Mujahid Dakwa Muhyiddin Takut Dengan Usul Mahathir




Takut usul Dr Mahathir, Muhyiddin gadai usul k’jaan – Mujahid
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) lebih mengutamakan usaha mempertahankan ‘Langkah Sheraton’ daripada membahaskan krisis Covid-19 secara bersama di Parlimen.
Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata beliau yakin sidang yang berlangsung 18 Mei nanti sekadar membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong adalah atas permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sendiri.
“Dalam ‘ketakutan’ PM terhadap usul persendirian Langkawi beliau telah menggadaikan keperluan usul kerajaan sendiri yang merupakan satu keutamaan.
“Ahli Parlimen turut menanti usul dari kerajaan untuk dibahaskan secara sihat demi mencapai konsensus untuk negara.
“Saya berkeyakinan kerajaan PN telah hilang fokus kerana keutamaannya adalah untuk mempertahankan kewajaran ‘Langkah Sheraton’ daripada membahaskan krisis covid secara bersama di Parlimen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, media melaporkan sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung sehari sahaja pada 18 Mei ini, hanyalah semata-mata bagi mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melibatkan sebarang urusan lain.
Ia sekaligus menutup pintu untuk sebarang usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dalam satu kenyataan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof, memberitahu beliau menerima surat pemakluman daripada Muhyiddin selaku ketua Majlis Dewan Rakyat, bahawa kerajaan memutuskan tiada sidang selepas titah Diraja yang dijadualkan berlangsung jam 10 pagi, pada 18 Mei, Isnin ini.
Katanya, beliau dimaklumkan keputusan itu dibuat kerajaan disebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.
Perkara sama turut dizahirkan dalam satu notis pemberitahuan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat ditujukan buat ahli-ahli Parlimen dan dilihat Malaysiakini, bertarikh hari ini.
Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini merupakan persidangan pertama sejak “Langkah Sheraton” yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, agak malang apabila sidang Parlimen yang telah banyak kali ditangguhkan hanya mendengar titah Yang di-Pertuan Agong saja.
“Jelaslah sidang 18 Mei ini hanya memenuhi kehendak peraturan dan tidak ada kena mengena hasrat kerajaan PN untuk gunakan peluang persidangan untuk membahas kepentingan besar negara semasa krisis.
“Ia satu langkah primitif ke belakang dan sekaligus menjejaskan kewibawaan institusi parlimen negara,” kata Mujahid.
Katanya, dalam suasana negara mengalami krisis Covid-19, banyak perkara yang perlu dibahaskan demi memastikan negara bersatu dalam menangani krisis ini.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/05/14/mujahid-dakwa-muhyiddin-takut-dengan-usul-mahathir/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mujahid-dakwa-muhyiddin-takut-dengan-usul-mahathir

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 460 hits
Tun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin YassinrePublish Berita Terkini MalaysiaTun Mahathir Komentar Mengenai Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Yassin Medium perkongsian sosial berbentuk media Arti...
Mahathir Dakwa Muhyiddin Dijangkiti Penyakit Umno Dalam Usaha Singkirkan Beliau

Mahathir Dakwa Muhyiddin Dijangkiti Penyakit Umno Dalam Usaha Singkirkan Beliau

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 401 hits
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu di Petaling Jaya Selangor foto FAREEZ FADZIL KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathi...
Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

Selepas Lebih 30 Lantikan Glc Takkan Muhyiddin Masih Takut Lagi Dengan Usul Tun M

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 345 hits
Meneliti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berhubung sidang Parlimen pada 18 Mei nanti ternampak semacam kerajaan enggan memberi ruang kepada pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyidd...
Muhyiddin Takut Sah Tiada Majoriti

Muhyiddin Takut Sah Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 631 hits
Speaker Parlimen Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk istiadat pembukaan dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong saja Tiada sama sekali sidang Parlimen selepas Titah Diraja selesai dilangsungkan ...
Kedah Jatuh Pertarungan Sebenar Mahathir Muhyiddin Bermula

Kedah Jatuh Pertarungan Sebenar Mahathir Muhyiddin Bermula

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 430 hits
Ipohmali Dari minggu lepas antara berita paling hangat pasal usul undi tidak percaya Tun Mahathir kepada Muhyidin Yasin walaupun ramai dari penyokong PH teruja Sebenarnya aku tidak lah berminat dengan langkah tersebut Cumanya dari sudut str...
Setelah Anaknya Dipancung Di Kedah Apa Langkah Mahathir Seterusnya Terhadap Muhyiddin

Setelah Anaknya Dipancung Di Kedah Apa Langkah Mahathir Seterusnya Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 428 hits
Mukhriz Mahathir kini sah sudah hilang sokongan majoriti untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah Selepas dua Adun PKR mengisytiharkan diri mereka menjadi Bebas dan menyokong PN yang menjadi kerajaan di peringkat Pusat difahamkan ada e...
Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

Bn Sokong Muhyiddin Jika Timbul Usul Undi Tidak Percaya Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 443 hits
PETALING JAYA Kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional akan mengundi menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya terdapat usul undi tidak percaya di Parlimen kata Ahmad Zahid Hamidi Pengerusi BN itu berkata ketetapan berkenaa...
Muhyiddin Tidak Layak Pengerusikan Mesyuarat Mpt Bersatu Mahathir

Muhyiddin Tidak Layak Pengerusikan Mesyuarat Mpt Bersatu Mahathir

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 418 hits
Buat dengan betul jika mahu singkir saya Dr M beritahu PPBM Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan pemimpin PPBM supaya mengikut undang undang dan perlembagaan parti jika mahu menyingkirnya dari parti itu Beliau mengingatkan perlembagaan...
Najib Sindir Mahathir Ph Pun Boleh Jatuhkan Muhyiddin Dengan Sd

Najib Sindir Mahathir Ph Pun Boleh Jatuhkan Muhyiddin Dengan Sd

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 439 hits
Najib Razak meminta Pakatan Harapan mengeluarkan senarai akuan bersumpah yang mencukupi bagi menumbangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Beliau berkata pemimpin PH tidak perlu membawa usul ke Parlimen tetapi memadai dengan mengemukakan SD...
Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Nota Ceramah Tazkirah Al Nisa Wanita Hebat Di Langit

Ex Sabah Minister Fails To Secure Retrial Of Forgery Case

Hakim Paling Baik Di Dunia Frank Caprio Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Their Window Seats Lacked Windows So Delta And United Passengers Sued


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

3 Lelaki Warga China Pecah Rumah Dipenjara 28 Bulan

Rakyat Kelantan Diminta Tangguh Perjalanan Ke Thailand Ekoran Serangan Bom Di Tak Bai

Tudm Sahkan Pesawat F A 18d Hornet Terlibat Kemalangan