Hadi Mat Hassan Alatkan Dr Mahathir Untuk Singkir Anwar


ULASAN 
Usaha untuk gugatkan hubungan Dr M - Anwar.RAMAI yang seronok dan menadah tangan bersyukur, apabila Pas dan Umno mengambil keputusan untuk bergabung dengan menjadikan Melayu dan agama sebagai landasan.

Kedua parti itu menjadikan keadaan bangsa Melayu yang kritikal dan kedudukan Islam terancam dewasa ini, dibawah kerajaan PH menyebabkan mereka mengambil keputusan.

Kalau benar tindakan itu dibuat kerana alasan itu, ia sesuatu yang bagus. Sebagai parti Melayu terbesar sewajarnya kedua parti itu mengambil pendekatan itu dan menghentikan perbalahan selama ini yang tidak menguntung. Soalnya benarkah begitu?

Kemusykilan itu timbul apabila penggabungan itu menggunakan alasan itu. Apakah benar kedudukan Melayu terancam dan kedudukan agama kritikal. Tidak jelas dari sudut manakah ancaman didakwa itu. Perkembangan Islam masih berjalan dengan tenang dan tidak ada apa-apa kepentingan Islam berkurangan.

Bahkan kalau di Pulau Pinang kerajaan negeri itu memperuntukan banyak peruntukan untuk institusi agama di negeri itu. Begitu juga dengan kedudukan bangsa Melayu. Apakah kekurangan keistimewaan Melayu yang berlaku kini?

Tidak nampak dimana kebenaran segala tuduhan itu. Justeru alasan dijadikan asas untuk bergabung itu hanya rekacipta sahaja.

Sejarah lampau.
Lama sebelum ini kedua parti itu pernah bergabung menerusi BN pada awal tahun 1970an. Alasan diguna ketika itu sama yang digunakan kini, untuk perpaduan ummah dan kekuatan orang Melayu. Peristiwa 13 Mei dijadikan penyebab untuk membawa Melayu Pas dan Umno bersatu dalam BN.

Bagaimana pun kebersamaan itu hanya sekejap sahaja, tidak sampai pun satu dekad. Kira-kira empat tahun selepas penyertaan Pas dalam BN parti agama itu ditendang keluar.  Apakah tindakan menendang keluar itu setelah Umno berasakan Melayu sudah kaut? Yang jelasnya Umno berbuat demikian sesudah ia mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya tahun 1974. Nampak di sini Umno mengajak Pas untuk bersama mereka kerana mahu mendapat laba besar dalam pilihan raya.

Apakah situasi sama berulang kembali. Penggabungan yang diperlukan oleh kedua parti itu, khasnya Umno dilihat atas motif politik untuk saling memperalatkan di antara satu sama lain? Yang paling terdesak untuk bergabung ialah Umno, setelah ia kehilangan kerajaan dalam pilihan raya lalu. Ini rahsianya.

Pas juga turut merasai kecewa apabila mereka juga kalah dan gagal untuk membentuk kerajaan Malaysia seperti mana diimpi-impikan. Kekecewaan dan malu itu lagi dirasai apabila kawan-kawan mereka dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mereka hina dan cerca telah berjaya menjadi anggota kerajaan walaupun parti mereka berumur setahun jagung.

Lantaran itu sangat jelas penggabungan Umno dengan Pas itu dilakukan berlandaskan rasa kecewa dan ingin membalas dendam. Ia sama sekali tidak atas alasan seperti mana diuar-uarkan dan dijual kepada orang ramai kononnya Melayu dan islam dalam situasi kritikal waktu ini.

Sekarang ini berbagai isu dicanang untuk memperlihatkan kononnya Melayu dan agama Islam terancam. DAP pula dijadikan senjata dan modal untuk membenarkan apa yang dicanang itu. Kononnya DAP menjadi tuan kepada kerajaan PH hari ini. Ketakutan kepada DAP yang digambarkan persis ketakutan budak kepada burung geruda dan kutilanak yang dongeng.

Dari sisi motif politik yang "mikro" penggabungan itu adalah tektik Umno - Pas juga untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi PM. Hal ini nampak begitu jelas apabila Presiden Pas Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir untuk jadi PM sehingga habis penggal kelima. Kenapa sokongan sekerat jalan sahaja kepada Dr Mahathir kenapa tidak sampai habis?

Kenyataan sama juga dizahirkan oleh Pemangku Presiden Umno, Mohamad Hassan selepas kedua parti itu mengadakan mesyuarat untuk mengesahkan penggabungan itu. Mereka sepakat mempergunakan Dr Mahathir demi menghalang Anwar.

Isu yang dijual mereka akan menyokong Dr Mahathir kononnya PM itu akan menghadapi undi tidak percaya di parlimen. Isu itu direkacipta oleh Umno dan Pas untuk menimbulkan keadaan tidak selesa dalam PH.  Dari segi logik politik langsung tidak ada.

Usaha itu pasti gagal. Dr Mahathir tidak mudah menjadi budak yang boleh diperolok-olokkan oleh Pas dan Umno untuk menurut kemahuan mereka.

Konsensus dan persetujuan yang telah dicapai oleh PH bahawa Anwar akan mengambil alih kepimpinan daripada Dr Mahathir dalam tempoh dua tahun tidak boleh dirubahkan lagi. Dr Mahathir sendiri menyedari apa yang dipersetujui itu. Konsensus itulah merupakan roh kepada kerajaan PH.

Timbul juga kemusykilan kepada saya, siapakah yang menjadi tukang reka (master mind) kononnya akan berlaku undi tidak percaya terhadap Dr Mahathir itu? Apakah ia dilakukan sendiri oleh orang dalam PH yang juga menyimpan cita-cita untuk menjadi PM?

Kesimpulannya penggabungan Umbo dan Pas bukan berasaskan kepentingan Melayu dan agama, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada kekecewaan kerana kalah, tidak dapat membentuk kerajaan dan berasaskan amarah untuk menghalang Anwar daripada menjadi PM. [wm.kl.6:10 08/0319]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2019/03/hadi-dan-mat-hassan-guna-dr-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Anwar Dedahkan Bukti Memang Hadi Telah Membayar Rm 1 4 Juta Kepada Claire

Video Anwar Dedahkan Bukti Memang Hadi Telah Membayar Rm 1 4 Juta Kepada Claire

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 335 hits
GEMPAR Anwar dedahkan bukti akaun bahawa Hadi telah membayar kepada Claire sebanyak RM 1 4 Juta bagi menyelesaikan kes di luar mahkamah Dua hari lepas Anwar dah dedahkan tetapi semalam Pas menafikannya Malam tadi dalam ceramahnya di PRK Sem...
Anwar To Expose Details On Hadi Paid Sarawak Report Tonight

Anwar To Expose Details On Hadi Paid Sarawak Report Tonight

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 255 hits
PKR president Anwar Ibrahim has reiterated his allegation that PAS president Abdul Hadi Awang paid more than RM1 million to Sarawak Report to settle his civil suit against the website Claiming to possess credible information on the matter h...
Anwar Says He Has Bank Records To Prove Hadi Paid Rm1 4 Mil To Rewcastle Brown But Refuses To Show Those Records

Anwar Says He Has Bank Records To Prove Hadi Paid Rm1 4 Mil To Rewcastle Brown But Refuses To Show Those Records

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 309 hits
Anwar Ibrahim tonight said he has bank records to show that PAS president Abdul Hadi Awang paid RM1 4 million to Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown in their out of court settlement He did not name the bank but said Hadi was welcome...
Sergah Abdul Hadi Anwar Perlu Sedar Diri

Sergah Abdul Hadi Anwar Perlu Sedar Diri

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 261 hits
Ir Khairil Nizam KhirudinKUALA LUMPUR Dewan Pemuda Pas Malaysia mengingatkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak berasa selesa dengan kedudukannya sekarang yang konon bakal mengambilalih jawatan Perdana Menteri Timbalan Ketuany...
Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

Tun Mahathir Tak Percaya Pas Sia Sia Saja Hadi Beri Sokongan

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 429 hits
Hadi Awang nampaknya hanya melakukan kerja sia sia apabila menyatakan sokongan parti itu terhadap Tun Mahathir Mohamad Ia bukan saja kerana usul undi tidak percaya yang diharapkan Hadi akan berlaku kepada Tun Mahathir itu sebenarnya tidak l...
Anwar Ada Bukti Hadi Bayar Clare Rm1 4 Juta

Anwar Ada Bukti Hadi Bayar Clare Rm1 4 Juta

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 419 hits
Anwar Ibrahim ada bukti dalam bentuk penyata bank yang Abdul Hadi Awang membayar Clare Rewcastle Brown RM1 4 juta Dokumen tersebut berada di dalam salah sebuah dari enam kotak yang masih disimpan oleh Anwar semenjak dari tahun 1998 berkaita...
Mahathir Sudah Mempunyai Bukti Cukup Untuk Menguburkan Anwar Bersama Rameli

Mahathir Sudah Mempunyai Bukti Cukup Untuk Menguburkan Anwar Bersama Rameli

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 609 hits
Adalah mustahil Bank Negara langsung tidak menghubungi Hadi mahupun Pengurus Maybank Jalan Tun Razak bagi mengesahkan dakwaan dakwaan Clare Americk dan Rameli melainkan kesemua mereka terlibat bersama dalam satu konspirasi jahat untuk menya...
Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 369 hits
Tepat 4 September 2019 akan genaplah 21 tahun kisah yang menggemparkan seluruh negara terjadi Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di pecat oleh Dr Mahathir atas alasan moral dan bermulalah era reformasi dan demo...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah