Umno Tersinggung Dengan Muhyiddin Berkeras Tetap Mahu Zahid Hamidi Sebagai Tpm




Sama ada disengajakan atau tidak,  perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih, berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati.

UMNO melihat kenyataan Muhyiddin itu sebagai isyarat beliau hampir pasti akan mengenepikan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dalam barisan kabinet yang bakal dilantiknya.

Hakikatnya, UMNO dengan sumbangan sebanyak 41 kerusi Parlimen untuk menyokong Muhyiddin melakukan rampasan kuasa menumbangkan PH, bukan saja mahukan Zahid Hamidi dilantik sebagai menteri, bahkan untuk menduduki kerusi TPM.

Beberapa sumber yang rapat dengan PWTC memberitahu, UMNO tidak ragu-ragu mengatakan Zahid Hamidi perlu diberikan jawatan TPM atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.

Mereka berhujah bahawa UMNO berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah serta mahu Muhyiddin yang kini bersama dalam Perikatan Nasional turut berpegang kepada prinsip yang sama.

Jika Muhyiddin mengenepikan Zahid Hamidi, beliau dilihat bukan saja tidak berpegang kepada prinsip itu, malah menunjukkan sikap setujunya terhadap Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah mengenakan pendakwan ternadap Presiden UMNO itu.

Dalam hal ini, kata sumber itu, apakah Muhyiddin tidak meyakini kata-kata Zahid Hamidi yang bertegas  mengatakan pendakwaan terhadapnya adalah palsu, bersifat politik dan terpilih atau beliau secara diam bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir?

Lantaran itu, meski tersinggung, UMNO dilaporkan tidak berputus asa untuk terus memberi tekanan kepada Muhyiddin agar akhirnya akur untuk memberikan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada Zahid Hamidi.

Bagi tujuan itu, Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Hadi Awang telah mengadakan pertemuan di rumah Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa malam tadi.

Pertemuan itu yang turut disertai Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan, Bendahari BN, Tengku Adnan Tengku Mansor serta beberapa yang lain itu adalah dipercayai untuk membincangkan kedudukan kabinet Perikatan Nasional serta memohon sokongan Pas berhubung kewajaran Zahid Hamidi diletakkan sebagai TPM.

Berdasarkan kenyataan Hadi Awang dua hari lalu yang mengatakan PH juga pernah menggugurkan kes Lim Guan Eng selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir, parti itu bukan saja setuju Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM, malah seperti memberi bayangan perlunya Muhyiddin melalui arahan kepada Peguam Negara yang bakal dilantiknya menggantikan Tommy Thomas selepas ini agar bertindak serupa menggugurkan kes terhadap Zahid Hamidi.

Dalam kes pembentukan kabinet, selain bertegas mahu Zahid Hamidi diberi jawatan TPM, UMNO juga dilaporkan ingin suara dan cadangan mereka diambil kira dalam perlantikan menteri daripada parti itu oleh Muhyiddin.

UMNO sama sekali tidak mahu Muhyiddin bertindak seperti Tun Mahathir ketika mengetuai PH yang melantik sesuka hati menteri-menteri daripada PKR dan membelakangkan cadangan nama yang diberikan oleh parti pimpinan Anwar Ibrahim.

Jika itu berlaku, Muhyiddin bukan saja  dianggap telah melukakan hati UMNO, malah mungkin berdepan tindakbalas daripada UMNO dan Pas yang memang sebelumnya telah bergabung dalam Muafakat Nasional yang memiliki 59 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional.

Bagi UMNO, wakil parti itu yang mahu dilantik sebagai menteri oleh Muhyiddin mesti datang daripada cadangan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sahaja dan bukan daripada pihak-pihak lain.

Akhrinya, apakah Muhyiddin berani mengenepikan Zahid Hamidi dan cadangan nama yang bakal dibawa oleh Presiden UMNO itu atau beliau terpaksa akur kerana kedudukannya yang masih tidak menentu? (ShahbudinHusin 04/03/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/umno-tersinggung-dengan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 566 hits
Lim Guan Eng ada kes semasa dilantik Menteri Kewangan Tommy Thomas kroni DAP semasa dilantik sebagai AG Azmin dikekalkan walau ada kes Kita setuju JUGA kalau tiada siapapun dilantik sebagai langkah penjimatan Dan mengelak salahguna kuasa
Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 342 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan UMNO melobi untuk jawatan nombor dua di dalam kerajaan Sebaliknya beliau memberitahu UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyid...
Rundingan Umno Dengan Muhyiddin Gagal Zahid Tidak Akan Menjadi Tpm

Rundingan Umno Dengan Muhyiddin Gagal Zahid Tidak Akan Menjadi Tpm

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 288 hits
Harapan UMNO untuk melihat Presiden parti itu Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM mungkin tidak kesampaian Beberapa siri rundingan antara UMNO dengan Muhyiddin Yassin bagi pembahagian jawatan untuk parti itu dilaporkan masih lagi tiada keputu...
Siapa Pilihan Muhyiddin Sebagai Tpm

Siapa Pilihan Muhyiddin Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 303 hits
Kalau bukan Zahid Hamidi siapakah sebenarnya yang lebih diingini oleh Muhyiddin Yassin untuk dilantiknya sebagai TPM Beberapa pihak yang dekat dengan Perdana Menteri pintu belakang itu mengakui Zahid Hamidi bukanlah pilihan utama Muhyiddin ...
Zahid Hamidi Sedang Menguji Muhyiddin

Zahid Hamidi Sedang Menguji Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 250 hits
Apabila Zahid Hamidi tiba tiba membuat pengakuan tidak mahu dirinya dipertimbangkan untuk sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan pintu belakang Muhyiddin Yassin beberapa persoalan timbul daripada pendirian terbarunya itu Lebih lebih la...
Misi Sudah Selesai Selepas Muhyiddin Yassin Dilantik Pm Ke 8 Zahid Hamidi

Misi Sudah Selesai Selepas Muhyiddin Yassin Dilantik Pm Ke 8 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 341 hits
Perlantikan Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada hari ini telah melakar sejarah baru negara Malaysia Susulan ...
Umno S Support For Muhyiddin Not A U Turn Says Zahid

Umno S Support For Muhyiddin Not A U Turn Says Zahid

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 339 hits
Umno throwing its support behind Bersatu president Muhyiddin Yassin as its prime minister candidate is not a U turn said Ahmad Zahid Hamidi It is not a U turn The Council of Rulers and the Yang di Pertuan Agong decided that there will be no...
Umno Pas Tandatangan Sd Sokong Muhyiddin Tidak Benar

Umno Pas Tandatangan Sd Sokong Muhyiddin Tidak Benar

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 733 hits
KUALA LUMPUR 27 Feb UMNO dan PAS tetap dengan pendirian memohon perkenan Seri Paduka Yang di Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan agar rakyat dapat membuat penyelesaian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini Demikian...
Dr M Muhyiddin Mungkin Calon Pm Sedia Terima Umno

Dr M Muhyiddin Mungkin Calon Pm Sedia Terima Umno

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 375 hits
Diterbitkan Hari ini 9 01 malamBERITABersatu mungkin meletakkan presidennya Muhyiddin Yassin sebagai calon parti itu untuk menjadi perdana menteri kata Dr Mahathir Mohamad petang ini Kami telah berbincang termasuk kemungkinan bahawa Muhyidd...
Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur