Bunga Liar Bidens Alba
Saya suka berjalan-jalan pada waktu pagi bukan semata-mata kerana menjaga kesihatan fizikal, tetapi juga kerana saya gemar memerhati alam. Memang sesuailah takdir membawa saya ke sini - kawasan luar bandar yang begitu dekat dengan alam semula jadi

Sejak terserempak dengan ular, saya morning walk pakai kasut berkebun paras betis untuk tujuan keselamatan. Kasut begini juga memudahkan saya meredah kawasan rumput tinggi bagi memerhati tumbuhan
Suatu pagi di pertengahan bulan Disember, saya perasan kemunculan bunga kecil dengan kelopak berwarna putih - macam bunga daisy. Setelah agak lama membuat carian di internet berdasarkan sumber yang dipercayai, saya percaya ini adalah pokok bunga Bidens Alba.
BIDENS ALBABidens alba is a species of flowering plant in the family Asteraceae, commonly known as shepherd's needles, beggarticks, Spanish needles, or butterfly needles. Bidens means two- toothed, describing the two projections found at the top of the seeds, and alba refers to the white ray florets. This plant is found in tropical and subtropical regions of North America, Asia, South America, and Africa, situated in gardens, road sides, farm fields and disturbed sites. B. alba is an annual or short-lived perennial, which is considered a weed in the United States. However, B. alba leaves are edible and can be used as medicinal remedies. [sumber : wikipedia]

Bunga dengan kelopak putih dan tengahnya berwarna kuning bergoyang ditiup angin bagai melambai saya mendekati tumbuhan ini

Bunga saiz kecil masih belum mekar sepenuhnya dan yang tengah tu dah tanggal kelopaknya

Bunga Bidens Alba yang sudah mekar sepenuhnya. Masya Allah cantik

Batang pokoknya menegak ke atas dan bercabang dengan warna hijau ungu

Daunnya tirus dan bergerigi

Benihnya panjang dan ada dua duri tajam bercangkuk di hujung
Video memaparkan pokok bunga Bidens Alba
Carian saya juga mendapati bunga Bidens Alba menjadi kegemaran serangga pendebunga dan ia sangat bermanfaat untuk penternakan kelulut. Daun dan bunganya juga mempunyai manfaat perubatan
Alhamdulillah, seronok rasanya dapat tahu lanjut berkenaan bunga liar yang saya temui di kawasan rumah ni. Keindahan yang tersembunyi di balik semak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ujieothman.blogspot.com/2025/12/bunga-liar-bidens-alba.html