Rundingan Umno Dengan Muhyiddin Gagal Zahid Tidak Akan Menjadi Tpm




Harapan UMNO untuk melihat Presiden parti itu, Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM mungkin tidak kesampaian.Beberapa siri rundingan antara UMNO dengan Muhyiddin Yassin bagi pembahagian jawatan untuk parti itu dilaporkan masih lagi tiada keputusan yang pasti.Ketidakpastian itu bukan saja berkaitan jawatan TPM untuk Zahid Hamidi, bahkan juga jawatan menteri-menteri tertentu untuk UMNO.Sebagai pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam Perikatan Nasional atau PN, UMNO telah menyuarakan pandangan agar selain kerusi TPM, kementerian-kementerian kanan seperti Kewangan, Pendidikan, MITI dan lain-lainnya juga diserahkan kepada wakil daripada parti itu.Bagaimanapun, Muhyiddin dilaporkan menolak pandangan itu dengan mengatakan adalah hak beliau sebagai Perdana Menteri menentukannya.Muhyiddin dikatakan hanya mahu UMNO menyenaraikan nama-nama pemimpinnya yang difikirkan layak untuk dilantik sebagai menteri saja, tetapi penentuan kementerian adalah hak beliau untuk membuat keputusan.Lantaran sikap Muhyiddin itulah Zahid Hamidi dikatakan seperti sudah tawar hati dengan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO tidak pernah melobi untuk jawatan TPM.Hakikatnya, memandangkan UMNO adalah kumpulan terbesar Ahli Parlimen dan Zahid Hamidi pula berjawatan Presiden, sepatutnya Muhyiddin tidak perlu beralasan lagi daripada menyerahkan jawatan nombor dua dalam kerajaan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.Kekangan utama Muhyiddin untuk melantik Zahid Hamidi, bukan saja sebagai TPM, bahkan juga sebagai menteri, adalah kerana perbicaraan kes mahkamahnya sedang berjalan ketika ini.Walaupun duluan sudah ada di mana Tun Mahathir pernah melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan kemudian kes mahkamah beliau yang sedang dibicarakan digugurkan, Muhyiddin sebaliknya dilaporkan tiada keberanian untuk menuruti jejak langkah itu.Kebimbangan Muhyiddin ialah jika beliau menuruti langkah Tun Mahathir dengan melantik Zahid Hamidi yang dianggapnya tidak cukup bersih sebagai anggota kabinetnya lantaran kesnya sedang dibicarakan, bukan saja serangan terhadapnya akan berlipat kali ganda, malah kes-kes lama yang pernah dikaitkan dengannya seperti Bestarinet dan pengambilan tanah ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor dahulu akan turut diungkit semula.Dalam keadaan kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan, di samping perpecahan dalam Bersatu serta tekanan daripada PH dan Tun Mahathir selepas ini, Muhyiddin mungkin tidak cukup kekuatan untuk berhadapan semua cabaran itu.Dikatakan, kecenderungan Muhyiddin lebih untuk menyerahkan jawatan TPM kepada Hishammuddin Hussein, walaupun anak Hussein Onn itu tiada jawatan dalam parti di peringkat pusat dan sama-sama berasal dari Johor.Yang penting bagi Muhyiddin, melantik Hishammuddin membuatkannya kurang tertekan menguruskan kerajaan.Untuk itu, beberapa pelobi UMNO yang dikenali sebagai “orang Muhyiddin” telah mengunjungi Zahid Hamidi dengan memintanya mengendurkan tekanan untuk mendapatkan jawatan TPM, sebaliknya memberi laluan kepada Hishammuddin untuk memegang jawatan nombor dua itu.Pelobi-pelobi yang berjawatan di peringkat UMNO bahagian itu berpendapat hanya dengan Zahid Hamidi sedia memberi laluan secara sukarela kepada Hishammuddin saja akan memudahkan Muhyiddin melantik barisan kabinetnya dalam waktu terdekat ini.Bagaimanapun, Zahid Hamidi dikatakan tidak memberi kata putus kepada tekanan pelobi-pelobi yang mengunjunginya itu dengan alasan soal kedudukan kabinet bukan boleh diputuskan olehnya secara sendirian, sebaliknya ia merupakan urusan UMNO secara kolektif.Yang pasti, dengan kelewatan melantik kabinet sudah berlanjutan hampir seminggu dan pelobi-pelobi sudah dihantar untuk memujuk Zahid Hamidi, gambaran jelasnya ialah Muhyiddin sedaya upaya tidak mahu bergandingan dengan Presiden UMNO itu dalam menguruskan kerajaan pintu belakang yang sedang dipimpinnya.Kecuali jika Muhyiddin benar-benar sudah tiada pilihan dan tidak mampu lagi untuk melawan, barangkali ketika itu barulah ada peluang Zahid Hamidi menduduki semula kerusi TPM, jawatan yang pernah disandangnya sebelum BN tumbang pada PRU14 lalu. (ShahbudinHusin 07/03/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/rundingan-umno-dengan-muhyiddin-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tersinggung Dengan Muhyiddin Berkeras Tetap Mahu Zahid Hamidi Sebagai Tpm

Umno Tersinggung Dengan Muhyiddin Berkeras Tetap Mahu Zahid Hamidi Sebagai Tpm

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 289 hits
Sama ada disengajakan atau tidak perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati UMNO mel...
Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

Kalau Muhyiddin Boleh Terima Umno Satu Parti Kenapa Nak Pelik Jika Zahid Najib And The Gang Dilantik Tpm Dan Menteri

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 559 hits
Lim Guan Eng ada kes semasa dilantik Menteri Kewangan Tommy Thomas kroni DAP semasa dilantik sebagai AG Azmin dikekalkan walau ada kes Kita setuju JUGA kalau tiada siapapun dilantik sebagai langkah penjimatan Dan mengelak salahguna kuasa
Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

Umno Tak Lobi Jawatan Tpm Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 338 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan UMNO melobi untuk jawatan nombor dua di dalam kerajaan Sebaliknya beliau memberitahu UMNO telah mengemukakan beberapa nama Ahli Parlimen Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyid...
Zahid Umno Sokong Muhyiddin Pm Sehingga Habis Penggal

Zahid Umno Sokong Muhyiddin Pm Sehingga Habis Penggal

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 249 hits
KUALA LUMPUR UMNO akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga habis penggal namun berasaskan beberapa garis panduan yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi parti Dalam satu ke...
Azmin Juga Yang Menjadi Permata Umno Hanya Kaca Dimata Muhyiddin

Azmin Juga Yang Menjadi Permata Umno Hanya Kaca Dimata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 318 hits
Walaupun UMNO menyumbang 39 kerusi Parlimen dalam Perikatan Nasional atau PN serta memainkan peranan penting dalam merealisasikan cita cita Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri kedudukan parti itu nampaknya langsung tidak diberi penghar...
Umno S Support For Muhyiddin Not A U Turn Says Zahid

Umno S Support For Muhyiddin Not A U Turn Says Zahid

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 334 hits
Umno throwing its support behind Bersatu president Muhyiddin Yassin as its prime minister candidate is not a U turn said Ahmad Zahid Hamidi It is not a U turn The Council of Rulers and the Yang di Pertuan Agong decided that there will be no...
Zahid Defends Muhyiddin Gov T Says Umno Will Be Check And Balance

Zahid Defends Muhyiddin Gov T Says Umno Will Be Check And Balance

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 461 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi has come to the defence of the Muhyiddin Yassin government amidst discontent amongst the party s MPs over the cabinet line up Zahid said the party will also be a check and balance on the Perikatan Nasional ...
Perjalanan Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Dilantik Menjadi Pm Ke 8

Perjalanan Tan Sri Muhyiddin Yassin Yang Dilantik Menjadi Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 787 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan melantik Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402 dan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan
Murmurs Of Discontent In Umno As Muhyiddin Ponders Cabinet List

Murmurs Of Discontent In Umno As Muhyiddin Ponders Cabinet List

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 209 hits
Following Perikatan Nasional s coup to seize power in Putrajaya one of the items on Prime Minister Muhyiddin Yassin s to do list would be to pick his new cabinet Amid speculation on who would be a part of Muhyiddin s cabinet murmurs of disc...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip