Perang Najib Mat Sabu


ISMA WEB Syarikat Singapura setuju beli Hotel Royale Chulan RM198 juta

BANGI – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sudah terperangkap dengan pendedahan beliau mengenai penjualan Hotel Royale Chulan kepada syarikat Singapura dengan harga yang murah.
Hotel berkenaan yang terletak di kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur, dimiliki syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings, dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta.
Awal Mac lalu, bekas perdana menteri itu mendedahkan mengenai penjualan hotel berkenaan, tetapi Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Amin Shah Iskandar mengatakan Najib menyebar berita palsu mengenai perkara itu.
Amin berkata, Najib gagal memahami proses membabitkan penjualan Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, seperti yang diumumkan kepada Bursa Saham Malaysia pada 19 Februari lalu.
“Pemilik hotel, Boustead Holdings Bhd, belum memutuskan perjanjian untuk menjual hotel itu. Apa yang dilakukan ialah pengumuman kepada Bursa Malaysia pada 19 Februari oleh Boustead ialah hasratnya untuk menjual hotel berkenaan,” kata Amin dalam satu kenyataan akhbar disiarkan New Straits Times.
Tetapi, Najib kemudian mendedahkan dokumen daripada Bursa Saham Singapura di mana syarikat dari negara berkenaan mengesahkan mereka memperoleh kelulusan untuk membeli Hotel Royale Chulan daripada bursa saham itu.
“Mereka juga mengesahkan hotel 4 bintang 400 bilik ini terletak di atas tanah hak milik kekal dengan lokasi yang amat strategik di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.
“Syarikat Singapura ini juga puas hati dengan harga pembelian kerana saya percaya harga RM450,000 satu bilik ini adalah rendah jika dibandingkan dengan penjualan hotel 4 bintang lain di Kuala Lumpur.
“Ada hotel-hotel lain yang terletak di jalan yang sama yang pernah dijual pada harga dua kali ganda lebih tinggi beberapa tahun yang lepas ini,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.
Najib juga berkata, syarikat Singapura berkenaan turut mengesahkan bahawa wang deposit sudah pun dibayar kepada Boustead.
“Takkan syarikat Singapura ini mahu menipu Bursa Saham Singapura pulak? Betul atau tidak, Mat Sabu?,” katanya sambil meletak link Bursa Singapura dalam kiriman di Facebook beliau, bagi mengelak dituduh menyebar berita palsu.
Bagaimanapun, hari ini pihak Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu tidak mahu mengalah berhubung isu penjualan hotel berkenaan, apabila Amin sekali lagi mendakwa bekas perdana menteri tidak memahami mengenai pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan.
Menyatakan bahawa Najib terlalu lama hidup dalam ‘kayangan’, Amin dipetik media hari ini sebagai berkata:
“Bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak masih lagi bising mengenai isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan.
“Najib yang sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan itu berhujah “deposit” sudah pun dibayar oleh syarikat milik Singapura itu.
“Mungkin disebabkan terlalu lama hidup “dalam kayangan”, Najib tidak mengetahui bahawa membayar deposit bukan bermakna sesuatu urusan jual beli itu selesai. Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal.”
Menjawab kenyataan itu, Najib berkata, apabila beliau membuktikan wang deposit RM3.94 juta telah diterima oleh pihak Boustead, pihak Mat Sabu menjawab bahawa deposit berkenaan masih boleh dikembalikan jika sesuatu urus niaga tidak diteruskan atau terbatal.
Katanya, apabila beliau mendedahkan pengumuman pembeli dari Singapura mengenai pembelian hotel ini telah dibuat dan diluluskan oleh Bursa Saham Singapura, pihak Mat Sabu menjawab bahawa pengumuman kepada bursa saham adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat untuk memaklumkan kepada pemegang saham mengenai aktiviti mereka.
“Alangkah banyaknya masa dan wang kerajaan PH dan syarikat Singapura ini untuk dibazirkan bagi mengupah peguam, membuat perjanjian, membayar deposit, mengumum kepada Bursa Saham, jika langsung tidak ada niat untuk menjual hotel ini pada harga murah kepada syarikat Singapura.
“Kerajaan PH suka membuat kerja sia-sia main-main jual harta beratus juta ke? Maka terbukti sahihlah segala yang saya dedahkan sebelum ini. Lepas tu, mereka kata saya hidup dalam kayangan pulak. Sehingga kini, penjualan ini masih diteruskan dan tidak dibatal. Jika dibatalkan nanti pun, agaknya mereka akan batal atau tidak kalau saya tidak mendedahkan isu ini?,” kata Najib.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/perang-najib-mat-sabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Lama Hidup Dalam Kayangan Su Akhbar Mat Sabu

Najib Lama Hidup Dalam Kayangan Su Akhbar Mat Sabu

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 557 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa tidak memahami mengenai pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan Menurut Amin Shah Iskan...
Penjualan Royale Chulan Najib Minta Mat Sabu Simpan Mic Dalam Poket Jangan Baling

Penjualan Royale Chulan Najib Minta Mat Sabu Simpan Mic Dalam Poket Jangan Baling

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 522 hits
Media bisness The Edge pun troll Menteri Pertahanan kita Mereka pun tahu menteri kita adalah penipu Sebelum ini Menteri keluarkan dua kenyataan rasmi dalam cubaan nak sangkal saya Kata belum jual lagi Kata akan jual dengan harga lebih tingg...
Mat Sabu Akui Ph Terancam Dengan Kerjasama Umno Pas

Mat Sabu Akui Ph Terancam Dengan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 526 hits
SHAH ALAM Pakatan Harapan mengakui terancam dengan kerjasama di antara UMNO dengan Pas dan kegusaran itu diakui Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini Pengakuan Mohamad yang juga Menteri Pertahanan itu sekaligus menjawab segala persoalan men...
Mat Sabu Akui Jadi Pemerintah Lebih Sukar Berbanding Pembangkang

Mat Sabu Akui Jadi Pemerintah Lebih Sukar Berbanding Pembangkang

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 352 hits
SHAH ALAM Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan pemerintah lebih sukar berbanding bergelar pembangkang Katanya lebih lebih lagi beliau kini memegang jawatan penting sebagai menteri dan perlu menjaga tutur kata Loading Se...
Ustaz Fadzil Mat Sabu Sokong Anwar Jadi Pm

Ustaz Fadzil Mat Sabu Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 632 hits
SUBKY LATIFSEORANG pembaca menyanggah ulasan saya tentang PAS menolak Dato Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri sedang katanya Almarhum Ustaz Fadzil dan Mat Sabu menyokongnya bahkan Tuan Guru Nik Aziz pun setuju Jika ikut loghat Kedah ul...
Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 417 hits
Diterbitkan pada 08 March 2019Mohamad Sabu mengakui PH sukar untuk menang dalam PRK DUN Rantau pada 13 April ini Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 8 Mac Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan sukar untuk menang d...
Pan Perlu Pendekatan Baharu Kuasai Pemikiran Melayu Mat Sabu

Pan Perlu Pendekatan Baharu Kuasai Pemikiran Melayu Mat Sabu

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 583 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menyeru seluruh pemimpin dan ahli untuk mengambil perhatian terhadap perkembangan kerjasama UMNO dan Pas Mohamad berkata PAN perlu membuat pendekatan dan strategi baharu bagi menguasai ...
Mat Sabu Mahu Cina Sertai Tentera Ph Kini Bertahan

Mat Sabu Mahu Cina Sertai Tentera Ph Kini Bertahan

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 360 hits
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa tiada diskriminasi dalam angkatan tentera dan mana mana anggotanya yang tekun akan mendapat ganjaran setimpal Bercakap dalam dialog bersama Sinar Harian Mohamad setuju dengan pengacara ...
Penjualan Hotel Royale Chulan Mat Sabu Mahu Nafi Apa Lagi

Penjualan Hotel Royale Chulan Mat Sabu Mahu Nafi Apa Lagi

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 503 hits
Mat Sabu tetap tidak mahu mengalah dalam isu penjualan Hotel Royale Chulan 4 bintang di lokasi segitiga emas ibukota milik LTAT melalui Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang murah Apabila saya membuktikan wang deposit RM3 94 ...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan