Kisah Adik Kucing Asrama Anak Beranak


 Assalamualaikum WBT 



KUCING kat pejabat Sk, namanya adik. Ada yang panggil Baby jugak, nama yang lekat adik lah. Yang bagi nama adik pelajar baharu kursus Pentadbiran Pejabat Tahap 3 yang sekarang dah berada di Tahap 4. Jadi, Sk anggarkan umur adik ni dah dekat 3 tahun jugak. Sk masih ingat kali pertama jumpa adik dulu dia masih kecik, mungkin baru tiga bulan. Tak tahu anak siapa, tiba-tiba jer ada sekor-sekor. Sk lap muka dia yang comot, tiap pagi datang minta biskut. Bila malam, kakak kantin asrama jaga. Faiz (maintenance) beritahu, tiap hujung minggu kena mandikan dengan kakak kantin. Masa tu adik dah gemuk dan selalu wangi. Sk nak bawa balik memang tak boleh, la.. risau bergaduh dengan yang lain. Sampailah kantin bertukar tender, adik dah tak ada yang bela. Tapi ramai pelajar asrama yang bagi makan dan kadang tidur dalam dorm, kadang tidur kat kaki lima


Gambar dalam longkang atas tu diambil pada 27 Oktober 2025. Adik tengah bunting tu kali yang ke 3 dah. Kali pertama beranak seekor jer, mati anaknya sebab Sk tak perasan duduk bawah tayar. Beranak kali kedua, dua ekor, sekor mati jugak, tak tahu jatuh bangunan ke, jatuh longkang ke, kami rawat dalam seminggu kemudian mati. Yang lagi sekor tak ingat, hilang macam tu aje. Ni dalam gambar anak yang beranak kali ketiga. Kawan Sk jumpa di asrama lelaki pada 17 November 2025


Sk cakap, dia ni kalau beranak, memang sikit ek anak dia, sekor jer. Hitam pulak, tak perasan pulak ada kucing jantan hitam ke kat asrama



Tup tup, seminggu kemudian, ada pelajar bawa ke pejabat Sk anak adik yang warna Oren, hahahah. Ingatkan satu, rupanya dua. Yang Oren ni dia letak kat asrama perempuan ya tingkat 2. Student tu cakap, ada lagi sekor puan, kat tingkat 3



Dah kurus dah adik sejak beranak-pinak ni. Lepas tu macam selsema sikit



Dalam pukul 11, tiba-tiba adik bawa turun anak dia yang hitam ni pulak. Ni yang kat asrama lelaki tu la dialihnya ke asrama perempuan. Agaknya dia baru sedar anaknya ni female, haha. Walaupun hitam tapi comel betul, hitam kat bulu badan, muka dia cerah


Puas cari kotak tak jumpa mujurlah ada kotak polisterin ni ha. Suruh adik masuk susukan anak-anak


Tapi dia tak selesa kot, dia keluar. Jadi, keluarkan anak-anak dia sekali suruh menyusu kat lantai aje. Petang nak balik kerja Sk letak dua ekor anak dia tu di ruang lobi aras satu asrama perempuan



Esok paginya tengok kotak tu dah beralih depan bilik yang semuanya pelajar India. Jenguk kat dalam, eh, dah bertambah sekor lagi warna putih. Rupa-rupanya yang putih tu adik letak dalam bilik pelajar India. 

Harap tak ada yang ke empat laaa


Si Putih


Oyen

Putih

Itam


Usahakan jugak cari kotak sebab polisterin tu mudah koyak dan berhabuk kena kuku budak-budak ni





Ambil gambar nak tengok tumbesaran masing-masing


Maknya asyik berdandan


Ada pelajar yang korbankan bantal nak bagi anak-anak adik selesa. Bila malam, mereka letak dalam bilik (pelajar India)


Pagi, 2 December, bunyi Whatsapp masuk bertalu-talu. Girl asrama beritahu, dia bangun pagi tengok badan putih merah penuh darah. Ni dah bersihkan, tengok berlubang di dada dan di tengkuk. Girl dan kawan dia bawa ke klinik. Doc sapu ubat kuning dan bagi ubat makan cecair yang perlu diberi dua kali sehari



Hurmmm.. adik pulak suka angkut anak dia turun naik tangga


Disebabkan tengkuk dia luka, Putih tak boleh menyusu sendiri, tak pasal-pasal jadi baby sitter Sk ni. Girl asrama akan hantar Putih kat Sk sebelum pergi kelas minta jagakan


Putih, 4 December 2025. Ni dah dua kali bawa ke klinik. Kesian ya Putih. Girl bagi nama Yaya (sama pulak nama anak kita)


8 December, nampak Putih dah beransur pulih, minum susu pun dah banyak sikit. Sk bagi guna syringe


Tapi, rupanya Putih dah tak sakit lagi. Dia mati pada awal pagi esoknya. Kami tanam depan pejabat. Girl siram kubur Putih dengan susu dan tabur bunga. Mungkin itu kepercayaan orang India, siram susu


Kubur Putih. Tiap petang girl singgah tengok kubur Putih. Kesian, kan .. sebab dari lahir dia jagakan anak adik yang Putih ni. Masa ni, lagi dua ekor adik-beradik Putih dah hilang, tak tahu kat mana adik sorok, huhu


Girl aras 3 beritahu, adik tinggalkan Oyen ni kat situ. Mereka bawa turun pulak Oyen ni. Sk pelik sebab dah lebih 10 hari tak nampak, kenapa badan Oyen ni tak membesar. Macam tak minum susu, macam kena tinggal



Lepas tu nampak adik ni lari ke atas. Sekejap lagi dia hantar kat Sk anak dia yang hitam tu dah besar ya. Dua kali ganda besar dari Oyen. Maknanya dia jaga yang Hitam jer, dia lupa kot Oyen hidup lagi


Kesianlah Oyen ni, lemah betul. Bagi susu pun tak selera dah


Yang hitam tu aktif dan sihat. Playpan ni memang Sk beli untuk dorang supaya boleh dizip dan mak dia tak boleh angkut turun naik tangga lagi


Tak tahu dah berapa lama Oyen tak menyusu. Adik ni memang la tak reti jaga anak. Tak reti kira kot anak dia ada berapa


Lepas tu kan dia macam tak nak bagi Oyen ni menyusu. Sibuk nak jilat anak jer kerjanya. Bila Oyen ni nak menyusu dia bangun tinggalkan



Hitam ni nak menyusu dia bagi aje. Penat ajar dah, marah pun sudah tapi tak diendah. Ni lepas naik cuti Krismas tu, semua anak dia dah tak nampak bayang. Tinggal playpan aje kat lobi. Tak tahulah apa jadi dengan Hitam, Oyen tu Sk ingat dah innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn. Playpan Sk cuci dan keringkan kemudian simpan


Hari kedua naik cuti Krismas baru nampak muka adik. Dah berantai pulak dia, kemahen lawa. Ada anak warden jaga adik sekarang. Lega sikit dengar tapi tu la, memang tak tahu anak dia kat mana yang Hitam tu. Tapi nampak macam masih menyusukan lagi tu. Semoga baik-baik la anak kamu yang tinggal sekor tu, adik


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/kisah-adik-kucing-asrama-anak-beranak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seronok Hasut Mak Ayah Soh Bercerai Apa Punya Bodo Anak Anak Ni

Seronok Hasut Mak Ayah Soh Bercerai Apa Punya Bodo Anak Anak Ni

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 97 hits
Che IbrahimTerhibur juga hati tengok perbincangan budak budak dok hasut mok pok dia bercerai
Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 138 hits
Sebagai mak kan benda ni paling kerap berlaku dekat rumah saya Dah buat kerja sekolah belum Kenapa tak faham lagi ni Ibu dah explain banyak kali tau Dan hujung hujung dua dua penat Anak stress Mak naik suara Lepas tu rasa bersalah Saya yaki...
Aqiqah Anak Lelaki Vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Muslim

Aqiqah Anak Lelaki Vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Muslim

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 151 hits
Aqiqah Anak Lelaki vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Aqiqah merupakan salah satu sunnah muakkad yang sangat dituntut dalam Islam apabila dikurniakan cahaya mata Namun masih ramai ibu bapa yang keliru tentang perbezaan aqiqah...
Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 147 hits
Nur Dayana Kamsun Baharin atau lebih dikenali sebagai Dayana Roza pelakon dan personaliti media sosial popular berusia 34 tahun kini melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya selepas pengumuman rasmi perceraian dengan suaminya usahawan A dale...
Nahas Tiga Kereta Gerak Hati Ibu Apabila Gps Anak Berhenti Jadi Kenyataan

Nahas Tiga Kereta Gerak Hati Ibu Apabila Gps Anak Berhenti Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 97 hits
Nahas Tiga Kereta Gerak Hati Ibu Apabila GPS Anak Berhenti Jadi Kenyataan JOHOR BAHRU 27 Dis Naluri seorang ibu apabila sistem penentu kedudukan global anaknya berhenti berfungsi ternyata benar apabila menjadi petanda awal tragedi melibatka...
Khutbah Jumat Ketika Anak Menjadi Jalan Ke Surga

Khutbah Jumat Ketika Anak Menjadi Jalan Ke Surga

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 98 hits
Setiap orang tua tentu ingin anaknya bahagia dan selamat di dunia Namun yang lebih penting apakah anak anak kita kelak menjadi sebab keselamatan kita di akhirat Islam membawa kabar gembira bahwa anak yang beriman dan saleh bukan hanya amana...
Kejayaan Luar Biasa Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al Hafiz Al Hafizah

Kejayaan Luar Biasa Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al Hafiz Al Hafizah

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 83 hits
Kejayaan Luar Biasa Empat Anak Keluarga Ini Menjadi Al Hafiz Al Hafizah Setiap ibu bapa sudah pasti mengimpikan yang terbaik untuk anak anak mereka Dari saat mereka lahir harapan dan doa tidak pernah putus agar anak anak membesar menjadi in...
Tragedi Laut Labuan Bajo Jurulatih Valencia Cf Fernando Mart N Maut Bersama Tiga Anak Dalam Insiden Bot Terbalik

Tragedi Laut Labuan Bajo Jurulatih Valencia Cf Fernando Mart N Maut Bersama Tiga Anak Dalam Insiden Bot Terbalik

papar berkaitan - pada 28/12/2025 - jumlah : 96 hits
Keseronokan percutian keluarga bertukar menjadi detik hitam apabila jurulatih Valencia CF Femenino B Fernando Mart n meninggal dunia bersama tiga anaknya selepas bot pelancong yang mereka naiki terbalik akibat ombak besar dan cuaca buruk di...
Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Sprm Rakam Keterangan Bekas Menteri Disyaki Terima Rasuah Rm5 Juta Lamborghini

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


13 Jam Transit Di Singapura

Podcast Ppim Cabaran Pasti Berganda Kupasan Podcast Ppim Bersama Toqqi Ppim 30 12 2025

Di Sebalik Kehidupan Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Anak Dara Ke Janda Baik

Destinasi Rasa 3 0 Bila Tradisi Rasa Ramadan Bertemu Di Shah Alam

Kita Berjanji Berusaha Allah Menentukan Segalanya