Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri
Zakat pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas pendapatan atau gaji yang halal dan cukup syarat seperti nisab dan milik sempurna. Ia termasuk gaji, elaun, bonus, upah profesional dan lain-lain hasil usaha seseorang Muslim. Untuk mengetahui syarat dan cara membayar zakat pendapatan, layari portal Mufti WP di pautan berikut: https://www.muftiwp.gov.my
Bagi yang belum pernah membayar zakat pendapatan, anda boleh rujuk perkongsian di bawah mengenai cara kira, bayar dan info lanjut mengenai zakat pendapatan.
Apa Itu Zakat Pendapatan?
Zakat pendapatan ialah salah satu bentuk zakat harta yang wajib dikeluarkan oleh umat Islam di Malaysia ke atas pendapatan atau perolehan halal yang diperolehi daripada sumber seperti gaji, upah, elaun, bonus, komisen dan seumpamanya.

Ia timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad, iaitu zakat ke atas harta perolehan hasil usaha tanpa proses jual beli dan menjadi wajib selepas memenuhi syarat seperti nisab (setara nilai 85 gram emas) serta haul (tempoh setahun), ditolak had kifayah atau perbelanjaan asas.
Pendapatan ini mesti benar-benar milik sempurna, dan kadar zakatnya secara umum ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan kasar atau bersih setahun yang layak, bergantung kepada fatwa negeri masing-masing.
Dalil Kewajipan Zakat Pendapatan
Kewajipan zakat pendapatan telah diasaskan oleh beberapa dalil. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke 267 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Selain itu, dalam sebuah hadis (yang bermaksud): Telah diceritakan oleh Said Bin Abi Burdah dari bapanya dari datuknya dari Nabi SAW bersabda:
Sedekah ditekankan atas setiap Muslim Lalu para Sahabat bertanya: Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan orang yang tidak mendapatkan (sesuatu untuk disedekahkan) Beliau menjawab: Dia beramal dengan tangannya (kerja), sehingga dia bermanfaat bagi dirinya lalu dia bersedekah.
(HR Bukhari & Muslim)
Sumber: PPZ MAIWP
Kategori Pendapatan yang Termasuk dalam Pengiraan Zakat
Berikut ialah hasil pendapatan yang perlu dizakatkan:
Jenis Hasil PendapatanPenjelasanHasil penggajian dan upah kerja tahunanHasil ini meliputi gaji, upah, elaun, bonus, tuntutan kerja lebih masa, pampasan, gratuiti, pencen, insentif, dan sebagainya.Hasil kerja bebas dan professional tahunanAntara contoh hasil ini ialah bayaran atau keuntungan sesuatu projek, bayaran perkhidmatan konsultansi, komisyen, ‘residual income’, dan royalti.Hasil daripada harta yang menghasilkan pendapatanHasil jenis ini termasuk hasil sewaan aset seperti rumah, premis, kereta, dan sebagainya. Contoh lain ialah hasil produk ternakan seperti daging, telur, dan susu.Hasil sumbangan atau pemberianHasil ini merangkumi harta yang diperolehi melalui ihsan seperti saguhati, hadiah, sedekah, dan sebagainya. Harta ini boleh diterima daripada institusi atau individu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat juga harta yang tidak boleh dizakatkan iaitu apa-apa hasil pendapatan yang mempunyai unsur tidak patuh shariah seperti riba ataupun harta syubhah (ragu-ragu).
Siapa Wajib Bayar Zakat Pendapatan?
Zakat pendapatan wajib dibayar oleh individu Muslim yang memenuhi syarat-syarat tertentu mengikut fatwa negeri di Malaysia seperti berikut:
Islam: Pemilik harta mestilah beragama Islam.
Merdeka: Bukan dalam keadaan hamba.
Milik Sempurna: Pendapatan tersebut adalah hak milik penuh dan boleh digunakan.
Cukup Nisab: Jumlah pendapatan setahun mestilah sama atau melebihi nilai 85 gram emas.
Cukup Haul: Telah berlalu tempoh setahun (biasanya dikira berdasarkan pendapatan tahunan).
Tahukah anda?
Di Malaysia, setiap sen zakat yang anda bayar kepada pusat zakat rasmi layak mendapat rebat cukai pendapatan daripada LHDN. Ini bermakna bayaran zakat akan ditolak terus daripada jumlah cukai yang perlu anda bayar.
Kadar & Nisab
Kadar zakat pendapatan di semua negeri Malaysia adalah tetap iaitu sebanyak 2.5% daripada pendapatan bersih (selepas tolak keperluan asas) apabila cukup nisab.
Nisab pula adalah nilai ambang (paras minimum) yang menentukan kewajipan zakat, dikira berdasarkan nilai semasa 85 gram emas. Oleh kerana harga emas berubah, nilai nisab juga berubah mengikut tahun dan negeri.
Nisab asas 2025 yang banyak dijadikan rujukan ialah sekitar RM29,740–RM35,449 setahun bergantung tempoh dan institusi (awal tahun, pertengahan tahun, dan negeri).
Berikut adalah anggaran nilai nisab di beberapa negeri utama:
NegeriKadar ZakatNisab Tahunan (Anggaran/Terkini)Johor2.5%RM 46,362.36Kedah2.5%RM 38,618.66Selangor2.5%RM 35,449.00Negeri Sembilan2.5%RM 33,880.36Perak2.5%RM 32,133.89Wilayah Persekutuan2.5%~RM 35,000 – RM 45,000Melaka2.5%RM 29,740.77Pulau Pinang2.5%~RM 30,000 – RM 40,000Kelantan2.5%RM 29,376.00SabahRM29,000
Nota: Oleh kerana harga emas dunia yang tidak menentu, kebanyakan pusat zakat negeri akan mengemas kini nilai nisab mereka dua kali setahun (Januari & Julai). Nilai di atas adalah rujukan paling hampir untuk permulaan tahun 2026.
Cara Kira Zakat Pendapatan
Secara praktikal, ada dua kaedah utama untuk mengira zakat pendapatan di Malaysia, iaitu; tolak perbelanjaan asas dahulu, atau terus ambil 2.5% daripada pendapatan kasar jika sudah pasti melebihi nisab.
1. Kaedah Tanpa Tolakan (Gaji Kasar)
Ini adalah cara yang paling mudah dan ringkas. Anda hanya perlu mengambil jumlah keseluruhan pendapatan tahunan anda (termasuk gaji, elaun, bonus, dan komisen) dan darabkan dengan 2.5%.
Formula:
Zakat = Jumlah Pendapatan Kasar Setahun x 2.5%
Contoh:
Gaji sebulan: RM4500 x 12 = RM54,000
Elaun sebulam: RM250 x 12 = RM3,000
Jumlah Pendapatan:RM57,000 (setahun)
Kadar zakat yang dikenakan:
RM 57,000 x 2.5 % setahun = RM 1,425 setahun
RM 1,425 setahun / 12 = RM118.75 sebulan
2. Kaedah Dengan Tolakan (Had Kifayah)
Kaedah ini lebih popular kerana ia mengambil kira perbelanjaan asas atau Had Kifayah (keperluan hidup). Zakat hanya dikenakan ke atas lebihan setelah menolak belanja keperluan.
Langkah-langkah:
Kira jumlah pendapatan kasar setahun.
Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (Had Kifayah).
Jika baki (pendapatan boleh zakat) melebihi Nisab, maka wajib bayar 2.5%.
Contoh Tolakan Yang Dibenarkan (Anggaran):
Caruman Tabung Haji: (Jumlah sebenar)
Diri sendiri: RM 12,000 – RM 14,000
Isteri: RM 5,000
Anak (seorang): RM 2,000 – RM 3,000
Caruman KWSP: (Jumlah caruman pekerja)
Pemberian kepada ibu bapa: (Jumlah sebenar)
Contoh:
A. PENDAPATAN
i. Gaji sebanyak RM4,500.00 x 12 bulan: RM54,000.00
ii. Elaun sebanyak RM250.00 x 12 bulan: RM3000.00
JUMLAH PENDAPATAN: RM57,000.00
B. PERBELANJAAN
i. Diri sendirian (RM8,000.00 setahun): RM8,000.00
ii. Isteri sendirian (RM5,000.00 setahun): RM5,000.00
iii. Anak (RM1,000.00 seorang x 2 orang): RM2,000.00
iv. KWSP/LTAT (19% setahun): RM5,610.00
vi. Tabung Haji (setahun): –
JUMLAH PERBELANJAAN: RM21,810.00
C. JUMLAH YANG LAYAK ZAKAT (A – B): RM35,190 (Melebihi nisab)
Zakat (2.5% setahun):
RM62,190.00 x 2.5% = RM879.75 setahun
(RM1,554.75 / 12 bulan = RM73.31sebulan
Semakan Nisab & Haul Setiap Negeri
Berikut adalah pautan portal rasmi bagi setiap pusat zakat negeri di Malaysia.
Melalui pautan ini, anda boleh menyemak kadar Nisab semasa (yang sentiasa dikemas kini mengikut harga emas) serta menggunakan kalkulator zakat untuk pengiraan Haul (tempoh setahun) pendapatan anda.
NegeriNama Agensi ZakatPautan Portal RasmiW. PersekutuanPPZ-MAIWPzakat.com.mySelangorLembaga Zakat Selangorwww.zakatselangor.comJohorMAI Johor (Zakat)maij.gov.myKedahLembaga Zakat Kedahzakatkedah.com.myPulau PinangZakat Pulau Pinangzakatpenang.comPerakMAI Perak (Zakat)maiamp.gov.myNegeri SembilanZakat Negeri Sembilanmains.gov.myMelakaZakat Melakaizakatmelaka.com.myPahangZakat Pahangzakatpahang.myTerengganuMAIDAMmaidam.gov.myKelantanMAIKe-maik.my PerlisMAIPsmaips.gov.mySabahBahagian Zakat MUISappszakat.muis.gov.mySarawakTabung Baitulmal Sarawakwww.tbs.org.my/
Haul ialah 1 tahun penuh (354 hari Hijrah) daripada pendapatan pertama melebihi nisab, atau bulanan untuk pendapatan berterusan.
Cara Bayar Zakat Pendapatan
Zakat pendapatan boleh dibayar melalui beberapa saluran mudah di Malaysia, termasuk secara online, kaunter fizikal, potongan gaji atau aplikasi mudah alih mengikut negeri.
Pembayaran layak rebat cukai LHDN jika dibuat sebelum 31 Disember untuk tahun semasa.
1. Bayaran Secara Dalam Talian
Portal Rasmi Zakat Negeri: Setiap negeri mempunyai portal e-zakat sendiri (Contoh: e-Zakat Pay Selangor, JomZakat Kedah, atau portal PPZ-MAIWP).
Perbankan Internet: Melalui aplikasi bank anda (Maybank2u, CIMB Clicks, Bank Islam, dll). Anda boleh menggunakan menu ‘Pay Bills’ atau cari ‘Zakat’.
FPX: Pembayaran terus dari akaun bank anda melalui portal zakat negeri.
2. Potongan Gaji Berjadual (PGB)
Kaedah ini sangat digalakkan untuk kakitangan awam dan swasta kerana ia lebih konsisten dan memudahkan urusan cukai pendapatan.
Kelebihan: Anda akan mendapat Rebat Cukai Pendapatan (LHDN) secara automatik setiap bulan melalui sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB).
Cara Daftar: Isi borang kebenaran potongan gaji secara online di laman web zakat negeri anda atau melalui unit gaji majikan anda.
3. Aplikasi E-Wallet & Mudah Alih
Aplikasi Dompet Digital: TNG eWallet, Boost, GrabPay, dan GoPayz kini mempunyai fungsi pembayaran zakat terus.
Aplikasi Khusus: Aplikasi seperti Tulus, MyPay, dan The Noor juga menyediakan platform bersepadu untuk membayar zakat ke pelbagai negeri.
4. Bayaran Secara Fizikal (Kaunter)
Kaunter Bank & Pejabat Pos: Kebanyakan bank tempatan dan Pos Malaysia menerima bayaran zakat di kaunter mereka.
Kaunter Pusat Zakat: Terdapat di pusat beli-belah, UTC, atau pejabat zakat daerah.
Bila Perlu Bayar Zakat Pendapatan?
Zakat pendapatan perlu dibayar apabila syarat wajib (Islam, baligh, berakal, mempunyai pendapatan melebihi nisab dan haul) sudah dipenuhi, tanpa tarikh tetap seperti zakat fitrah.
Anda juga boleh pilih nak bayar setahun terus (sebelum 31 Disember untuk dapat rebat LHSDN) atau bayar bulanan.
Tarikh Disyorkan Bayar Zakat Pendapatan:
Sebelum 31 Disember 2025: Layak rebat cukai 100% jika resit diserahkan LHDN.
Sebelum Ramadhan 2026: Galakan untuk membersihkan harta sebelum puasa; banyak lembaga zakat adakan kempen.
Potongan gaji bulanan: Bayar secara berjadual sepanjang tahun selepas cukup nisab.
Cara Dapat Rebat Cukai LHDN Melalui Zakat Pendapatan
Zakat pendapatan layak rebat cukai pendapatan 100% daripada LHDN mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, Seksyen 6A(3), dengan syarat bayar dalam tahun taksiran dan ada resit rasmi dari lembaga zakat negeri.
1. Cara Automatik (Potongan Gaji Berjadual – PGB)
Ini adalah kaedah yang paling mudah untuk kakitangan sektor awam atau swasta.
Langkah: Anda memohon kepada majikan untuk membuat potongan zakat terus daripada gaji bulanan.
Proses Rebat: Majikan akan menyelaraskan potongan zakat tersebut dengan Potongan Cukai Berjadual (PCB) anda.
Kesan: Jika jumlah zakat anda sama atau lebih daripada jumlah PCB, anda mungkin tidak perlu membayar cukai pendapatan bulanan lagi kerana ia telah diimbangi oleh zakat.
2. Cara Manual (Bayaran Terus & e-Filing)
Jika anda membayar zakat secara sekaligus (lump sum) di kaunter atau portal zakat:
Langkah 1: Bayar Sebelum 31 Disember. Pastikan tarikh pada resit adalah dalam tahun kalendar yang sama (2025).
Langkah 2: Simpan Resit. Resit rasmi daripada Pusat Zakat Negeri adalah dokumen wajib sekiranya anda diaudit oleh LHDN.
Langkah 3: Isi e-Filing (Mac – Mei 2026). Semasa mengisi borang e-Filing (Borang BE atau B), cari bahagian “REBAT / TOLAKAN CUKAI”.
Langkah 4: Masukkan Jumlah. Masukkan jumlah keseluruhan zakat yang telah dibayar pada tahun 2025 ke dalam ruangan “Zakat dan Fitrah”.
Pelepasan Cukai vs Rebat Zakat
JenisFungsiKesan Kepada Wang AndaPelepasan (Relief)Menolak jumlah pendapatan yang dicukai.Menjimatkan sedikit cukai (berdasarkan peratus tangga gaji).Rebat (Zakat)Menolak terus daripada jumlah cukai yang sudah siap dikira.Jimat 100%. Jika cukai anda RM1,000 dan zakat anda RM1,000, maka cukai anda menjadi RM0.

Soalan Lazim Zakat Pendapatan
Adakah Zakat Pendapatan ini wajib? Ya. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri telah mewartakan bahawa zakat pendapatan adalah wajib bagi umat Islam yang memenuhi syarat (Islam, merdeka, milik sempurna, cukup nisab, dan cukup haul).
Apa yang dikira sebagai “Pendapatan”? Bukan hanya gaji pokok, tetapi merangkumi semua jenis upah atau imbuhan daripada kerja, antaranya:
– Gaji bulanan dan tunggakan gaji (Arrears).
– Bonus, imbuhan (incentive), dan komisen.
– Elaun (makan, pengangkutan, rumah, dll).
– Pendapatan sampingan (Freelance, hasil sewa, royalti).
Saya sudah bayar Cukai Pendapatan (LHDN), adakah perlu bayar Zakat lagi? Ya, perlu. Zakat adalah kewajipan agama, manakala cukai adalah kewajipan kepada negara. Di Malaysia, bayaran zakat akan mendapat Rebat Cukai 100%. Maksudnya, setiap ringgit yang anda bayar untuk zakat akan menolak jumlah cukai yang perlu anda bayar kepada LHDN.
Di negeri mana saya patut bayar zakat? Zakat sebaiknya dibayar di negeri tempat anda mencari rezeki (bekerja). Contohnya, jika anda menetap di Selangor tetapi bekerja di Kuala Lumpur, anda digalakkan membayar kepada PPZ-MAIWP (Wilayah Persekutuan).
Bagaimana jika saya terlupa bayar zakat tahun-tahun lepas? Zakat yang tertunggak tetap menjadi hutang kepada Allah. Anda perlu melakukan Zakat Qada. Kira anggaran pendapatan tahun-tahun tersebut, bandingkan dengan nisab tahun berkenaan, dan bayar mengikut kadar 2.5%. Kebanyakan portal zakat mempunyai pilihan menu “Qada Zakat”.
Adakah caruman KWSP perlu dizakatkan setiap tahun? Tidak. Wang KWSP hanya wajib dizakatkan apabila ia dikeluarkan (disah milik).
Bolehkah saya bayar zakat terus kepada asnaf (orang susah) tanpa melalui pusat zakat? Hukumnya sah, tetapi tidak digalakkan dan ada negeri yang mewajibkan melalui pemerintah (Amil).
Berapa nisab dan kadar zakat? Nisab = nilai 85g emas tahunan (RM29,740–RM35,449 untuk 2025); kadar 2.5% daripada pendapatan bersih selepas tolak perbelanjaan asas.
Adakah perlu tunggu haul (1 tahun) sebelum bayar? Untuk pendapatan berterusan seperti gaji, boleh bayar bulanan/tahunan tanpa tunggu haul penuh. Haul wajib untuk simpanan dari pendapatan tersebut.
Apa perbelanjaan asas yang boleh ditolak? Nafkah diri/isteri/anak, KWSP/SOCSO, Tabung Haji, pendidikan, perubatan, dan keperluan munasabah.
Bolehkah dapat rebat cukai kalau bayar zakat pendapatan? Ya, 100% rebat LHDN jika bayar sebelum 31 Disember dan serahkan resit. Bayar akhir tahun 2025 masih layak.
Adakah zakat pendapatan berasingan dengan zakat simpanan? Ya, zakat simpanan (wang lebihan) dikira berasingan apabila cukup nisab dan haul tersendiri.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/zakat-pendapatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zakat-pendapatan