Zahid Hamidi Sedang Menguji Muhyiddin




Apabila Zahid Hamidi tiba-tiba membuat pengakuan tidak mahu dirinya dipertimbangkan untuk sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan pintu belakang Muhyiddin Yassin, beberapa persoalan timbul daripada pendirian terbarunya itu
Lebih-lebih lagi pengakuan itu hanya muncul setelah hampir seminggu Muhyiddin mengangkat sumpah dan hampir seminggu jugalah rundingan UMNO dengan Perdana Menteri telah berjalan berhubung pembentukan kabinet kerajaan
Dengan itu, banyak persoalan atau keraguan timbul daripada kenyataan Zahid Hamidi itu
Apakah kenyataan Zahid Hamidi itu menunjukkan beliau sudah gagal berunding dengan Muhyiddin untuk mendapatkan jawatan TPM bagi dirinya
Jika rundingan gagal dan Zahid Hamidi tidak dilantik sebagai TPM, siapakah calon TPM yang akan dilantik oleh Muhyiddin
Adakah calon lain daripada UMNO seperti Hishammuddin Hussein atau Mohamad Hassan akan dilantik sebagai TPM
Ataukah Azmin Ali dan mungkin Hadi Awang bakal mengisi jawatan nombor dua dalam kerajaan itu
Selain itu, adakah mungkin kenyataan Zahid Hamidi itu suatu “reverse psychology” dan merupakan tekanan halus kepada Muhyiddin untuk tetap memberikannya jawatan dalam kerajaan memandangkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO dan pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam Perikatan Nasional
Secara tidak langsung juga, tindakan Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan di saat-saat akhir Muhyiddin mahu membentuk kabinet itu turut merupakan suatu ujian buat Perdana Menteri sama masih menghormati UMNO atau sebaliknya
Dengan itu, walaupun kenyataan Zahid Hamidi seolah-olah bertujuan memudahkan Muhyiddin menyusun kabinetnya, muslihat di sebaliknya tidak harus diketepikan begitu saja oleh Presiden Bersatu itu
Ia bukan saja tentang sama ada Zahid Hamidi akan dilantik sebagai TPM atau tidak, tetapi juga berkenaan berapa jawatan menteri akan diperuntukkan kepada UMNO akhirnya
Dalam itu, berikutan kenyataan Zahid Hamidi tersebut, secara tidak langsung menjadikan Muhyiddin dalam keadaan serba salah, bukan saja untuk melantik TPM, tetapi juga untuk memberikan UMNO jawatan menteri
Melantik pemimpin lain selain Zahid Hamidi bagi jawatan itu atau memberikan kerusi menteri yang tidak munasabah dengan jumlah 39 Ahli Parlimen yang dimiliknya, ia mungkin akan mengundang tindak balas yang tidak dijangka daripada UMNO sendiri
Apalagi, jika yang dilantik itu daripada UMNO juga tiada sebarang jawatan dalam hireaki parti atau bukan yang dicadangkan oleh Zahid Hamidi kepada Muhyiddin
Akhirnya, buat sementara ini atau dalam pengumuman barisan kabinet yang dijangka diumumkan awal minggu depan, tidak mustahil jawatan TPM akan dikosongkan terlebih dahulu, manakala hanya jawatan menteri saja yang akan diisi
Muhyiddin mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan keadaan kerana kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan parti itu merupakan pemegang blok terbesar Ahli Parlimen, hakikatnya mengenepikannya lebih mengundang masalah buat Muhyiddin yang kedudukannya sebagai Perdana Menteri sendiri bukanlah atas sokongan yang benar-benar stabil daripada pelbagai blok yang menyokongnya. (ShahbudinHusin 08/03/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/zahod-hamidi-sedang-menhuji-muhuiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Misi Sudah Selesai Selepas Muhyiddin Yassin Dilantik Pm Ke 8 Zahid Hamidi

Misi Sudah Selesai Selepas Muhyiddin Yassin Dilantik Pm Ke 8 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 349 hits
Perlantikan Perdana Menteri ke 8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada hari ini telah melakar sejarah baru negara Malaysia Susulan ...
Umno Tersinggung Dengan Muhyiddin Berkeras Tetap Mahu Zahid Hamidi Sebagai Tpm

Umno Tersinggung Dengan Muhyiddin Berkeras Tetap Mahu Zahid Hamidi Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 299 hits
Sama ada disengajakan atau tidak perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati UMNO mel...
Prosecution Applies To Cite Zahid For Contempt Over Meeting With Muhyiddin

Prosecution Applies To Cite Zahid For Contempt Over Meeting With Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 310 hits
The prosecution in Ahmad Zahid Hamidi s CBT and corruption trial wants the High Court to cite him for contempt for making a false statement KUALA LUMPUR The prosecution in Ahmad Zahid Hamidi s criminal breach of trust and corruption trial h...
Jpm Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid

Jpm Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 667 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah Presiden UMNO beliau berdepan 47 tuduhan membabitkan 12 kes pecah amanah 27 kes pengubahan wang haram dan lapan kes rasuah Ahmad Zahid didakwa pecah amanah terhadap RM31 juta dana Yayasan Akalbudi menerim...
Sinar Pm Kes Mahkamah Zahid Hamidi Ditangguh

Sinar Pm Kes Mahkamah Zahid Hamidi Ditangguh

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 367 hits
SINAR PM 2 MAC 2020 1 Jangan campur urusan mahkamah Annuar Musa 2 Hina Agong PDRM tegas 3 Detik bersejarah Taliban dan AS 4 Mourinho bingung Spurs tewas lagi Muzik www bensound com SinarHarian SinarPM
Umno Will Support New Govt Until Ge15 Zahid Hamidi

Umno Will Support New Govt Until Ge15 Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 235 hits
UMNO is committed to continue supporting and defending the new government led by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin until the 15th General Election UMNO President Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi in a statement said the commitment was ...
Sinar Pm Muhyiddin Akan Kalah Jika Lantik Zahid Dalam Kabinet

Sinar Pm Muhyiddin Akan Kalah Jika Lantik Zahid Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 344 hits
SINAR PM 3 MAC 2020 1 Tun M pun ada buat benda baik 2 Jangan lagakan saya dengan calon MB Zambry 3 Jutaan pendatang akan menuju ke Eropah Erdogan 4 Jangan percaya khabar angin Liverpool tak dapat julang trofi EPL Muzik www bensound com Sin
Hakim Terima Permohonan Maaf Zahid Hamidi Tiada Unsur Contempt Of Court

Hakim Terima Permohonan Maaf Zahid Hamidi Tiada Unsur Contempt Of Court

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 613 hits
Peguam Hisyam Teh Poh Teik menjelaskan sebagai seorang pemimpin parti Dato Seri Dr Ahmad Zahid perlu berjumpa dengan Perdana Menteri yang baru untuk membincangkan tentang barisan kabinet yang baru Disebabkan kelewatan 15 minit kerana masala...
Zahid Hamidi Hina Mahkamah Gagal Kemuka Surat Jemputan Daripada Pmo

Zahid Hamidi Hina Mahkamah Gagal Kemuka Surat Jemputan Daripada Pmo

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 350 hits
M Fakhrull Halim Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi gagal menunjukkan surat jemputan daripada Jabatan Perdana Menteri tentang pertemuan dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini Zahid berkata surat t...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi