hello 2026 Alhamdulillah untuk setiap nafas yang masih diberi Masuk 2026 dengan satu perasaan syukur ya Syukur sebab masih ada keluarga Syukur sebab masih ada kerja Syukur sebab masih mampu tersenyum walaupun p...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 514 hits
Sekarang ni berlegar legar di ruang media sosial yang mengatakan flash express akan menghentikan operasinya di Malaysia pada 31 Januari 2026 Buat masa ini belum ada kenyataan rasmi dari laman media sosial Flash Ekspress mahupun laman sesawa...
Cuti Umum Malaysia 2026

Cuti Umum Malaysia 2026

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum 2025 sudah hampir melabuhkan tirai bagi yang nak merancang percutian atau nak merancang sesuatu tarikh penting untuk tahun hadapan boleh la rujuk CUTI UMUM MALAYSIA 2026 di bawah ni ye Cuti Umum Persekutuan 17 18 Februari Ta...
Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

What Is The Purpose Of Taking Photographs On Vacation With A Mobile Phone Camera Or With A Camera

Man Arrested After Video Of Stray Cat Beaten To Death Goes Viral In Kuching

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Wayang Cerita Papa Zola

Easy Beef Barbeque Recipe

Larang Buang Sampah Baik Tapi Kpkt Kuat Kuasa Terburu Buru Ppim Malaysia Gazette 01 01 2026

Andmesh Kamaleng Bukan Lagi Rumahmu Chord

Makhluk Paling Kental Di Dunia

Breaking The Mold A 1967 Harley Shovelhead Chopper From Wales