Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri


Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri
Umum ketahui, perbuatan menipu merupakan satu kesalahan. Namun begitu, ada situasi tertentu yang membuatkan seseorang perlu menipu demi kebaikan.
Ada juga yang berpendapat bahawa menipu bagi tujuan tertentu adalah lebih baik berbanding berkata benar yang boleh memudaratkan.
Persoalannya, adakah perbuatan ini dibenarkan dari sudut agama Islam?
Justeru, kali ini SK ingin kongsikan penjelasan berkaitan hukum menipu untuk menutup aib sendiri menurut pandangan Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan Assalamuaikum ustaz. Pada suatu masa, seorang guru di sekolah saya menanyakan kepada kami murid-murid secara beramai-ramai tentang siapa yang pernah melakukan satu dosa ini. Soalan saya, bolehkan untuk saya menipu dengan tidak mengaku untuk menutup aib saya? Jika kami disuruh untuk bersumpah pula, adakah boleh untuk bersumpah palsu untuk menutup aib masing-masing?
Ringkasan Jawapan 1. Hukum menipu untuk menutup aib sendiri adalah harus selagi mana dosa tersebut tidak didedahkan orang lain.
2. Jika diminta untuk bersumpah, diharuskan melakukan tauriah seperti mengatakan “aku tidak melakukan perkara tersebut” tetapi berniat apa yang dimaksudkan ialah tidak melakukan perkara tersebut pada hari ini.
3. Keharusan ini adalah dengan syarat dosa tersebut tidak didedahkan orang lain dan tidak melibatkan pengambilan atau penafian hak orang lain.
4. Ia juga mesti disertai dengan taubat dan usaha untuk meninggalkan terus dosa tersebut agar tidak dijadikan jalan untuk meneruskan dosa-dosa tersebut secara tersembunyi.
Huraian Jawapan Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Pada asasnya, bertanya kepada orang lain tentang dosa peribadi mereka merupakan perbuatan yang haram dan termasuk dalam larangan Allah untuk mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain (al-tajassus) seperti dalam firman-Nya:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka (supaya kamu tidak membuat sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau keaiban orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain.”
(Surah al-Hujurat: 12)
Menurut Syeikh Wahbah al-Zuhaili, ayat ini mengandungi pengharaman perbuatan al-tajassus yang bermaksud mencari-cari keaiban yang tersembunyi daripada orang Muslim yang lain.
Membuka aib sendiri dengan memberitahu dosa peribadi kepada orang lain pula adalah haram jika ia dilakukan dengan perasaan bangga atau mengambil ringan tentang dosa yang dilakukan. Ia boleh menyebabkan dosa tersebut tidak diampunkan sekiranya tidak bertaubat sebagaimana sabda Nabi SAW:
 كلُّ أُمَّتي مُعافًى إلا المجاهرين، و إنَّ من الجِهارِ أن يعملَ الرجلُ بالليلِ عملًا ثم يُصبِحُ و قد ستره اللهُ تعالى فيقولُ: عملتُ البارحةَ كذا و كذا، و قد بات يسترُه ربُّه، و يُصبِحُ يكشفُ سِترَ اللهِ عنه
Maksudnya: “Setiap umatku berada dalam keadaan sejahtera (selamat daripada azab yang pedih) melainkan al-Mujahirin (iaitu orang yang mendedahkan dosa sendiri). Sesungguhnya antara perbuatan mendedahkan dosa sendiri itu ialah apabila seseorang melakukan kesalahan pada malam hari, kemudian pada pagi hari dalam keadaan Allah telah menutup kesalahannya tersebut (dari pengetahuan orang ramai), dia menghebahkannya pula dengan berkata: “Aku telah melakukan malam tadi sekian-sekian perbuatan (dosa), sedangkan tuhannya telah menutup keaibannya itu, namun dia membuka tutupan Allah tersebut darinya.” 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Adapun jika dosa itu diberitahu kepada orang lain bukan kerana berbangga atau mengambil ringan tentang dosa itu sehingga boleh mempengaruhi orang lain untuk turut melakukannya, maka hukumnya adalah makruh sepertimana yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi, kata beliau:
يُكره للإِنسان إذا ابتُلي بمعصيةٍ أو نحوها أن ‌يخبرَ ‌غيرَه ‌بذلك
Maksudnya: “Apabila seseorang insan itu diuji dengan sesuatu maksiat, maka makruh memaklumkan maksiat tersebut kepada orang lain.”
Syeikh Ibn ‘Allan menjelaskan kalam Imam al-Nawawi di atas bahawa hukum makruh memberitahu maksiat ini adalah apabila ia bukan bertujuan untuk berseronok dan mengingati kelazatan maksiat tersebut.
Namun jika dengan tujuan tersebut maka hukumnya adalah haram. Sebaiknya apabila seseorang melakukan dosa peribadi, teruslah bertaubat mohon keampunan daripada Allah dan tutuplah aib tersebut.
Selain itu, Imam al-Nawawi juga menjelaskan bahawa jika dosa tersebut diberitahu kepada seseorang seperti guru untuk mencari sebab dan mendapatkan jalan keluar, maka hukumnya harus bahkan termasuk dalam perkara yang baik kerana maslahat untuk membantu keluar daripada maksiat tersebut.
Di samping itu, hukum menipu pula pada asalnya adalah haram dan merupakan salah satu dosa besar. Namun menurut Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Saffarini, mengingkari maksiat peribadi yang pernah dilakukan oleh diri sendiri atau orang lain merupakan salah satu keadaan yang diharuskan menipu untuk mengelakkan diri daripada tergolong dalam kalangan orang yang mendedahkan dosa sendiri yang Allah telah tutup dengan syarat dosa itu tidak lagi didedahkan oleh orang lain.
Oleh yang demikian, berdasarkan situasi yang diceritakan dalam soalan di atas, diharuskan menipu dengan mengingkari dosa yang pernah dilakukan tersebut untuk menutup aib sendiri. Jika orang yang bertanya tersebut terus menekan sehingga meminta untuk bersumpah pula, maka diharuskan untuk melakukan tauriah iaitu dengan menggunakan ayat yang mempunyai makna yang difahami oleh pendengar dengan jelas, tetapi sebenarnya yang dimaksudkan ialah perkara lain yang samar dan tersembunyi.
Contohnya “aku tidak melakukan perkara tersebut” tetapi apa yang dimaksudkan ialah tidak melakukan perkara tersebut pada hari ini.
Walau bagaimanapun, keharusan ini adalah dengan syarat dosa yang dilakukan tersebut tidak melibatkan pengambilan atau penafian hak orang lain.
Jika ia melibatkan hak orang lain, maka hukum menipu dan tauriah untuk mengingkari dosa tersebut menjadi haram. 
Tambahan pula, keharusan untuk menipu dengan mengingkari dosa yang pernah dilakukan mestilah disertai juga dengan taubat yang sebenarnya daripada dosa-dosa tersebut agar ia tidak dijadikan jalan untuk meneruskan dosa-dosa tersebut secara tersembunyi.
Kesimpulan Hukum menipu untuk menutup aib sendiri adalah harus selagi mana dosa tersebut tidak didedahkan orang lain. Jika diminta untuk bersumpah, hendaklah melakukan tauriah seperti mengatakan “aku tidak melakukan perkara tersebut” tetapi berniat apa yang dimaksudkan ialah tidak melakukan perkara tersebut pada hari ini. Keharusan ini adalah dengan syarat dosa tersebut tidak didedahkan orang lain dan tidak melibatkan pengambilan atau penafian hak orang lain. Ia juga mesti disertai dengan taubat dan usaha untuk meninggalkan terus dosa tersebut agar tidak dijadikan jalan untuk meneruskan dosa-dosa tersebut secara tersembunyi. WaAllahua’lam
BACA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Dedah Konflik Rumah Tangga Di Media Sosial  Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/30/hukum-menipu-untuk-menutup-aib-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 165 hits
Kuala Lumpur Pelakon terkenal Uqasha Senrose menegaskan bahawa pembelian rumah baharunya adalah hasil usaha dan wang sendiri menolak sebarang dakwaan bahawa ia sekadar untuk publisiti atau mencari perhatian netizen Tegasnya keputusan itu ad...
Pas Patut Tanding Sendiri Bukan Jadi Pengikut Asyik Tumpang Orang Saja

Pas Patut Tanding Sendiri Bukan Jadi Pengikut Asyik Tumpang Orang Saja

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 132 hits
INILAH MASANYA UNTUK PAS BERGERAK SOLO DAN ISYTIHAR PN DIBUBARKAN28 December 2025Menteri Besar Perlis yang baru sudah pun diumumkan dan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau sebentar tadi Pengerusi Bersatu Perlis Abu Bakar ...
Untuk Diri Sendiri

Untuk Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 125 hits
29 Disember 2025 Isnin Tentang SIMPATI pada orang itu mudah tapi simpati pada diri sendiri jauh lebih perlu TERLALU BAIK hanya membuatkan orang lupa sempadan TERLALU SABAR hanya mengajar orang bahawa aku boleh ditolak berkali kali Tak semua...
12 Tahun Menyewa Khairul Aming Maklum Sudah Miliki Rumah Sendiri Kondo Kecik Je Cukuplah Duduk Sorang

12 Tahun Menyewa Khairul Aming Maklum Sudah Miliki Rumah Sendiri Kondo Kecik Je Cukuplah Duduk Sorang

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 90 hits
Selepas 12 tahun menetap di rumah sewa pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming akhirnya berkongsi khabar gembira apabila bakal memiliki rumah pertama dalam masa terdekat sekali gus mencuri perhatian ramai pengikut di media sosial Me...
Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 144 hits
Sebagai mak kan benda ni paling kerap berlaku dekat rumah saya Dah buat kerja sekolah belum Kenapa tak faham lagi ni Ibu dah explain banyak kali tau Dan hujung hujung dua dua penat Anak stress Mak naik suara Lepas tu rasa bersalah Saya yaki...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Hiburan Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Pengerusi Perikatan Nasional

Murid Kini Bebas Pilih Tali Leher Tidak Wajib Lagi Mulai 2026

Bakteria Kecil Yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Malaysia Cemerlang Raih Tempat Ketiga Dalam Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Keajaiban Tersembunyi Sejarah Dan Warisan Gunung Afghanistan

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang