Najib Lama Hidup Dalam Kayangan Su Akhbar Mat Sabu


MALAYSIAKINI

    Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa tidak memahami mengenai pengumuman Boustead kepada Bursa Malaysia berhubung isu penjualan Hotel Royale Chulan walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan

Menurut Amin Shah Iskandar, setiausaha akhbar kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hal ini disebabkan Najib terlalu lama hidup dalam 'kayangan'.

"Bekas perdana menteri dan menteri kewangan Najib Razak masih lagi bising mengenai isu penjualan Hotel Royal Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings walaupun penjelasan demi penjelasan sudah diberikan.

"Najib yang sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan itu berhujah "deposit" sudah pun dibayar oleh syarikat milik Singapura itu.
Amin Shah Iskandar"Mungkin disebabkan terlalu lama hidup "dalam kayangan", Najib tidak mengetahui bahawa membayar deposit bukan bermakna sesuatu urusan jual beli itu selesai.
 
"Wang deposit masih boleh dikembalikan sekiranya sesuatu urusniaga itu tidak jadi atau terbatal," kata Amin dalam suatu kenyataan hari ini.

Justeru itu, Amin berharap Najib yang juga bekas menteri kewangan yang berhadapan 42 pertuduhan di mahkamah dapat menginsafi kesalahan yang telah beliau lakukan

"Kami bersimpati dengan nasib dan masa depan Najib yang berdepan dengan 42 pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa sepanjang menjadi perdana menteri dan menteri kewangan dan diharapkan beliau akan menginsafi segala kesalahan yang dilakukan," jelasnya lagi.

Sudah meterai surat setuju terima
Najib mendakwa, Boustead sudah membuat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia dan mengesahkan ia sudah menandatangani surat setuju terima daripada syarikat Singapura dengan wang deposit RM3.94 juta atau dua peratus sudah diterima syarikat itu.

Dalam kenyataannya, Najib berkata, beliau tidak mahu menuduh menteri pertahanan  menipu namun jika pemimpin itu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.

“Tetapi, jika Mat Sabu (Mohamad) bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.
“Hukuman ini di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2009 adalah penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta,” tulis Najib dalam hantaran di Facebooknya.

Najib mendakwa Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat LTAT, Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga yang agak rendah, hanya RM197 juta walaupun hotel yang bertaraf empat bintang serta mempunyai 400 bilik itu berada
 di atas tanah hakmilik kekal dan terletak di kawasan tiga-segi emas Kuala Lumpur.

“Dia kata penjualan itu belum muktamad dan masih dalam proses memilih pembeli dan keutamaan akan diberi kepada pembeli tempatan.

“Dia juga kata tanah dan lokasi hotel itu strategik dan akan masih mencari harga jualan yang lebih tinggi. Maksudnya, masih mahu juallah,” kata Najib.

Sementara itu kata Amin, pengumuman kepada Bursa Saham Singapura adalah perkara biasa bagi sesebuah syarikat untuk memaklumkan kepada pemegang saham tentang aktiviti mereka.

"Masih ada beberapa syarat lain yang kedua belah pihak perlu patuhi seperti kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum ia boleh dimuktamadkan," katanya lagi

Terdahulu pada 27 Februari lalu Pejabat Menteri Pertahanan menjelaskan kerajaan belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung penjualan aset milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd (BHB) iaitu Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, di Kuala Lumpur.

“Oleh itu, tawaran yang terbaik daripada pembeli yang berminat sedang dalam pertimbangan dan keutamaan akan diberikan kepada syarikat tempatan,” kata kenyataan itu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/najib-lama-hidup-dalam-kayangan-su.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Najib Mat Sabu

Perang Najib Mat Sabu

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 302 hits
ISMA WEB Syarikat Singapura setuju beli Hotel Royale Chulan RM198 juta BANGI Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan sudah terperangkap dengan pendedahan beliau mengenai penjualan Hotel Royale Chulan kepada syarikat Sing...
Baru Tahu Susah Rupanya Jadi Pemerintah Mat Sabu

Baru Tahu Susah Rupanya Jadi Pemerintah Mat Sabu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 468 hits
Susah rupanya jadi pemerintah Mat Sabu Mohamad berkata demikian di program Bicara Minda anjuran Sinar Harian hari ini SHAH ALAM Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan pemerintah lebih sukar berbanding bergelar pembangkang...
Mat Sabu Akui Ph Terancam Dengan Kerjasama Umno Pas

Mat Sabu Akui Ph Terancam Dengan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Pakatan Harapan mengakui terancam dengan kerjasama di antara UMNO dengan Pas dan kegusaran itu diakui Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini Pengakuan Mohamad yang juga Menteri Pertahanan itu sekaligus menjawab segala persoalan men...
Mat Sabu Akui Jadi Pemerintah Lebih Sukar Berbanding Pembangkang

Mat Sabu Akui Jadi Pemerintah Lebih Sukar Berbanding Pembangkang

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 218 hits
SHAH ALAM Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan pemerintah lebih sukar berbanding bergelar pembangkang Katanya lebih lebih lagi beliau kini memegang jawatan penting sebagai menteri dan perlu menjaga tutur kata Loading Se...
Mat Sabu Kami Sedia Hadapi No Pas

Mat Sabu Kami Sedia Hadapi No Pas

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 378 hits
MALAYSIAKINI AMANAH menyifatkan musuh politik mereka Umno dan PAS semakin intim ke arah pembentukan sebuah gabungan politik baru Perkara itu katanya lebih jelas melalui kerjasama dalam pilihan raya kecil sebelum ini termasuk di Dewan Undang...
Ustaz Fadzil Mat Sabu Sokong Anwar Jadi Pm

Ustaz Fadzil Mat Sabu Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 400 hits
SUBKY LATIFSEORANG pembaca menyanggah ulasan saya tentang PAS menolak Dato Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri sedang katanya Almarhum Ustaz Fadzil dan Mat Sabu menyokongnya bahkan Tuan Guru Nik Aziz pun setuju Jika ikut loghat Kedah ul...
Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 279 hits
Diterbitkan pada 08 March 2019Mohamad Sabu mengakui PH sukar untuk menang dalam PRK DUN Rantau pada 13 April ini Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 8 Mac Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan sukar untuk menang d...
Mat Sabu Pertahan Kenyataan Rasis Guan Eng

Mat Sabu Pertahan Kenyataan Rasis Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 224 hits
SHAH ALAM Nampaknya tiada seorang pun pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan berani mengecam Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan hasutan pengisytiharan perang ke atas bukan Melayu termasuklah Mohamad Sabu walaupun beliau Menteri Pertaha...
Aura Najib Pas Antara Faktor Kemenangan Bn Tok Mat

Aura Najib Pas Antara Faktor Kemenangan Bn Tok Mat

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 731 hits
TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hassan menyifatkan aura bekas perdana menteri Najib Razak turut membantu kemenangan BN di PRK Semenyih Semua memainkan peranan tiada satu perkara yang memainkan peranan besar Pastinya Najib bawa aura baru untu...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music

Potong Ikan Keluar Api

Kp Umno Tidak Perlu Layan Teguran Dari Sikitol Kluster Pengkhianat

Rights Group Calls For Police Probe Into Inciting Statements On Allah Socks

In Src International Civil Suit Former Director Says Najib Was Chess Grandmaster In Company S Scheme Of Things