Mat Sabu Mahu Cina Sertai Tentera Ph Kini Bertahan



Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa tiada diskriminasi dalam angkatan tentera dan mana-mana anggotanya yang tekun akan mendapat ganjaran setimpal. Bercakap dalam dialog bersama Sinar Harian, Mohamad setuju dengan pengacara Johan Jaafar bahawa bilangan anggota baru dari kaum Cina masih rendah. 
"Kami akan meneruskan kempen. Kami tahu kadar kemasukan di kalangan masyarakat India tinggi tetapi di kalangan Cina, kita harap lebih ramai (yang menyertai angkatan tentera)," katanya. 
Katanya, anggota yang berdisiplin dan rajin akan dinaikkan pangkat dan beliau telah melihat sendiri perkara itu sejak mengetuai kementerian itu. 
"Saya harap semua kaum akan menyertai angkatan tentera kerana kita rakyat Malaysia. Tanggungjawab mengekalkan keselamatan tidak terletak pada satu kaum sahaja, tetapi semua warga," katanya. 
Berkenaan beberapa cabaran yang dihadapi tentera, Mohamad berkata perumahan merupakan isu besar bagi anggota dan usaha untuk menambah baik keadaan itu sedang berjalan. 
Beliau setuju dengan Johan bahawa kerajaan persekutuan pada masa ini berdepan kekangan belanjawan namun berkata lebih banyak dana akan diberikan apabil keadaan ekonomi bertambah baik. 
"Baru-baru ini kabinet diberi taklimat oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkenaan berhubung pelaburan asing yang kian meningkat. Kami berharap ekonomi akan bertambah baik untuk beberapa tahun akan datang dan (maka) dana untuk tentera, termasuk perumahan, akan bertambah," katanya lagi. 
Johan kemudian berkata trak tentera masih digunakan untuk menghantar anak-anak tentera ke sekolah dan bertanya apa yang boleh dilakukan oleh Mohamad berkenaannya. Mohamad mengakui ia masih berlaku di sesetengah kawasan. 
"Kami akan menambah baik dari masa ke masa dan (membekalkan) kenderaan yang lebih sesuai (kepada anak-anak itu)." 
Beliau memaklumkan perbelanjaan tentera Malaysia adalah "sederhana" berbanding banyak negara lain dan ia akan ditambah pada masa depan apabila negara mampu melakukannya. Beliau bagaimanapun berkata tentera sentiasa bersedia walaupun negara dalam keadaan aman. 
(PH) kini dalam keadaan bertahan.
Kerjasama Umno-PAS Mengulas soal politik, Mohamad setuju dengan kenyataan Johan bahawa Pakatan Harapan (PH) kini dalam keadaan bertahan. Beliau bagaimanapun yakin PH akan dapat keluar daripada keadaan itu tak lama lagi. 
Semasa menjadi timbalan presiden PAS, katanya, beliau tidak diberitahu tentang usaha sesetengah pemimpin parti untuk mengadakan kerjasama dengan Umno. Katanya, pada 1970-an PAS mengadakan mesyuarat perwakilan kebangsaan khas untuk membincangkan cadangan menyertai BN, dan perbincangan sama diadakan sebelum ia bekerjasama dengan Semangat 46 dan Barisan Alternatif pada 1990-an. 
"Paling sukar adalah bekerjasama dengan DAP (pada 2008). Sesetengah ulama setuju, ada yang tidak. Kami adakan perbincagan, buat retreat. Akhirnya keputusan dibuat. Kami membuat tahaluf dengan DAP. 
"Apa yang membingunkan saya adalah dengan Umno, mengapa mereka buat di belakang?" soalnya. 
Untuk rekod, Mohamad merupakan salah seorang daripada ramai pemimpin dan anggota PAS yang keluar parti pada 2015 untuk menubuhkan Amanah yang kini merupakan salah satu parti pemerintah. at March 09, 2019 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/03/mat-sabu-mahu-cina-sertai-tentera-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Mahu Lebih Ramai Kaum Cina Sertai Angkatan Tentera Malaysia

Menteri Mahu Lebih Ramai Kaum Cina Sertai Angkatan Tentera Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 285 hits
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berharap lebih ramai kaum cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia bagi mengimbangkan tanggungjawab menjaga keselamatan negara Ini kerana Angkatan Tentera Malaysia ketika ini dilihat kurang menarik minat peny...
Kerajaan Yang Dibina Atas Fitnah Tidak Akan Bertahan Lama Tok Mat

Kerajaan Yang Dibina Atas Fitnah Tidak Akan Bertahan Lama Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 398 hits
Kerajaan yang didirikan atas dasar fitnah tidak akan bertahan lama kerana apa yang mereka fitnahkan selama ini bakal menjerat diri mereka sendiri dan rakyat tentunya dapat melihat dengan jelas perkara tersebut satu persatu terserlah hari in...
Paling Hebat Tahun Ini Mat Sabu

Paling Hebat Tahun Ini Mat Sabu

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Paling hebat tahun ini itulah reaksi Menteri Pertahanan Mohamad Sabu ketika diminta mengulas mengenai perkembangan penyertaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 bermula 26 hingga 30 Mac ini Beliau berkat...
Guan Eng Paling Kuat Lawan Judi Kata Mat Sabu

Guan Eng Paling Kuat Lawan Judi Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 439 hits
RAMAI orang tidak tahu bahawa Lim Guan Eng merupakan menteri paling lantang menentang amalan perjudian kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai persepsi ke atas DAP dan menteri kewangan itu serta...
Baru Tahu Susah Rupanya Jadi Pemerintah Mat Sabu

Baru Tahu Susah Rupanya Jadi Pemerintah Mat Sabu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 502 hits
Susah rupanya jadi pemerintah Mat Sabu Mohamad berkata demikian di program Bicara Minda anjuran Sinar Harian hari ini SHAH ALAM Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan pemerintah lebih sukar berbanding bergelar pembangkang...
Ustaz Fadzil Mat Sabu Sokong Anwar Jadi Pm

Ustaz Fadzil Mat Sabu Sokong Anwar Jadi Pm

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 442 hits
SUBKY LATIFSEORANG pembaca menyanggah ulasan saya tentang PAS menolak Dato Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri sedang katanya Almarhum Ustaz Fadzil dan Mat Sabu menyokongnya bahkan Tuan Guru Nik Aziz pun setuju Jika ikut loghat Kedah ul...
Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 325 hits
Diterbitkan pada 08 March 2019Mohamad Sabu mengakui PH sukar untuk menang dalam PRK DUN Rantau pada 13 April ini Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 8 Mac Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan sukar untuk menang d...
Mat Sabu Pertahan Kenyataan Rasis Guan Eng

Mat Sabu Pertahan Kenyataan Rasis Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 252 hits
SHAH ALAM Nampaknya tiada seorang pun pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan berani mengecam Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan hasutan pengisytiharan perang ke atas bukan Melayu termasuklah Mohamad Sabu walaupun beliau Menteri Pertaha...
If You Work Hard You Will Be Promoted Mat Sabu Tells Chinese To Enlist Vows No Discrimination In Armed Forces

If You Work Hard You Will Be Promoted Mat Sabu Tells Chinese To Enlist Vows No Discrimination In Armed Forces

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 313 hits
Defence Minister Mohamad Sabu has given his assurance that there is no discrimination in the armed forces and those who work hard in their careers will be rewarded Speaking at a dialogue organised by Sinar Harian Mohamad agreed with host Jo...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari