Kerajaan Muhyiddin Cuba Helah Tolak Bahas Usul Tidak Percaya



Kredit: MSO
WAP panas menjelang sidang parlimen 10 hari lagi, pada 18 Mei ini kian meruap dan merembas dada orang-orang politik dan juga pemeriksa politik. Kehangatan wap ini seakan dapat menolak rasa bimbang dan gerun kepada Covid-19 yang menyerang negara lebih sebulan lalu.
Tentunya bagi pihak kerajaan, mereka lebih takut kepada sidang itu daripada berhadapan dengan wabak yang sudah mulai mengendur itu. Jika boleh dielakkan, mahu sidang itu ditiadakan sampai habis penggal parlimen ke-14 bagi memastikan kedudukan kerajaan PN selamat?
Apa yang menjadi tumpuan pada sidang 18 Mei yang dihadkan diadakan hanya sehari sahaja itu, ialah berkenaan dengan notis-notis usul yang dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Arif Md Yusof untuk dinilai bagi dibahaskan. Berbagai spekulasi dan cakap-cakap mengenai notis-notis usul berkenaan sejak 72 jam lepas.
Sejak notis memanggil mesyuarat Parlimen ke-14 pertama penggal ke-3 dikeluarkan pada 17 April, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menerima empat notis usul. Notis usul itu masing-masing diterima daripada ahli Parlimen Batu Sapi, (Liew Vui Keong), ahli Parlimen Semporna (Mohd Shafie Apdal) dan ahli Parlimen Langkawi (Dr Mahathir Mohamad).
Usul tidak percaya
Ahli Parlimen Batu Sapi (Liew Vui Keong) mengemukakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat 18 mengemukakan resolusi agar sidang membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli Yang Berhormat.
Selain itu, wakil tersebut juga mengemukakan usul membuat ketetapan bahawa ahli Parlimen Langkawi (Dr Mahathir Mohamad) mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen.
Satu lagi usul dikemukakan ialah meminta persidangan dilanjutkan daripada sehari kepada lapan hari.
Bagaimana pun ketiga-tiga notis usul ahli Parlimen Batu Sapi itu ditolak kerana sebahagiannya tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Negara.
Usul daripada MP Semporna
Usul daripada ahli Parlimen Semporna (Mohd Shafie Apdal) pula berbunyi hampir sama dengan notis usul ahli Parlimen Batu Sapi itu mengemukakan resolusi membuat ketetapan kedudukan ahli Parlimen Langkawi yang mendapat majoriti. Bagaimana pun ia juga ditolak atas alasan ia tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Negara. Usul itu sebagai mencabar hak Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa melantik perdana menteri.
Manakala dua usul lagi dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, (Dr Mahathir Mohamad), yang mengemukakan usul agar mengekalkan Yang di Pertua Dewan Rakyat yang ada (Mohamad Arif Yusof) dikekalkan sehingga dewan dibubarkan. Usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 4.
Manakala satu lagi usul dikemukakan ahli Parlimen Langkawi itu, membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen. Usul itu dikemukakan dibawah Peraturan Mesyuarat 27(3).
Usul meminta dewan mengekalkan Mohamad Arif sebagai Yang di-Pertua Dewan sehingga habis penggal ditolak, manakala usul meminta ketetapan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai ahli Parlimen Pagoh tidak ada keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen DITERIMA.
Dengan penerimaan usul tersebut bermakna kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri akan dibahas dan diambil ketetapan dalam sidang parlimen. Nasib Muhyiddin akan terserah kepada parlimen. Bagaimanapun sama ada ia akan dibahas dalam sidang sehari itu atau tidak, tidak dapat dipastikan.
Tiada perbahasan
Melihat kepada gelagat dan belang ditunjukkan oleh pihak kerajaan tidak mungkin ia akan dibahaskan pada sidang sehari itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perjalanan parlimen Takiyuddin Hassan siang-siang sudah memberi isyarat sidang itu hanya akan menyelesaikan urusan kerajaan sahaja.
Pokoknya apa terpenting apabila Yang di-Pertua Dewan Rakyat sudah menerima notis usul yang membawa maksud untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin kini sedang berhadapan dengan keputusan maha hebat buat dirinya. Walaupun mungkin ia sudah diduga tetapi tetap mendebarkan.
Usul yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Langkawi dan telah diterima itu sepertilah ia sebilah pisau yang sudah terpegang ditangan untuk melibas leher Perdana Menteri dan melumatkan kerajaan PN bila-bila masa sahaja. Bersedialah perang akan bermula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27537

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Speaker Terima Usul Tak Percaya Dr M Ke Atas Muhyiddin

Speaker Terima Usul Tak Percaya Dr M Ke Atas Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 361 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini menerima usul Anggota Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Mohamad Ariff telah membalas notis yang dihan...
Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 514 hits
PETALING JAYA Kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional akan mengundi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di Parlimen kata Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN itu berkata ketetapan berkenaa...
Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Cipta Sejarah Baharu

Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Cipta Sejarah Baharu

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 438 hits
Usul Tidak Percaya terhadap Muhyiddin cipta sejarah baharuOleh May 09 2020Usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin walaupun dijangka tidak akan dibahas dalam sidang sehari pada 18 Mei ini tetap mencipta satu sejarah ...
Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

Speaker Tolak Permohonan Usul Percaya Shafie Apdal Terhadap Dr M

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 643 hits
Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof menolak permohonan yang dikatakan daripada Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal memohon izin membawa usul dan mengemukakan resolusi terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Surat yang dikata...
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 526 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Undi Tidak Percaya Akan Membantu Muhyiddin

Undi Tidak Percaya Akan Membantu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 400 hits
Persoalannya sekarang adakah Speaker Parlimen akan benarkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dibentang di Parlimen pada 18 Mei ini atau pada sesi dua minggu pada bulan Julai akan datang Ramai yang berpendapat bahawa usul it...
Usul Diterima Nasib Muhyiddin Diketahui Selepas Ini

Usul Diterima Nasib Muhyiddin Diketahui Selepas Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 327 hits
Ramai yang kegembiraan sekarang ini berikutan keputusan Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin selaku Perdana Menteri dalam Sidang Parlimen pada 18 Mei nanti Usul tersebut dikemukakan ole...
Cuba Letak Diri Di Tempat Pelarian Mufti Gesa Tolak Sikap Xenofobia

Cuba Letak Diri Di Tempat Pelarian Mufti Gesa Tolak Sikap Xenofobia

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 704 hits
Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor dan Mufti Pahang Abdul Rahman Osman PETALING JAYA Dua orang mufti mengingatkan masyarakat Muslim di Malaysia bahawa Islam menghendaki penganutnya sentiasa bersimpati dan berkasih sayang antara satu...
Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Lunch Santai Di A Decade Alamanda Putrajaya

Don T Stop Us From Rejoicing Dap Disciplinary Chief Tells Crook Lovers

Minum Petang Di Kupi Ghuti

Makan Tengah Hari Di Al Barakah Fusion Restaurant

Best Best Pulled Beef Recipe Nz

Bagi Payang Water Taxi Dan Bas Kite

Suria Klcc Raikan Musim Perayaan Dengan A Majestic Christmas Yang Penuh Magis


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Umno Perlu Move On

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Tegangan Meningkat Ramapan Kapal Oleh As Mengundang Ketidakpuasan China

Kejayaan Tidak Semestinya Bermakna Mengukur Kualiti Bukan Kuantiti

Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang