Ustaz Fadzil Mat Sabu Sokong Anwar Jadi Pm


SUBKY LATIF

SEORANG pembaca menyanggah ulasan saya tentang PAS menolak Dato’ Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri sedang katanya Almarhum Ustaz Fadzil dan Mat Sabu menyokongnya, bahkan Tuan Guru Nik Aziz pun setuju.

Jika ikut loghat Kedah, ulasan saya itu merepek sesuai dengan usia saya.

Ternyata dia tidak fanatik dengan tulisan saya, tetapi saya tidak pasti dia adil dan arif dengan soal dalaman rumah tangga PAS atau tidak suka dengar apa saja dikata tidak elok tentang Anwar yang mungkin bosnya dan idolanya.

Sebermula memang Anwar itu diharap oleh semua warga PAS dan anak cucunya untuk menjadi Perdana Menteri dari PAS. Pandangannya, pemahamannya, kecenderungan politik Islamnya jauh sempurna dibanding dengan Tun Razak, Tun Hussein Onn, malah Mahathir sendiri. Dikecamnya penyertaan PAS dalam kerajaan campuran dan Barisan Nasional di bawah Dato’ Asri, sedikit sebanyak mempengaruhi PAS meninggalkan BN.

Wasiat Pak Natsir, pemimpin besar Masyumi gerakan Islam Indonesia era Sukarno kepada PAS, jika Dato’ Asri hendak berundur, ganti terbaiknya ialah Anwar.

Ketika PAS memikirkan ganti Asri itu sekonyong-konyong Anwar masuk Umno, parti dan para pimpinannya yang Anwar kecam sebelum itu. Terperangkap dan terkejut pemimpin ABIM yang juga penyokong PAS atas tindakan Anwar itu.

Sejak itu pemimpin PAS termasuk Ustaz Fadzil, Haji Yusof Rawa dan lain-lain tidak pernah memikirkan tentang Anwar sebagai kawan seperjuangan. Dia sudah sama dengan Ghafar Baba dan Dr Mahathir. Apa yang dia tidak kata tentang PAS, Tok Guru Nik Aziz dan pimpinan ulamanya yang lain.

Jika Ustaz Fadzil pilu dengan apa yang Mahathir buat terhadap Anwar, bukan kerana harapkan dia jadi Perdana Menteri, tetapi tidak percaya segala tohmah yang Umno buat terhadap Awnar. Jika tanpa pengetahuan PAS Ustaz Fadzil sendirian pergi ke rumah Anwar setelah dia dibuang, bukan kerana sedih Anwaar disekat untuk jadi Perdana Menteri, tetapi penjelasan Ustaz Fadzil kepada pemimpin PAS ialah apa sebenarnya yang berlaku dari mulut Anwar sendiri.

Ketika itu Anwar dirongrongkan untuk ditahan di bawah ISA. Jika kena ISA tidak dikekahui bila hendak dibebaskan. Maka sebelum polis mengambilnya, Ustaz Fadzil menemuinya.

Saya adalah antara yang rapat dengan Ustaz Fadzil. Saya tidak pernah tahu dan dengar beliau mengharapkan Anwar jadi Perdana Menteri. Entahlah di belakang beliau fikir lain?

Dalam himpunan GERAK membela Anwar di Markas Tarbiah PAS Taman Melewar yang bercakap mahukan Anwar jadi Perdana Menteri ialah Prof. Jomo. Dia sebut depan Ustaz Fadzil dan ribuan penyokong PAS. PAS diam.

Ketika PAS sudah ada ikatan dengan penyokong Anwar, Mat Sabu tidak selesa. Dia ada ceramah khas tiga jam bantai Anwar habis-habisan. Lama kemudian barulah dia suka dan lepas itu tidak ada patah balik tentang Anwar.

Semasa pimpinan Ustaz Fadzil tidak ada pakatan kukuh parti pembangkang. Sekalipun yang menemukan mereka justeru Anwar dipenjarakan, tiada siapa hendak mencadangkan orang itu dan orang ini jadi PM.

Kuatnya mahu Anwar jadi calon PM bila Anwar berjaya mengajak PAS dan DAP membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR dan dialah jurucakapnya. Semasa pimpinan Tuan Gutu Haji Hadilah isu ini berbangkit. Melihat Anwar tidak banyak membantu PAS mengemukakan isu Islam seperti yang PAS perjuangkan. Malah seperti halangan DAP saja, maka menjadikan Perdana Menteri mungkin lebih teruk dari PM sebelumnya.

PAS pun tolak dia. – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ustaz-fadzil-mat-sabu-sokong-anwar-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjualan Hotel Royale Chulan Mat Sabu Mahu Nafi Apa Lagi

Penjualan Hotel Royale Chulan Mat Sabu Mahu Nafi Apa Lagi

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 400 hits
Mat Sabu tetap tidak mahu mengalah dalam isu penjualan Hotel Royale Chulan 4 bintang di lokasi segitiga emas ibukota milik LTAT melalui Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang murah Apabila saya membuktikan wang deposit RM3 94 ...
Hadi Mat Hassan Alatkan Dr Mahathir Untuk Singkir Anwar

Hadi Mat Hassan Alatkan Dr Mahathir Untuk Singkir Anwar

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 386 hits
ULASAN Usaha untuk gugatkan hubungan Dr M Anwar RAMAI yang seronok dan menadah tangan bersyukur apabila Pas dan Umno mengambil keputusan untuk bergabung dengan menjadikan Melayu dan agama sebagai landasan Kedua parti itu menjadikan keadaan ...
Perang Najib Mat Sabu

Perang Najib Mat Sabu

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 348 hits
ISMA WEB Syarikat Singapura setuju beli Hotel Royale Chulan RM198 juta BANGI Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan sudah terperangkap dengan pendedahan beliau mengenai penjualan Hotel Royale Chulan kepada syarikat Sing...
Saya Sokong Anwar Jadi Pm Kata Nazri Selepas Tersingkir

Saya Sokong Anwar Jadi Pm Kata Nazri Selepas Tersingkir

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 276 hits
March 8 2019 8 12 PMBekas menteri undang undang Nazri Aziz PETALING JAYA Nazri Aziz memberi sokongan penuh kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya beberapa jam selepas dia disingkirkan dari jawatan setiausaha ag...
Mat Sabu Kami Sedia Hadapi No Pas

Mat Sabu Kami Sedia Hadapi No Pas

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 436 hits
MALAYSIAKINI AMANAH menyifatkan musuh politik mereka Umno dan PAS semakin intim ke arah pembentukan sebuah gabungan politik baru Perkara itu katanya lebih jelas melalui kerjasama dalam pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Dewan Undang...
Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 332 hits
Diterbitkan pada 08 March 2019Mohamad Sabu mengakui PH sukar untuk menang dalam PRK DUN Rantau pada 13 April ini Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 8 Mac Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan sukar untuk menang d...
Najib Lama Hidup Dalam Kayangan Su Akhbar Mat Sabu

Najib Lama Hidup Dalam Kayangan Su Akhbar Mat Sabu

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 404 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa tidak memahami mengenai pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan Menurut Amin Shah Iskan...
Guan Eng Paling Kuat Lawan Judi Kata Mat Sabu

Guan Eng Paling Kuat Lawan Judi Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 443 hits
RAMAI orang tidak tahu bahawa Lim Guan Eng merupakan menteri paling lantang menentang amalan perjudian kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai persepsi ke atas DAP dan menteri kewangan itu serta...
Mat Sabu Mahu Cina Sertai Tentera Ph Kini Bertahan

Mat Sabu Mahu Cina Sertai Tentera Ph Kini Bertahan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 287 hits
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa tiada diskriminasi dalam angkatan tentera dan mana mana anggotanya yang tekun akan mendapat ganjaran setimpal Bercakap dalam dialog bersama Sinar Harian Mohamad setuju dengan pengacara ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025